Madu sememangnya sinonim dengan masyarakat Melayu. Ia menjadi penawar kepada segala penyakit jika betul pemakanannya. Terdapat 2 ayat al-Quran yang sering orang sebutkan apabila madu menjadi topik perbualan.
"Dan Tuhan mewahyukan kepada lebah 'binalah sarang-sarang di gunung-ganang, pohon-pohon kayu dan di tempat-tempat yang dibina manusia." Kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan dan tempuhla jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu). Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan manusia..." Surah An-Nahl[16]; Ayat 68-69.
Tak perlulah saya sebutkan khasiatnya kerana google boleh menunjukkan jawapannya.
Apa yang menarik perhatian saya ketika mengambil kelas apikultur, iaitu kelas mengkaji mengenai perlebahan daripada pengurusan hinggalah penuaian madu, terdapat satu teknik ringkas yang pensyarah saya tunjukkan untuk kenal pasti keaslian sesebuah jenis madu itu. Tip ini boleh diaplikasikan untuk pengguna biasa.
Penerangan:
Satu ujikaji ringkas pemalsuan mutu madu menggunakan air sejuk. Caranya:
A) Madu asli melimpah dan mendap di dasar.
B) dan C) Madu bercampur dengan sirap: apabila madu homogenus bercampur dengan 70% sirap gula (sukros) tidak melimpah terus ke dasar dan membentuk putaran dan kekeruhan hampir secara terus, hanya selepas menuangkan dalam kuantiti yang banyak atau berlaku ketika mengacau air. Madu sirap tersebut mendap tidak sekata di dasar.
D) 70% sirap gula sahaja; Kekeruhan lebih jelas dan tiada mendapan sekata apabila ia mencapai ke dasar.
Petua ini hanyalah saranan sahaja. Ia tidak boleh menjadi asas untuk mengatakan madu itu tidak asli jika keputusan yang terhasil tidak seperti yang diharapkan. Namun, ia boleh menjadi salah satu kaedah yang mampu menghilangkan rasa was-was dalam diri ini ketika membeli madu di tepian jalan.
Walaupun begitu, ada juga peniaga tepian jalan yang memang menjual madu asli tapi bukanlah aslinya di Malaysia. Peniaga tersebut membeli madu asli di pasaraya tempatan seperti Tesco ataupun Giant dan kemudian dibotolkan semua untuk jualan tepian jalannya. Ini juga satu bentuk penipuan jelas kerana madu tempatan kualitinya lebih tinggi berbanding madu import (kebanyakan dari China).
Pensyarah saya menyarankan supaya kita membeli madu pada pembekal yang boleh dipercayai sahaja. Contohnya kalau hendak pergi beli madu tualang, boleh la pergi ke kampung-kampung sekitar Kedah, Pahang, Terengganu atau Kelantan tanyakan siapakah yang ada bekalkan madu tualang. Jangan tertipu hanya kerana kita ego untuk bertanya.
Untuk madu ternakan pula, saya boleh sarankan jenama yang biasa kita lihat di kedai-kedai di pasaraya. Saya biasa beli madu jenama BB Honey sebab saya pernah pergi ke ladang ternakan mereka di Melaka.
Kesimpulannya, pengguna perlu bijak dalam menilai setiap pembelian madu mereka. Jangan jadi mangsa hanya kerana ego untuk bertanya.
sumber:
1.) R. Krell. (1996) Value-added Products from Beekeeping. Quality control. Food and Agriculture Organization of the United Nations. Bulletin no. 124
p/s: Bagi sesiapa yang nak tahu kenapa madu tualang mahal, boleh la rujuk video ini.
4 mengomel
Memang menarik la bro video pencari madu lebah tu. Cuma sedih plak bila baca nota, Pak Teh dah meninggal 2 minggu lepas penggambaran. Sempat ke tidak Pak Teh tgk rakaman ni
Yup. Dah lama saya cari video tu. Alhamdulillah akhirnya jumpa juga.
Legasi Pak Teh kini diteruskan oleh cucu-cicitnya pula.
pak teh datuk saudara saya...al-fatihah buat arwah..
Saya baca dan ambil yang haq semata-mata tiada yang lain
Saya suka dan amat menghargainya jika tuan/puan boleh komen menggunakan Bahasa Melayu Tinggi. Saya ucapkan Jazakallah dan terima kasih.
EmoticonEmoticon