Salah seorang kawan karib saya sejak sekolah menengah, Andrew, menukar jurusannya pada semester pertama di kolej. Saya dan dia selalu kagum dengan politik, berkongsi setiap perkara terbaru yang kami jumpai dan menyertai aktivisma Internet yang membentuk satu kuasa politik baru. Walaupun minatnya pada politik masih ada, namun ia masih tidak cukup. "Saya perlu menghadapi kebenaran," dia mesej saya pada suatu hari, "berfikir mendapat kerja selepas bergraduat. Maksud saya, seperti yang ibu saya selalu tanya kepada saya: Apa yang dapat kamu lakukan dengan sains politik pun?"
Saya juga mendengar soalan yang sama daripada kawan saya, Jesse apabila para pelajar seluruh kampus terseksa ketika cuba memilih jurusan yang sesuai dengan mereka. Dia tidak berapa pasti apa yang dia mahukan dalam pembelajaran, tetapi setiap kali ada sahaja bidang yang dia minati, bapanya akan berleter dengan soalan mengenai pekerjaan yang tersedia ada untuk bidang tersebut. Selama ini bapa Jesse berjaya meyakinkannya bahawa cara untuk berjaya hanya dengan memasuki jurusan kedoktoran.
Pengalaman rakan-rakan saya bukanlah sesuatu yang pelik.
Memilih jurusan adalah salah satu perkara sukar para pelajar perlu lakukan semasa di kolej. Terdapat dua faktor yang diambil kira oleh pelajar sebelum membuat keputusan ini. Pertama ialah kemahuan untuk belajar apa yang mereka minati. Kedua ialah ketakutan sesuatu jurusan itu akan membuatkan mereka tidak berduit selepas bergraduat dan membawa mereka terpaksa tinggal dengan ibu bapa selepas itu.
Lazimnya, keprihatinan mengenai prospek sesuatu jurusan itu ditekan kepada pelajar oleh ibu bapa yang memilih. Jika matlamat kita adalah untuk menghasilkan pelajar yang gembira dan berjaya, sama ada di kolej mahupun bidang pekerjaan, saya ingin memberi sedikit nasihat kepada para ibu bapa: Berhenti bertanya,
"Apa yang boleh kamu lakukan dengan ijazah (isi tempat kosong)?"
Anda tidak menolong anak-anak anda dengan bertanyakan mereka apa perlu mereka fokus untuk pasaran kerja nanti, berbanding untuk mereka belajar apa yang mereka minati.
Mengikut pengalaman saya, dalam memilih jurusan saya sendiri dan melihat para pelajar lain melalui proses ini, terdapat tiga sebab kenapa ibu bapa (dan semua orang) sepatutnya menggalakkan pelajar fokus kepada apa yang mereka gembira belajar, berbanding menanya soalan apakah pekerjaan sesuai dalam tumpuan akademik yang ada.
Pertama ialah secara psikologi. Untuk dua tahun pertamanya di kolej, Jesse mengikuti kata bapanya dan kekal sebagai pelajar pra-doktor. Masalahnya dia tidak suka. Dengan tiada minat untuk subjek itu, grednya merundum jatuh, mejauhkan peluangnya untuk masuk ke sekolah kedoktoran. Ini seterusnya membawa kesusahan dia untuk mendapatkan kerja kerana itulah niat asalnya masuk bidang kedoktoran.
Sebab kedua pula ialah dengan berhenti tanya pelajar apa yang mereka boleh lakukan dengan jurusan mereka ceburi kerana ia menggalakkan anggapan salah mengatakan sesetengah jurusan tidak ada bidang pekerjaan setelah mereka bergraduat nanti. Kepercayaan bahawa jurusan teknikal seperti sains komputer lebih senang untuk mendapat kerja berbanding sosiologi atau bahasa Inggeris sememangnya mudah difahami.
"Masalahnya," seperti yang kawan saya, Jose terangkan kepada saya, "ialah walaupun sebagai pelajar jurusan sains komputer, apa yang saya pelajari dalam kelas tidak terkini apabila saya masuk ke pasaran kerja." Dia berfikir lebih baik dia fikirkan kepada memahami lebih mengenai cabaran yang akan dia hadapi disamping kebaikan pembelajarannya. "Lagi," dia memberitahu saya, "tiada satu pun pelajaran yang mampu sepadan dengan apa yang telah saya pelajari ketika menjawat jawatan yang berlainan."
Akhir sekali, ia tidak produktif apabila kita mahukan pelajar menyamakan pilihan pelajaran mereka dengan potensi pekerjaan kerana ini tidak menghiraukan apa yang kita telah belajar sejak tadika lagi (dan patut diendahkan apabila kita mendekati dunia pekerjaan): Kamu boleh membesar dengan apa yang kamu mahu jadi. Pekerjaan yang orang lakukan selalunya berkaitan dengan apa yang mereka pelajari, tetapi tidak semestinya begitu.
Seseorang itu perlu melihat contoh terbaik dalam masyarakat untuk mendapat gambaran yang lebih jelas. Cef TV, Julia Child pelajar bahasa Inggeris ketika di kolej. Penulis Michael Lewis, penulis best sellers yang fokus penulisan industri sukan dan kewangan, adalah pelajar sejarah seni. Matt Groening, pencipta The Simpsons, mendapat ijazah falsafah, sama seperti bekas ketua eksekutif Hewlett Packard, Carly Fiorina. Jeff Immelt, ketua eksekutif Elektrik Umum, dahulunya pelajar jurusan matematik.
