Agak sukar untuk kekal berblog jika tiada idea. Apatah lagi idea mula tersekat apabila orang terdekat membaca nukilan hati saya di sini.
Heh.
Seperti yang awak baca, saya ini bukanlah perahsia orangnya, tetapi pemalu. Saya malu jika rahsia saya ini saya nukilkan disalah tafsir oleh teman sekeliling. Jika tak, masakan saya menukar nama pena saya di sini.
Oh begitu? Ya. Apa yang saya fikirkan, jika saya menulis dengan nama pena, pasti kawan tidak menyangka itu saya yang menulis.
Hari demi hari saya seronok menulis. Saya asyik dengan dunia penulisan. Saya seronok dengan komen yang tidak kunjung mendatang. Sekali sekala datang menyapa berblogwalking. Ah. Apa hairan dengan budaya blog, bukan?
Kini idea mula tersekat akibat ketakutan yang entah tiada yang pasti. Saya menjadi pemalu apabila ada yang menegur mengatakan blog saya ini ada harapan.
Tidaklah itu tandanya saya tiada keyakinan diri? Mungkin. Itulah yang dikatakan oleh pakar motivasi bahawa apabila kita kekurangan keyakinan diri, pasti orang yang memuji kita anggap itu sindiran.
Pastinya idea berblog saya juga boleh tersekat oleh pandangan orang lain.
Namun apabila difikirkan kembali, saya hanya berkata apa yang benar. Mungkin benar itu kelihatan tulus. Mungkin juga benar itu kedengaran tirus. Hanya yang membaca sahaja mampu menafsir mengikut pandangan mereka.
Saya hanya menulis untuk mencari jati diri. Acap kali saya keliru dalam dunia ini. Apatah lagi dunia penulisan. Terlalu banyak pancaroba yang melanda. Terlalu banyak badai yang kian datang nan pergi.
Bermadah kata di blog sukar diolah manusia. Mahupun juga google translate. Lebih elok terus kepada isinya.
Tapi saya suka kreatif. Saya suka bahasa. Jika tidak, mengapa saya mahu tanggung risiko menyulam ayat di dunia Maya?
Mungkin, satu hari nanti, saya bisa mengetahui jawapannya....
Selasa, 29 Oktober 2013
Kisahnya Blog
Penulis 依之汉
Diterbitkan Selasa, Oktober 29, 2013
Artikel Terkait
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
2 mengomel
Yakinlah ketika menulis. Anggaplah kalau yang tidak bersetuju itu hanyalah perbezaan pandangan. Kita masih kekurangan sumber ilmu dalam bahasa Melayu. Teruskan!
Terima kasih. Sama juga dengan cikgu.
Saya suka dan amat menghargainya jika tuan/puan boleh komen menggunakan Bahasa Melayu Tinggi. Saya ucapkan Jazakallah dan terima kasih.
EmoticonEmoticon