COMANGO - Agenda Menghapuskan Identiti Islam di Malaysia

4 bualan
Pin It

Apakah itu COMANGO? Mengapa orang sibuk-sibuk pasal COMANGO?

COMANGO adalah satu kesatuan puak-puak yang tidak suka Islam dan ingin membebaskan Islam sebenar dari bumi Malaysia.

Beberapa persatuan yang bertopengkan Islam menyokong COMANGO.

Adakah sebagai rakyat biasa kita patut biarkan isu ini sahaja? Bagi saya tak. Isu ini besar kesannya kepada kita, rakyat Malaysia.

Apakah bahayanya COMANGO? Kita lihat isi-isinya dahulu:

1. Memperjuangkan hak Lesbian, Gay, Bisexual dan Transexual
2. Mengiktirafkan Syiah sebagai salah satu Mazhab Islam
3. Membebaskan Malaysia dari ikatan Hak Istimewa Orang Melayu
4. Kalimah Allah adalah untuk semua

dan banyak lagi. Rujuk sini.

Semua yang mereka bawa atas dasar 'hak asasi manusia'. Manusia sepatutnya bebas. Tidak terikat dengan mana-mana agama. Itu yang mereka bawa.

Eh? Jangan bersangka buruk.

Eh? Sudah baca apa tuntutan COMANGO?

Tapi...

Baca sekali lagi. Dan hayatilah apa yang mereka bawa itu sebenarnya ancaman kepada kita, umat Islam.

Sebagai umat Islam yang peka, kita patut merasakan bahawa ini satu ancaman. Kita bukan sahaja setakat duduk di masjid solat lima waktu dan membaca al-Quran setiap hari namun tidak kisah dengan persekitaran kita. Ini bagaikan umat yang tidak kisah dengan perihal orang lain.

Sikap "asalkan aku tidak kena, sudahlah" bakal mendatangkan bencana kepada umat Islam di bumi Malaysia. Ia sama seperti nasihat oleh Dr. Zainur Rashid tentang menjadi ummah peduli.

Jika tidak kena pada kita, akan kena pada saudara-saudara dan sahabat handal keliling kita. Anak saudara, adik, abang, kakak, sepupu, pak saudara yang kita sayangi.

Jadi, kita harus cakna isu ini dan mengambil inisiatif menentang selagi boleh. Islam tertegak dengan kuasa. Walaupun kuasa Melayu Islam kian lemah, namun kita masih ada kuasa lagi.

Ayuh cakna isu ini. Jangan bersikap 'ini bukan hal aku' kerana sabda Rasullulah yang bermaksud

“Barangsiapa tidak mengambil berat tentang urusan umat Islam, maka bukanlah mereka daripada kalangannya”

Rasulullah saw juga telah bersabda yang bermaksud,

“Sebaik-baik manusia ialah yang memberi manfaat kepada manusia lainnya."

(Hadith riwayat Bukhary)

Marilah kita menjadi ummat yang peduli akan nasib bangsa kita.
Pin It
Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama

4 ulasan:

  1. Haq akan terus di cabar Batil.Persediaan Haq perlu bermula dari sekarang.Selamanya mereka yang Batil akan terus membantai yang Haq.

    Islam selamnya akan terus di pandang hina dan pijak-pijak oleh mereka-mereka yang melanggar syariat Allah.

    Moga Allah memberi kemenangan pada umat islam.

    Terima kasih kerana sudi berkongsi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama-sama lah kita menyebarkan kebenaran walaupun ia pahit.

      Padam

Saya suka dan amat menghargainya jika tuan/puan boleh komen menggunakan Bahasa Melayu Tinggi. Saya ucapkan Jazakallah dan terima kasih.

Manusia