Rabu, 25 Januari 2012

Pasar Malam Sekitar UPM

DSC01496
Assalamualaikum semua, salam sejahtera.

Hari ni aku nak bercerita pula mengenai pasar malam sekitar UPM. Memang menjadi satu budaya Asia di mana jua pasar malam ni wajib ada. Aku pergi Taiwan pun di sana ada pasar malam. Kalau di negara Barat aku tak berapa tahu pasal pasar malam ni sebab aku tak pernah pergi.

Pasar Malam di sekitar UPM setakat ni aku hanya kesan ada 1 sahaja. Tempat menjadi pusat orang nak membelanja sakan. (agaknya la). Kalau aku pergi pasti terserempak dengan kawan-kawan aku yang penuh di tangan dia dengan pelbagai beg plastik dari oren sehinggalah merah. Penuh! (menunjukkan betapa banyak makanan yang dibeli. Laughing)

Seperti pasar malam yang biasa terdapat di Malaysia, peminta sedekah wajib ada. Aku tak tahu lah kenapa la orang ni malas sangat nak cari duit. Minta sedekah la kerja mereka. Aku bukan tak kasihan tapi kasihan aku pasti akan buat dia meminta sedekah lagi.

Bagaimana nak maju kalau harapkan belas kasihan orang? Kurang-kurang aku akan menderma RM$$ (nilai disembunyikan agar sedekah membawa keberkatan) jika peminta sedekah itu ada nanyi ada melakukan sedikit persembahan. Barulah meriah sikit pasar malam ni. Kalau tak hingar-bingar dengan bunyi pelanggan dan peniaga sahaja.

Dapat dilihat juga pembentukan masyarakat 1Malasyia di sini. Pelbagai kaum datang untuk membeli di sini. Daripada Melayu, Cina, India dan lain-lain kelihatan. Ada juga kaum yang semakin mendapat perhatian sekarang – kaum asing a.k.a pendatang asing.

Aku tengok pak Iran ada, pak Bangla ada, pak Indon ada, dan macam-macam pak lagi la. Tak tertulis aku nanti. Maklumlah pasar malam ni bersebelahan sahaja dengan kilang-kilang tempatan yang bukan orang tempatan majoritinya.I dont know.

Hanya 2 kali seminggu sahaja pasar malam ini beroperasi iaitu hari Isnin dan Jumaat. Boleh dikatakan Isnin sebagai pembuka kepada hari bekerja manakala Jumaat pula pembuka kepada hari minggu. Hari yang strategik untuk kita pergi membeli-belah.

Aku selalunya pergi pasar malam ni kalau teringin makan benda-benda yang takda di Putra Foodcourt. Kalau tak jarang aku nak singgah. Kalau kawan-kawan aku pun aku akan lihat keadaan dulu. Kalau tak, tempah jer la daripada mereka,

Jom kita lihat apa ada di pasar malam Sri Serdang ni.


Buah-buahan di sini dijual dengan harga berpatutan.

DSC01494DSC01471DSC01486
Ada laksa. Aku tak pernah rasa tapi nanti aku dah rasa aku bagi komen.

DSC01495
Antara tempat parkir di sini.
DSC01497
Suasana sekitar pasar malam ini.
DSC01469DSC01470DSC01472DSC01473DSC01474DSC01476
Aku suka beli makanan daripada gerai mak cik ni. Murah dan berpatutan. Kuew teow, mi dan nasi goreng menjadi menu utama di gerai ini campur telur goreng mata kerbau.
DSC01477DSC01479DSC01480
DSC01499 Kuew teow + mee yang aku beli. Layan~
Antara gerai minuman yang ada di sini.
               DSC01483                  DSC01492
Bahagian jualan mentah seperti ikan, tauge, sayur-mayur dan lain-lain lagi.
DSC01488DSC01489DSC01491
Mak cik ni letih setelah penat berjalan-jalan sekitar pasar malam ini. Rilek lu auntie.
DSC01493
Pak cik ni aku suka sebab antara yang memeriahkan suasana pasar malam Sri Serdang ni dengan radio di sebelah dia.

DSC01487
Kalau budak ni? Aku kesian kepada dia. Budak camni pun ada juga orang nak salah guna untuk minta sedekah. Hantarla sekolah OKU bagi kemahiran hidup yang boleh dia belajar.
             DSC01484                           DSC01485


Kesimpulannya, pasar malam memang menjadi satu tempat penuh dengan pelbagai benda dari makanan sehinggalah raga manusia. Apa yang penting kita sendiri dapat nilai mana yang baik, dan mana yang buruk.
Wasalam.

3 mengomel

slalu g sne... ape kate blanje aku skali skala.... nak lakse... hahahhaaha~

ish kalau ko yg selalu gi sana, ko la belanja aku. aku pergi bila ada kemampuan jer... :p

Kalau pegi pasar malam sri serdang, 3 benda jer yg aku beli. Jagung rebus, apam balik dan ikan masin. Yg lain tu tugas bini aku...hu...hu...

Saya suka dan amat menghargainya jika tuan/puan boleh komen menggunakan Bahasa Melayu Tinggi. Saya ucapkan Jazakallah dan terima kasih.
EmoticonEmoticon