Saya tak sangka akhirnya saya juga dijangkiti demam denggi. Ya saya tahu kawasan saya memang zon merah denggi. Tetapi tidaklah selama ini saya dan keluar saya dijangkiti denggi.
Tetapi nak dijadikan cerita, saya demam Khamis lalu. Sebenarnya malam Khamis itu saya sudah berasa seram sejuk badan selepas menghantar isteri saya pergi bekerja.
Saya rasa tidak selesa badan. Apapun saya minum madu kelulut. Mana tahu dapat mengubati demam yang mendatang. Pada hari Khamis itu saya gigihkan diri mengambil isteri saya yang bekerja di Hospital Kajang.
Ketika hendak pulang itu, dia bertanyakan adakah saya ok? Saya kata saya demam sehingga terasa sengal-sengal tulang. Terus dia minta saya diambil darah untuk pemeriksaan.
Petang itu keputusan keluar. Ya saya disahkan dijangkiti denggi kerana platlet darah saya kurang daripada normal.
Menurut isteri saya, demam denggi ini bukan datang dalam masa sehari. Saya telah dijangkiti denggi 2 minggu lepas. Bila saya cek kembali, saya tahu mana saya dapat denggi. Di apartment saya tinggal ini, saya mempunyai hobi baru iaitu bercucuk tanam. Saya meletakkan alas bagi setiap pasu berkebun saya bagi mengelakkan lebihan air siram di dalam pasu meleleh.
Saya lupa untuk membuang air lebihan dalam air tadahan itu. Saya cek barulah saya perasan yang ada jejentik hidup di situ! Terus saya buang air yang ada. Tetapi saya terlambat. Rupanya saya telah digigit AEDES!
Saya ingat lagi ketika waktu Maghrib atau Subuh badan saya mesti terasa gatal akibat gigitan nyamuk. Saya ingatkan giigitan nyamuk biasa. Namun, andaian saya salah. Nah, padahnya saya terkena demam denggi.
Untuk rawatan, denggi tiada ubatnya. Isteri saya menyuruh saya meminum secawan air setiap 1 jam. Ini bagi mencairkan darah yang kian pekat. Akan saya dimasukkan wad jika saya mula muntah.
Buat masa ini saya hanya berehat di rumah.
Sabtu, 24 Januari 2015
Dijangkiti Demam Denggi
Penulis 依之汉
Diterbitkan Sabtu, Januari 24, 2015
Artikel Terkait
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Saya suka dan amat menghargainya jika tuan/puan boleh komen menggunakan Bahasa Melayu Tinggi. Saya ucapkan Jazakallah dan terima kasih.
EmoticonEmoticon