Ahad, 30 Mac 2014

Ertinya Membaca Karya Hebat


Aduh. Saya terkesima apabila membaca karya Faisal Tehrani bertajuk 'Tunggu Teduh Dulu'. Ternyata karya itu telah memikat hati saya si hortikulturist. Sungguh pandai beliau mengulit kisah cinta si protagonis dengan ilmu bantu betik.

Saya terpesona kerana beliau cukup pandai meratai maklumat yang susah menjadi seperti senang sahaja.

Ah ini berbeza sungguh dengan Tuah Sujana penukil karya 'Cakerawati Teluki'. Dua karya yang bagi saya ditulis oleh orang hebat dalam bidang sastera.

Tuah hanya berumur berlahir tahun 1991. Berbeza dengan Dr. Faisal. Namun karyanya membuatkan saya terpaksa membaca dua kali memahami istilah yang digunakan. Ia terlalu asing untuk saya fahami. Mungkin kerana bacaan saya tidak setingginya yang melangit buku sastera.

Bacaan terhadap karya Faisal Tehrani lebih membumi dengan saya. Saya faham erti istilah yang digunakan. Jenis baja dan mengapa digunakan.

Terus ini telah membuatkan saya tahu novel apa yang boleh saya contohi untuk saya menulis novel fiksyen sains saya.

Ya saya tahu tentang kesesatan yang telah dibawa oleh Faisal Tehrani. Saya masih tidak dapat percaya orang yang begitu berbakat sepertinya boleh terpesong dengan ajaran Syiah. Allah lebih mengetahui. Moga beliau dikurniakan hidayah dan kembali kepada ajaran yang benar.

Sambil itu mata saya masih terlekat dengan novel TTD ini. Pastinya saya dapat rasakan si penulis mampu memberi harapan kepada saya bahawa saya mampu menulis.

Mungkin saya ini terlalu jauh untuk memahami siapakah Tuah Sujana dan mengapa beliau menulis sebegitu rumit. Tetapi tidak saya nafikan pembacaan yang kurang saya fahami itu membuatkan saya sendiri puas setelah membaca. Saya tahu jauh di sudut hati terdapat satu kepuasan yang entah menyelinap masuk ke sudut itu.

Kedua-dua karya ini membolehkan saya berfikir tentang kehidupan. Tentang manusia. Siapakah manusia dan apakah tujuan manusia ini dicipta.

Dan saya yakin, karya saya mungkin berbaur seperti mereka, namun ia tetap suara saya. Suara menyampaikan apa yang terpendam di dalam atma yang biasa ini.

1 mengomel so far

Saya juga telah membaca buku ini. Ketika saya membaca novel ini saya belum lagi menulis secara serius. Ketika itu saya beli novel ini di MPH Alamanda. Novel ini sangat tebal. Saya juga tidak berapa kenal penulis-Faisal Tehrani ketika itu. Saya membaca "membuta-tuli". Apa yang saya dapat ketika itu, ilmu tentang penanaman betik. Mulanya memang membosankan. Ketika itu juga saya terbayangkan cerpen Faisal-Kerana Manisnya Epal. Anak muda yang ingin mempertahankan ladang epal. Dalam Tunggu Teduh Dulu-perjuangan untuk memajukan industri betik.

Rasanya itulah kali pertama saya membaca novel ini. Apabila saudara membangkitkan semula tentang novel ini teringin pula untuk membacanya semula. Namun masih belum berkesempatan.

Faisal Tehrani juga telah meneroka tentang pakaian tradisonal Melayu-Manikam Kalbu, perkapalan-Bedar Sukma Bisu, makanan Ketupat Cinta (satira). Sesungguhnya dia seorang penulis yang bersetail.

Saya suka dan amat menghargainya jika tuan/puan boleh komen menggunakan Bahasa Melayu Tinggi. Saya ucapkan Jazakallah dan terima kasih.
EmoticonEmoticon