Rabu, 8 Mei 2013

Hujan #2

(sambungan)

Syahmi mengambil tisu pemberian aku. Seperti biasa, mukanya tersenyum memandang aku. Walaupun kerap kali perjumpaan kami di surau ini sahaja, aku seperti dapat tangkap kerut senyuman wajahnya.

Jika dia senyum lebar sampai nampakkan giginya yang putih berseri, tandanya dia ada berita gembira untuk dikongsikan bersama. Jika dia hanya senyum biasa nampak sedikit giginya itu, hari ini hari biasa sahaja. Jika senyumnya masih gembira tetapi bersahaja, tandanya ada sesuatu yang bersarang di hatinya itu.

Kali ini senyumannya adalah yang terakhir itu. Senyumannya lebar tetapi tiada tampak gigi.

Entah kenapa aku yang jarang tersenyum boleh turut berjangkit dengan senyumannya itu. Aku membalas dengan senyuman juga.

"Kenapa redah hujan? Singgah lah dahulu mana-mana dahulu semasa hendak ke sini."

"Tadi ketika aku bonceng motorsikal ke sini, hujan turun tidak semenanya di pintu masuk kawasan fakulti. Alang-alang hendak sampai, aku redahlah terus." Syahmi masih dengan ukiran senyuman ketiganyai itu.

Sebenarnya aku ini tidak tahu hendak berborak apa dengannya. Setiap kali berjumpa dengannya, hanyalah dia yang banyak bercakap. Bertanya itu dan ini tentang kehidupan aku. Entah kenapa juga aku senang menjawabnya.

Selalunya perbualan kami satu hala sahaja. Dia tidak memberitahu aku pula kisah hidupnya. Mungkin sebab dia yang banyak bertanya dan aku pula hanya menjawab tidak bertanya kembali tentang diri dia pula.

Aku juga tahu egonya tinggi. Tanda pertama, sanggup redah hujan walaupun boleh tunggu sehingga hujan reda. Juga mudah sahaja untuk kenal orang sebegini hanya dengan melihat raut wajah mereka. Apabila aku bersembang tentang kehidupan aku dia hanya tersenyum dan terus tersenyum. Tiada menyelit. Selalunya soalan dia akan beralih arah apabila aku tamat menjawab soalan yang sebelum itu,

Aku rasa dia cuba merendahkan egonya itu apabila bersembang dengan aku. Kenapa, itu aku tiada jawapannya.

(bersambung)

p/s: aiseh. hari ni kurang idea nak bercerpen panjang.

Kerja kuat

Perbuatan kerja kuat atau workaholic amat sukar melekat dalam diri saya. Mungkin kerana saya orang peribumi? Kata orang, kaum bukan peribumi kuat kerja orangnya.

Saya yakin perbuatan ini akan tiba menjangkiti saya apabila saya mula faham erti sarjana dalam kehidupan saya. Kecerahan dalam kegelapan memang mengasyikkan.

Tadi saya bersembang dengan rakan saya tentang erti kerja kuat.

"Kini aku faham bagaimana seseorang itu boleh kerja kuat. Aku sekarang sedang kerja kuat. Ini semula bermula apabila aku sudah ada kelengkapan untuk kerja kuat."

Saya simpulkan kerana dia sudah ada matlamat kuat untuk dia laksanakan kerja kuat. Apabila dia tekadkan matlamatnya, barulah dia sanggup buat apapun untuk kerja kuat.

Tak sabar saya untuk kerja kuat juga.

Selasa, 7 Mei 2013

Hujan

Aku menunggu di surau. Hujan lebat di luar ini. Mungkin Syahmi tidak sempat datang ke sini. Timbul satu perasan kasihan pula jika dia meredah hujan hanya untuk berjumpa dengan aku.

Kami bukanlah rakan baik. Kenalpun hanya seketika di surau. Itupun semasa hujan dia singgah berteduh di surau fakulti. Aku baru selesai solat Asar ketika itu.

"Assalamualaikum," tegur Syafiq semasa aku sedang memakai kasut di luar surau.

"Waalaikumussalam," balas aku.

Dia tersenyum sambil duduk bersebelahan aku.

Entah kenapa boleh pula aku berborak mesra dengan dia. Walhal kami baru sahaja kenal. Mungkin dia ada bakat dalam berbicara. Terasa mesra sahaja setiap patah bicaranya.

