Rabu, 2 Januari 2013

Di sebalik hari yang cerah


Suasana hari ini cerah. Mentari naik menyinari suasana pagi ini. Terasa dingin pagi kala aku bangun untuk melakukan ibadah wajib.

"Apakah perlu aku buat hari ini?" getus aku usai solat Subuh.

Seperti biasa aku capai kitab al-Quran buat bacaan rohani di pagi ini. Kemudian aku melakar beberapa gambar bagi latihan peta minda aku. Pemikiran kreatif tidak datang secara kebetulan. Ia datang dengan latihan kerana pemikiran kreatif termasuk dalam kategori kemahiran.

Aku memandang jam di skrin laptop. Sudah 8 pagi rupanya.

Beaver - Jurutera dan arkitek semula jadi


Beaver adalah roden terbesar di Amerika Utara. Setelah menonton video ini, saya dapat tahu:
  1. Beaver hidup berpasangan dan pasangan mereka adalah seumur hidup.
  2. Mereka hidup di dalam sebuah keluarga. Bapa, ibu dan anak.
  3. Beaver mampu makan ranting keras yang tidak boleh dimakan oleh haiwan lain
  4. Empangan yang dibuat oleh beaver memberi kesan ekosistem yang bagus buat persekitaran.
  5. Empangan beaver memberi sumber makanan kepada hidupan sekitarnya.
  6. Empangan yang dibina khas sebagai rumah untuk mereka hidup.
Jangan disalah erti beaver dengan memerang kerana beaver hanya terdapat di Amerika. Memerang pula tidak membuat empangan.


Selasa, 1 Januari 2013

Turunnya berkat bersama Burung Cenderawasih



بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ



Subhanallah. Itulah yang dapat aku ucapkan tatkala menonton video ini. Ia sebuah dokumentari lengkap tentang burung cenderawasih. Ada 39 spesis burung ini. Mereka tinggal di hutan tropika Papua New Guinea.

Saya tertarik melihat bagaimana setiap burung ini menari untuk menawan hati bakal pasangan. Sungguh unik!

Bummmmmppp! Walah! Saya mendapat ilham daripada video ini.

Hubungi i Wong

Assalamualaikum.

Bagi sesiapa yang ingin menghubungi saya, bolehla menghantar emel melalui Wikipedia. Tujuan utama saya buat begini adalah bagi mengelak emel saya di spam.

Rujuk gambar rajah ini di mana perlu untuk hubungi saya.

Saya amat berbesar untuk bertukar pandangan bersama anda, kenalan, rakan, dan sahabat saya di dunia serba maju ini.

Usah risau. Anda tidak perlu mendaftar pun masih boleh hantar emel. Apabila emel anda sampai ke inbox, saya akan balas dengan emel betul saya.

Isnin, 31 Disember 2012

10 Ringkasan Menjelang 2013



بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ



Saya seperti blogger yang lain, ingin mengucapkan selamat tahun baru buat semua. Untuk entri tentang perancangan saya pada tahun 2013, lihat sini. 


Dapat saya ringkaskan:

  1. Saya mula buat blog pada tahun 2010. Ini atas cadangan teman sebilik saya yang mengatakan boleh kaya dengan blog. Katanya kakak dia dapat RM200/bulan dengan bercerita pasal memasak sahaja. Malangnya sehingga kini Nuffnang beri aku hanya RM5 sahaja. (Apa ke halnya!? = WTH!?)
  2. Membuat entri pertama panjang berjela tentang kehidupan saya. (telah luput ditelan zaman = revert to draft)
  3. Kekal 2 entri sahaja kerana tiada idea dan tidak tahu apa itu blog
  4. Mendapat 2 pengikut (followers) pada awal tahun 2011.
  5. Mula aktif berblog pada awal tahun 2011. Ini kerana terpengaruh dengan rakan yang mula aktif berblog.
  6. Telah menukar alamat dan nama blog beberapa kali
    i) Kerana nak cari identiti
    i
    i) Dikhianati rakan (bocor rahsia saya mengata orang di blog. Erk!?)
    iii) Ingin tukar selera sepenuhnya ke bahasa Melayu tinggi
  7. Mula mengenali istilah jalan-jalan blog (blogwalking) apabila aktif berblog 2011. Berkenalan dengan pelbagai jenis blogger. Ada yang tegar (core), ada yang lembut (soft) dan ada yang sekadar membalas jalan-jalan blog. Nak dijadikan kisah kerana mood saya tak baik ketika itu, saya kritik orang yang jalan-jalan itu di entri saya...  (telah luput ditelan zaman = revert to draft)
  8. Menjadi editor bebas di Wikipedia Bahasa Melayu bermula penghujung 2011. Rupanya Wikipedia tidak seperti apa yang saya sangka. Ia diselia oleh para sukarelawan. Memarahi maklumat tidak lengkap di WBM umpama memarahi diri sendiri yang bodoh tidak menyumbang bersama.
  9. Mendapat idea guna istilah 'travelog' setelah membaca buku 'Travelog Haji'. Kemudian gabungkan ia dengan nama jurusan saya semasa itu. Walah! Terhasillah 'Travelog Hort'. Entri pertama untuk blog Travelog Hort adalah tentang Floria.
  10. Mencapai jumlah pengikut sebanyak 163 (kiraan hari ini)

Pandangan keras saya terhadap akhbar tempatan


Pepatah Inggeris menngatakan minda hebat bincang idea; minda biasa bincang acara; minda kerdil bincang manusia. Ini benar apabila saya membaca akhbar-akhbar tempatan kita.


Kebelakangan ini kerap kali saya pergi ke perpustakaan UPM (PSAS) meluangkan masa saya membelek akhbar tempatan. Ada beberapa akhbar tempatan yang bagus dan ada juga yang tak bagus.

Pada hari ini, saya dapati untuk maklumat menarik, saya bagi 4/5 untuk Utusan Melayu dan News Straits Times.

Jom Umrah bersama Pak Latip


Saya ada terfikir untuk sertai pertandingan ini. Jika ada rezeki, dapatlah melihat rumah Allah nanti. Ameen.

Ada la 2-3 buku novel sejarah Islam di rak perpustakaan mini saya. Rasanya saya kena cuba cari kawan-kawan yang ada untuk dipinjam sekejap. Buat gambar sahaja untuk dihantar ke pertandingan ini. Erk?