Jumaat, 28 Mac 2014

Artikel Terbit di Dewan Kosmik

Ketika sampai di rumah, saya terlihat satu sampul surat di atas meja dengan nama saya tertera atasnya. Apa yang paling mengejutkan, ia datang daripada pihak Dewan Bahasa dan Pustaka.

Jantung saya berdegup. Apakah ada lagi artikel yang saya tulis terbit di Dewan Kosmik? Saya tiada hantar artikel baru.

Saya perlahan-lahan mengoyak sampul itu. Terpampang majalah Dewan Kosmik seperti saya jangkakan. Terus saya membelek-belek ruang isi kandungan. Mungkin ada terselit artikel yang pernah saya hantar.

'Kelulut pengganti Lebah Madu' membuatkan saya terpana. Terus mulut saya mengucapkan 'Alhamdulillah'.

Tak sangka terbit jua artikel ini yang saya langsung tak jangka akan terbit.

Jemput semua baca majalah Dewan Kosmik edisi Mac.

2 mengomel

Wah, tahniah. Ini artikel kedua dengan Dewan Kosmik kan? Honorariumnya juga sangat istimewa berbanding ruangan lain.

Oh, memang buku saya sukar diperolehi terutama di MPH. Saya tidak pasti bagaimana pemasaran ITBM ni.

Tapi, stok dengan saya masih ada.

Saya suka dan amat menghargainya jika tuan/puan boleh komen menggunakan Bahasa Melayu Tinggi. Saya ucapkan Jazakallah dan terima kasih.
EmoticonEmoticon