Perkenalan itu aku ingat hanya kekal di situ sahaja. Yelah. Dia pelajar kejuteraan manakala aku pelajar ekonomi. Apa kaitan antara kami?

Hujan di luar semakin lebat. Aku doakan agar Syahmi selamat.

"Riduan, kita jumpa nanti ya di Surau An-Nur. Sudah lama kita tidak berbual." Telefon Syahmi pagi tadi.

Aku tahu dia ada masalah. Pasti ada sesuatu yang dia ingin diceritakan kepada aku. Selalunya begitulah sifat dia yang pendiam.

Mungkin dia boleh mesra dengan semua orang tetapi aku tahu jauh di sudut hatinya dia mempunyai masalah yang lain. Memanglah dia tidak memberitahu aku secara terus, tetapi aku ada firasat. Mungkin firasat sebagai seorang rakan yang cuba memahami kehidupan orang lain.

Pertemuan kami kerap kali di surau ini. Kolej kediaman kami sungguh jauh jaraknya. Al-maklumlah dia di fakulti Kejuteraan duduk khas di Kolej Kesepuluh.

Aku pula di fakulti Ekonomi dan Pengurusan ini pula di Kolej Keenam. Jarak kolej kami sama seperti jumlah  nama kolej kami ditolak. 4 KM bukanlah jarak yang dekat bagi yang berjalan kaki.

Surau An-Nur yang berada berdekatan perpustakaan ini selalu aku lepak sebaik sahaja kelas tamat. Lagipun kelas aku banyak habis pada lewat petang. Sempatlah aku menunaikan solat Asar di sini.

Syahmi pula kerap kali ke perpustakaan. Rajin orangnya.

Bunyi rintikan mula kuat bagaikan batu menghentam surau ini. Aku memejam mata mendoakan keselamatan Syahmi. Bunyi guruh sahut menyahut di luar sana.

Sedang aku asyik berdoa, aku terasasentuhan di belakang aku.

"Assalamualaikum." Terukir sebuah senyuman di muka Syahmi.

Aku menjawab salam, "Eh masuklah. Kenapa duduk di luar?"

"Tak apalah," kata Syahmi.

Aku mengerti. Pakaiannya basah kuyup. Aku keluar duduk bersamanya di kerusi yang tersedia.

Kami berdua hanya tersenyum. Aku hulurkan tisu kepadanya.

(bersambung)

Bab 2: Sumber rujukan

Wikipedia amat menekankan sumber rujukan pada setiap artikelnya. Jika tiada sumber rujukan, sesuatu artikel boleh dibuang atau ditandakan keraguannya.

Perkara ini amat penting kerana Wikipedia bukanlah sumber pertama rujukan. Editor Wikipedia bukanlah orang yang dibayar gaji. Mereka hanyalah orang biasa yang rela menyumbang masa dan fikiran mereka untuk manfaat manusia ber Internet.

Dari sini saya mula belajar tentang Wikipedia secara serius apabila saya sendiri mula terlibat dengan penulisan ilmiah. Saya belajar untuk memetik maklumat daripada jurnal-jurnal berkualiti dengan betul.

Saya terkejut mengetahui bahawa Wikipedia menggunakan teknik penulisan ilmiah untuk memetik jurnal-jurnal yang ada. Ataupun buku-buku yang berkaitan dengan tajuk rencana yang dicipta.

Saya lagi terkejut apabila Wikipedia Bahasa Melayu (WBM) kurang rujukan yang betul. Ini tak dinafikan bahawa rakyat Malaysia bukanlah semua pandai menulis secara ilmiah. Tambahan lagi pelajar universiti atau 'so called' mahasiswa banyak yang masih mengamalkan konsep plagariat dalam tugasan mereka.

Jadi tak hairanlah WBM masih jauh ketinggalan kesasihan artikelnya. Untuk menulis secara ilmiah bukanlah senang. Itu saya setuju. Seseorang itu perlulah rajin membaca dan tahu selok belok memetik maklumat daripada sumber-sumber berkaitan.

Perlu diingatkan sekali lagi, Wikipedia ini sumber rujukan ketiga. Bukan sumber rujukan pertama atau sumber asli sesuatu kajian.

Ia boleh menjadi sumber rujukan kedua, apabila terdapat sumber rujukan pertama diberikan. Namun sukar untuk menentu sahihkan perkara ini. Justeru, Wikipedia masih dikategorikan sebagai sumber rujukan ketiga.

