Rabu, 16 Oktober 2013

Tauge dan air kencing

Saya tertarik untuk memberi komentar di sini tentang penggunaan air kencing bagi menyuburkan tauge.

Sebagai seorang yang telah membuat projek tauge dan membaca thesis tentang cara penghasilan tauge, saya rasa maklumat yang diberikan tidak berapa betul. Juga boleh rujuk satu berita tentang kenapa tauge Ipoh terbaik di Malaysia?

Pertama, perlu kita tahu apa ada dalam kandungan air kencing? Ammonia. Iaitu tinggi kandungan Nitrogen. Jika disembur secara terus, biji benih atau anak benih akan melecur. Bagaimana nak tahu melecur? Lihat kesan hitam dab lebam kepada tauge tersebut.




Uji kaji nak kata tauge berbau hancing? Itu pun mengarut. Saya siram tauge saya dengan mesin tauge yang langsung tak guna air kencing, tetap ada bau air kencing. Kenapa? Kerana biji benih leguminosae apabila direndam dengan air akan menghasilkan ammonia. Bau ammonia lebih kurang sama macam air kencing kerana kandungan yang sama!

Kedua, kita lihat pula bagaiamana tauge terhasil. Tauge terhasil dengan percambahan biji benih. Di Malaysia untuk menggemukkan tauge, para pengusaha merendam biji benih dengan 2 bahan kimia rahsia yang diimport dari Jepun. Bahan kimia ini bertindak sebagai hormon bagi merencatkan pertumbuhan kecambah dan seterusnya membuatkan ia gemuk.

Dan isu ini telah lama pun berbangkit. Sprouts and urine is the lame story ever.

Ada pandangan lain? Atau anda hanya tahu boikot tanpa ada kefahaman? Jom kongsi pandangan.

6 mengomel

Apakah bisa pokok tauge itu hidup jikalau betul-betul urine digunakan sebagai baja? Dalam webblog En Iskandar, ada tulis urine boleh digunakan sebagai fertilizer dengan syarat dicairkan dengan nisbah 1:6.

betul ke tauge ni buat angin ?

Sememangnya ada petani yang menggunakan air kencing untuk menyuburkan sayuran termasuk tauge.Hal ni berlaku di tempat saya sendiri. Ya..tauge tu boleh hidup subur. Fresh manure dan air kencing menurut pensyarah saya dulu tidak sesuai dijadikan direct fertiliser kerana ianya boleh membawa kepada infestasi penyakit kepada tumbuhan.Tauge yang pendek dan gemuk elok elak makan sebab kandungan penggunaan hormon pembesaran yang banyak.

Untuk sayuran saya percaya. Tetapi untuk tauge, saya tak percaya kerana jika betul mereka menggunakan air kencing, peratus tauge itu rosak dan membawa penyakit adalah tinggi. Jadi saya menolak hujah berasaskan 'kata, pemerhatian, khabar angin'. Harap maklum.

Tauge pendek dan gemuk kerana hormon - ini betul. Saya ada membaca jurnal tentang ini.

Terima kasih kerana komen.

Itu kena buat kajian sendiri. Kalau mereka menggunakan hujah 'logik akal' mereka, aku pun boleh guna hujah logik jurnal aku baca.

Pokok mungkin. Tetapi tauge ni anak benih lagi. Sangat rapuh (fragile)!

Saya suka dan amat menghargainya jika tuan/puan boleh komen menggunakan Bahasa Melayu Tinggi. Saya ucapkan Jazakallah dan terima kasih.
EmoticonEmoticon