Sesungguhnya dengan kenyataan dari jabatan buruh menjangkakan purata orang ramai bertukar kerjaya (bukan sahaja kerja) dua atau tiga kali seumur hidup mereka, bergantung kepada jurusan apa yang mereka ambil sebagai persediaan kerja, adalah tidak tepat.
Saya tidak mengatakan setiap pemohon boleh dapat kerja. Graduan masih perlu mempunyai kemahiran insaniah jika mereka mahu diambil kerja. Namun, dalam perubahan ekonomi yang pantas ini, jurusan apa membawa kepada pekerjaan apa tidaklah jelas. Ramai majikan mencari pemohon yang berlatarbelakangkan pelbagai - termasuk rakan saya seorang graduan biokimia tetapi bekerja di firma konsultan pelaburan.
Ia tidak bermakna pilihan jurusan itu tidak lagi berguna. Ia masih satu keputusan penting, dan para pelajar masih perlu mencari nasihat luar apabila mencari apa yang mereka mahukan dalam pelajaran. Namun, mempersoalkan sesuatu jurusan dengan pekerjaan yang akan datang bukanlah pendekatan terbaik. Walaupun niat ibu bapa adalah jelas - lagipun, siapa yang tidak mahu melihat anak mereka berjaya selepas bergraduat?- soalan itu mempunyai kuasa besar terhadap graduan yang masih mentah lagi. Terlalu ramai rakan sekelas saya menjauhi perkara yang mereka minati, memilih jurusan yang mereka fikirkan akan memberi mereka peluang pekerjaan kelak.
Salah seorangnya ialah Andrew. Dia keluar dari meneruskan dalam ijazah sains politik, memilih pula bidang kewangan kerana "itulah bidang kerja yang bagus." Selepas bergraduat, Andrew bekerja di sebuah firma konsultan. Saya baru-baru ini mengetahui, sedikit terkejut, yang dia benci kerjanya dan tiada minat untuk itu.
Jesse pula, sedar jika dia kekal di jalan pra-doktor, dia akan kalah sebelum mendapat ijazahnya. Semasa tahun juniornya dia menukar arah dan mengambil kejuteraan sebagai bidang pilihan. Bukan sahaja Jesse graduat dengan cemerlang, malah semangatnya untuk subjek tersebut membolehkan dia mendapat tawaran pekerjaan yang lumayan dan peluang meneruskan dalam bidang pasca-ijazah kejuteraan pula.
Andre dan Jesse keduanya mendapat pekerjaan. Tetapi siapakah yang kamu rasakan lebih berjaya?
oleh Scot Keyes
terjemahan: Stop Asking My Major
Jumaat, 27 Julai 2012
Berhenti Tanya Jurusan Saya
Penulis 依之汉
Diterbitkan Jumaat, Julai 27, 2012
Artikel Terkait
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
17 mengomel
yez of course.
i agree with ur last words.
Will read the article by scott later!
Totally agree! Good luck to you ;)
betul. rezeki tu di tgn Allah. :)
@Rizal
Baca jangan tak baca!
@Makarimi
Sama juga kepada awak.
@Fida
Minat dan syukur itu satu kemestian. =)
ramai look down bidang pertanian!
they just don't know...
Pertanian adalah perniagaan.
Alhamdulillah.. Thanks for sharing this post :)
I believe I should follow my own interest too.. Yes, mom told me to consider about job prospect but she didn't push me over it. I'm thankful to my mother.
Plus, I don't really care if someone says this certain field/course doesn't bring any money or whatnot because I believe 'rezeki' is in the hand of Allah and not us :)
Saya gembira ia membantu. =) Teruskan usaha mencapai kejayaan melalui minat kita.
Insya-Allah :)
YAY! AGREE WITH SENPAI... =D betul tu. selalunya apa yg kita minati itu yg membuka mata hati kita untuk mencari peluang sedia ada. Macam cikgu sy cakap dulu, "mencari pekerjaan ibarat mencari kekasih hati. Di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Tuhan bagi rezeki, so rezeki ada di mana2"...heheheh
Maka, teruskan usaha kita ye dengan jurusan yang kita minat.
saya suka artikel ini ;)
Teruskan memilih apa yang ada dikalbu kita.
okey dah faham...lakukan sesuatu mengikut minat baru boleh buat dengan baik :)
Kalau boleh, buat solat sunat istikharah dahulu. Allah lebih mengetahui akan jalan kehidupan kita ini.
membuat pilihan ternyata adalah sesuatu yang sukar.. yg penting, buat istikharah dulu, bukan utk dapat mimpi2 pelik ke ape! tapi untuk dipermudahkan setiap perjalanan.. insyaAllah.
waa,, CW, blog da makin cantik la.. kemas je tengok..
Saya suka dan amat menghargainya jika tuan/puan boleh komen menggunakan Bahasa Melayu Tinggi. Saya ucapkan Jazakallah dan terima kasih.
EmoticonEmoticon