Selasa, 10 April 2012

Pengalaman menyertai Ujibakat Imam Muda




Assalamualaikum semua!

Pada hari Ahad yang lalu aku telah menyertai ujibakat imam muda. Wahhh! Hebat! Semua peserta yang hadir hebat-hebat belaka. Aku ni biasa je. Maka tak la aku sertai. Hanya teman sahabat je. Tapi jadi penonton tu pun kira sertai la kan? Jadi takda masalah la aku letak 'menyertai' pada tajuk di atas.

Pendaftaran bermula 9am, jadi kami bertolak awal pada 7.30am dari Masjid UPM. Takut lewat dan traffic jam semasa dalam perjalanan nanti. Alhamdulillah kami sampai tepat pada pukul 8am. 30 minit je pun. Aku ingat lama la sangat. Lokasi ujibakat adalah di Institut Profesional Baitumal, Kg Pandan, KL.


Masa kami tiba tak ramai peserta yang datang. Ada la dalam 5-6 orang.

Borang Imam Muda.
Aku pun ajak sahabat aku ni minum-minum dulu. Maklum la aku ni kena makan sarapan dulu bagi segar badan. Sedang kami nak pergi ke kafe terserempak dengan seorang yang aku tak kenal tapi si sahabat aku ni kenal. Dengan gembiranya salam tangan dengan orang ni. Aku pun salam dan senyum je la.

"Siapa dia tu, ustaz?"

"Anta tak kenal ke? Tu la finalis Imam Muda dua, Ustaz Nasrul."

Oh, tak le aku tau pun. Aku ni duk rumah tak da Astro. Program Imam Muda pun aku tak berapa minat nak tonton sebab tak da Astro katakan. Unifi ada le.

Para peserta sibuk mengisi borang pendaftaran.
Tepat pukul 9am, kami pergi semula ke kaunter pendaftaran nak mengambil bornag mendaftar. Nampaknya aku lihat semua muka hebat-hebat sedang mengisi borang. Sambil tu sahabat aku ajak aku mendaftar sekali,

"Tak apa lah ustaz. Bukan panggilan untuk saya tahun ni," sambil aku tersenyum.

Aku datang nak temankan dia je. Nak sertai ni, rasanya bukan bidang aku untuk berzanji. Bacaan al-fatihah cukup tajwid je pun. Ni semua untuk para ustaz yang hebat-hebat belaka.

Kami dipanggil untuk beratur berlakon. 
Sedang aku dan sahabat aku ni melepak, kami dipanggil pula oleh krew pengambaraan untuk datang ke kaunter. Nak buat aksi sikit seperti sedang mendaftar sebab hos, Ustaz Nasrul nak berbicara di hadapan kamera. Aha! Nampaknya peluang aku nak masuk TV nih. Hahah. Ada la nampak macam mendaftar walhal datang menyibuk je.

Habis je pengambaran aku nampak si Ustaz Nasrul tu bersembang dengan sahabat aku. Apa lagi, aku ambil peluang ambil gambar bersama. Boleh letak kat FB nanti. Buat kenangan katakan.

Pukul 10.45 am barulah giliran sahabat aku ni dipanggil bersama dengan yang lain.
Ustaz Nasrul sebagai hos kali ni.

Aku pun masuk sekali, jadi penonton je la.

Antara perkara yang mereka nak lihat ialah tak malu ketika berada di hadapan kamera. Aku dapati setiap peserta wajib lihat kamera semasa ujibakat. Aku tengok ramai je yang cuba tengok juri ketika berucap. Ye la. Mana taknya, juri kat sebelan kanan, kamera kat depan. Nak yakinkan juri kena lah lihat muka juri. Aku lihat krew kamera tak habis-habis menghalakan tangan suruh peserta lihat kamera.

Semua peserta hebat-hebat belaka! Dimulakan dengan diminta membaca surah al-Fatihah sebagai seorang Imam di masjid. Kemudian akan ditanya bakat lain seperti berzanji, tarannum ataupun nasyid dan soalan tajwid.

Semasa tiba giliran sahabat aku, nasib dia baik agaknya. Tak banyak soalan yang sukar ditanya.... Bacaan al-Fatihah dia sedap didengar dan tarannumnya pun ok. Tahniah! Anda lepas ke peringkat seterusnya.

Peserta wajib pandang kamera, sambil para juri berada di sebelah kanan menyoal .

Peringkat kedua la pula. Tu pun dah masuk pukul 2.30pm ni. Masa peringkat kedua soalan-soalan agama je untuk dijawab atas kertas. Alhamdulillah. Sahabat aku ni lepas untuk ke peringkat ketiga pula, pengucapan awam.

Kali ni lama sedikit. Dalam 30 minit setiap seorang. Masa ni aku bersembanglah dengan peserta-peserta lain. Semua hebat-hebat dengan latar belakang sekolah agama. Ada gak budak sekolah pondok datang khas dari Kelantan. Masya-Allah. Semua datang nak mencuba dan mendapatkan pengalaman.

Bagi aku, pengalaman aku menjadi penonton pun sudah hebat, apatah lagi menjadi seorang peserta. Ada yang gementar, ada yang yakin, ada yang tak yakin langsung. Semua datang dengan niat untuk mencuba.

Dipendekkan cerita, sahabat aku lepas untuk ke peringkat terakhir, iaitu peringkat ke-4. Peringkat ni hanya isi borang resume, latar belakang, dan apa-apa yang berkaitan untuk mereka nilai kemudiannya. Nanti, kalau terpilih, insya-Allah akan mereka call. Masa tu jam dah menunjukkan tepat pada pukul 6.00pm. Wahhh, hampir 10 jam juga menunggu nih.


Peringkat terakhir. Semoga Ustaz Hafiz terpilih menjadi salah seorang peserta Imam Muda.
Amiin.

Aku dapat pengalaman yang banyak dengan hanya menjadi penonton sahaja hari ni. Semoga usaha sahabat aku berhasil, dan doakanlah beliau terpilih menjadi salah seorang finalis untuk imam muda 3 ini. Amiin.

p/s: Nanti boleh la buat program Imam Muda 3 di UPM pulak. Kita ajak saudara-saudara seIslam kita datang ke surau dan masjid ramai-ramai berjemaah setiap hari.

Sekian, wasalam.

Saya suka dan amat menghargainya jika tuan/puan boleh komen menggunakan Bahasa Melayu Tinggi. Saya ucapkan Jazakallah dan terima kasih.
EmoticonEmoticon