Jumaat, 6 Julai 2012

Langgan Majalah Inggeris



Saya suka membaca. Terutama bacaan yang boleh mengaktifkan minda saya ini. Setakat ini saya hanya boleh membaca dalam 2 bahasa utama di Malaysia. Insya-Allah yang ketiga bakal mendatang. Bacaan yang paling banyak saya baca adalah dalam bahasa Inggeris. Sukar untuk saya dapatkan bacaan berilmiah dalam bahasa ibunda saya. Atau mungkin saya ini kurang mencari?

Beberapa bulan lepas seorang kawan baik saya ajak untuk turut bersama dia melanggan majalah Time (MT). Harga normal di pasaran ialah RM10/isu. Majalah ini terbit 2 minggu sekali. Pembaca terpaksa menghabiskan duit sebanyak RM20 untuk setiap bulan hanya untuk baca majalah ini.

Majalah Time - majalah propaganda Amerika


1 tahun akan ada 54 isu diterbitkan, bermakna RM540 untuk satu tahun (kalau beli biasa). Kalau langgan melalui syarikat ini, akan dapat diskaun. Saya akan dapat membeli dengan hanya RM468 (54 isu MT) + 2 majalah bulanan percuma.


Kemudian, saya terperasan borang langganan oleh Majalah Time sendiri. 54 isu dengan jumlah hanya RM248.


Harga biasa = RM540/tahun/54 isu
Harga langgan = RM248/tahun/54 isu

Syarikat - MT
468 - 248 = 220

Kalau dibandingkan dengan harga langganan syarikat, nampaknya saya rugi sebanyak RM220.

Tapi jika dimasukkan pula harga 2 majalah percuma (saya pilih majalah Knowledge [MK] dan National Geography [MNG]) ia seperti menguntungkan.

Majalah Knowledge,

Harga biasa = RM180/tahun/12 isu
Harga langgan = RM150/tahun/12 isu

Majalah Knowledge penuh dengan informasi sains terkini


Majalah NG,

Harga biasa = RM174/tahun/12 isu
Harga langgan = RM174/tahun/12 isu

Majalah National Geography merungkai misteri alam 


MK + MNG = RM324/tahun

Jika saya langgan ketiga-tiga majalah ini secara berasingan,

MT     = RM248
MK    = RM150
MNG = RM174

Jumlah = RM 572

Saya telah langgan melalui syarikat Trans Connection Network,
MT (percuma MK + MNG) = RM 468

Jadi, saya telah 'jimat'

572 - 468 = RM104

Kalau saya hanya beli MK dan MNG sahaja,

MK + MNG = RM324/tahun/12 isu

Saya jimat,

468 - 324 = RM144.

Kenapa saya kata ia jimat? Saya lihat tiada kepentingan untuk saya membeli MT. Saya lihat berita-berita dalam MT lebih kepada Amerika walaupun ada juga la berkaitan isu-isu dunia lain. Fokus utama tetap Amerika. Mungkin untuk meningkatkan kemahiran BI saya, MT sesuai untuk itu. Faedah lain? Entah. Saya masih mencari.

Saya lebih suka MK kerana penuh dengan informasi-informasi sains yang menarik dan terkini. Cuma kelemahannya, ia lebih kepada sains sahaja. Ada beberapa artikel yang diterbitkan menolak konsep ketuhanan. Jadi, seseorang itu perlu bersikap kritikal agar tidak terpengaruh dengan hujah-hujah para ateis ini berikan.

Manakala MNG penuh dengan artikel siri fenomena semula jadi dan alam sekeliling. Penuh dengan gambar-gambar unik untuk kita berfikir keindahan ciptaan Tuhan ini. Maklumat yang diberikan juga berguna untuk penulisan artikel saya.

Untuk itu, RM144 saya tukarkan ke harga MT untuk langganan setahun saya. Itu baru dikatakan jimat bagi saya. Langgan 2 majalah serentak, dan dapat diskaun 54 isu MT dengan harga hanya RM144 (73% diskaun!).


4 mengomel

kdg2 kan saya baca Reader's Digest. baca BI sebab nk improve English kan.
Galaxie pun sy baca gak [tak ilmiah sungguh kan]

Bagus! Teruskan membaca. Saya dulu baca juga Galaxie, namun arus perkembangan internet telah menawarkan pulangan lebih baik kepada saya. =)

Salam. Masih melanggan majalah-majalah di atas ke? Kalau boleh saya nak nombor atau email yang boleh dihubungi. Saya nak melanggan majalah tapi tak dapat yang boleh pilih tiga majalah sekali gus.

Saya sudah berhenti melanggan.

Saya suka dan amat menghargainya jika tuan/puan boleh komen menggunakan Bahasa Melayu Tinggi. Saya ucapkan Jazakallah dan terima kasih.
EmoticonEmoticon