Rabu, 9 Oktober 2013

Pokemon, Digimon, Dragon Ball dan kisah yang lalu

"Aku dulu sangat berharap pada cerita Pokemon. Sanggup tunggu waktu maghrib hanya nak tengok apa akan Ash lawan." Afif menghirup air teh o nya. "Tapi, biasalah. Aku tahu kena move on juga akhirnya. Memang cerita itu untuk kanak-kanak."

Saya mengangguk. Yup. Pokemon hanya berkisar dengan dunia kanak-kanak. Watak Ash dan Pikachu yang tidak pernah berubah. Sentiasa muda sahaja. WTH!?

"Kau tak lihat lagi Dragon Ball." Kami berdua memandang Nakula.

"Aku baca sampai muak. Sampai Z apa entah. Siap Gorilla boleh jadi Super Saiya tahap 4."

"Gorila?"

"Ya. Mereka ulang balik saat Gohan lawan Bezita." Nakula menggeleng sedikit kepalanya.

Saya mencelah, "Kalau Digimon mungkin baik sedikit."

"Itu lagilah. Selepas musim kedua, terus aku tak faham langsung." Nakula menghirup milo aisnya. "Bayangkan manusia bersetubuh dengan monster nak melawan monster lain? Apa ke hal beb!?"

Hahaha. Kami tergelak mendengar perkataan pelik 'bersetubuh'. Patutnya bergabung. Tetapi gabungan Digimon musim ketiga melibatkan gabungan badan di antara manusia dan juga digimon.

"Kita ni master. Dia itu digimon. Mana boleh nak bersatu beb. Syirik dan kurafat!"

Saya tergelak mendengarnya.

Afif mengangguk juga tanda setuju.

"Yelah. Kita semua membesar dengan Dragon Ball, Pokemon dan Digimon," ujar aku. "Oh jangan lupa cerita sains fiksyen yang budak-budak minat tonton - Doraemon."

Kami semua sama-sama tergelak.

Generasi gen Y membesar dengan kisah-kisah komik yang ada. "Kalau boleh, aku nak minta balik segala duit komik yang aku beli dahulu. Membazir!" ujar Afif.

Ada betul juga. Sekarang jarang orang nak beli komik. Kami, generasi I (internet. haha), baca sahaja di Internet. Tak perlu membazir duit membeli komik yang kian naik harga. Lainlah jika ingin membuat koleksi teragung di kamar tidur. Heh.

4 mengomel

Pada setiap zaman, pasti ada sesuatu yang menjadi daya tarikan kepada kanak-kanak pada zaman itu. Cuma pada masak kini, kesan kemajuan teknologi sedikit sebanyak menjadi orang semakin mengabaikan masyarakat sekeliling

Lama tak dengar khabar. =)

Tentang komik, ntah kenapa 'feel' baca versi online tak sama. Baik aku baca komik kreko kat Borders. hahaa...

Nak sokong penulis Jepun le tu. Hahah.

Saya suka dan amat menghargainya jika tuan/puan boleh komen menggunakan Bahasa Melayu Tinggi. Saya ucapkan Jazakallah dan terima kasih.
EmoticonEmoticon