Teringat kisah bersama seorang pensyarah saya. Beliau seorang yang telah dikatakan kaya kerana berjaya menjual baja.
Diceritakan beliau pernah didatangi seorang kawan lama untuk meminta nasihat. Biasalah. Orang kaya memang selalu didatangi orang.
"Dr., saya ada penyakit jantung la. Macam mana ni? Saya risau lah."
Dr. diam sambil mendengar keluhan kawan itu.
Kemudian beliau berkata, "Biasalah. Umur dah lanjut memang lah dapat macam macam penyakit. Apa nak risau?"
Terdiam kawan Dr. itu. Lain diminta, lain dikata.
Kemudian entah macam mana barulah kawan Dr. itu jadi tenang. Dia mula menerima hakikat bahawa penyakit memang akan datang.
===
Pengajarannya, kita redhalah dengan apa-apa ujian pun yang mendatang. Kerana setiap musibah ataupun kebaikan, pasti ada sebabnya Allah berikan kepada kita.
“Manfaatkan lima perkara sebelum lima perkara :
Waktu mudamu sebelum datang waktu tuamu,
Waktu sehatmu sebelum datang waktu sakitmu,
Masa kayamu sebelum datang masa kefakiranmu,
Masa luangmu sebelum datang masa sibukmu,
Hidupmu sebelum datang kematianmu.”
(HR. Al Hakim dalam Al Mustadrok)
Jumaat, 2 Januari 2015
Orang Kaya dan Penyakit Jantung
Artikel Terkait
- Alahai. Terasa malas saya ingin SMS kepada rakan-rakan tentang Ramadhan. Dahulu menjad
- Selasa lepas terdapat seorang pelajar baharu masuk menyertai kelas tuisyen di Putrajay
- Entah mengapa perkataan ini menyusup dalam ke minda saya. Adakah aku bosan dengan kehidup
- Aduh. Saya terkesima apabila membaca karya Faisal Tehrani bertajuk 'Tunggu Teduh Dulu'
- Saya orangnya suka bercerita. Cerita saya sering merapu sahaja. Oleh kerana itu saya memi
- Saya dan Murni berdua-duaan dalam kereta. Kami baru selesai menghadiri satu bengekel bert
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Saya suka dan amat menghargainya jika tuan/puan boleh komen menggunakan Bahasa Melayu Tinggi. Saya ucapkan Jazakallah dan terima kasih.
EmoticonEmoticon