Dari perkara ini lah saya belajar untuk menulis secara telus. Jika tiada sumber rujukan sahih, lebih elok saya merepek di blog berbanding saya merepek di WBM.

Sebagai seorang pemerhati tegar WBM, saya lihat masih ada golongan yang suka membuat penyelidikan asli mereka di WBM. Mereka cuba meletakkan komen dan ulasan mereka semasa menokok tambah rencana di WBM. Ini salah kerana bercanggah dengan sumber rujukan ketiga.

Dari segi kehidupan realiti pula, saya belajar untuk berbicara secara betul tanpa sembereno.

Di Facebook, saya lihat ramai rakan saya, tentunya 'mahasiswa' suka berkongsi maklumat palsu. Katanya 'saya kongsi sahaja. Ikut anda lah nak percaya atau tak.'

Itu alasan bodoh. Saya tak suka menyebarkan fitnah. Perkongsian tanpa sumber sahih terus saya kategorikan sebagai fitnah. Dan ketahuilah, fitnah itu lebih buruk daripada membunuh.

Kesal juga apabila 'mahasiswa' yang berkongsi perkara itu. Bukan nak kata apa, bagaimanakah mereka menyiapkan tesis projek tahun akhir mereka ya?

Mungkin terlalu banyak plagiat sampai terbawa-bawa dalam kehidupan mereka. Hmmm. Itu hanyalah andaian rawak saya sahaja.

Kesimpulannya, Wikipedia menjadi platform pengumpul sumber rujukan sahih yang bertebaran di Internet ini. Buat yang memahami bagaimana Wikipedia berjalan, baguslah. Bagi yang masih suka termakan hasutan, jadikan amalan menyelidik dahulu sumber rujukan sebelum hentam keromo ya.

Notifikasi Facebook

Akhirnya saya aktifkan kembali akaun Facebook saya. Ini penting kerana akaun Facebook sekarang ibarat emel, malahan lebih daripada itu. Ia lebih kepada medium komunikasi antara rakan kita.

Namun saya tidak mahu tersekat dengan agenda Yahudi yang melalaikan. Justeru saya terfikir bagaimana untuk saya kekal aktif di Facebook tetapi tidak terperangkap dengan perangkap lagho Facebook?

Setelah bermunajat untuk seketika (yela tu), akhirnya saya mendapat ilham, kurniaan Allah, saya terjumpa dengan Notifikasi Facebook. Ia adalah sebuah extension untuk pelayar Google Chrome.

Agak menarik dan berguna untuk saya. Antara sebab saya deactivate FB untuk tempoh 2 minggu lalu adalah kerana ingin mengurangkan notifikasi yang mendatang.

Kali ini saya hanya akan menerima notifikasi jika ada orang tag, mesej atau di group tertentu sahaja.

Saya buat kajian dulu dengan notifikasi ini sama ada ia betul akan mengurangkan gejala sosial dalam diri saya atau sebaliknya. Jika tak, saya masuk ke plan B.

Plan B pula, saya tukar setting FB dan biarkan emel sahaja yang datang dari FB. Ini bermakna saya buang extension tersebut.

Jadi saya tidak akan tersekat dengan rencana FB yang jahat (muahahaha).

Isnin, 6 Mei 2013

Ulang baca buku

Sudah selesai untuk berbicara tentang politik. Kini kembali membaca buku-buku yang ada di rak. Banyak juga buku yang masih tidak saya capai untuk dibaca. Perlu dihabiskan agar diri ini bertambah lagi ilmu di dada.

Saya mempunyai tabiat tidak suka membaca buku yang telah dibaca. Saya rasa saya sudah cukup mendapat maklumat apa yang ada di dalam buku tersebut. Buang masa saya membacanya kembali, fikir saya.

Namun, sebenarnya tabiat ini tidaklah berapa elok. Ia membuatkan saya belajar hanya sekali lalu. Mana tahu saya ada terlepas dua tiga maklumat penting nanti.

Saya sekarang cuba memaksa diri saya ini untuk membaca buku yang sama dua tiga kali ulang, walaupun hati ini betul rasa jemu. Peliknya, setiap kali saya ulang baca, setiap kali itu saya dapat pemahaman yang baru.

Alhamdulillah.

Ada hikmah agaknya ulang baca buku.

PRU-13 - Dimanakah Hagemoni Melayu?

Alhamdulillah selesai juga PRU ke-13 kali ini. Banyak perkara terkejut yang berlaku. Ada yang menang dan ada yang kalah.