Aku melihat wajah Syamirul. Wajahnya gelisah. Dia menulis tanpa ada tumpuan. Bibirnya sentiasa bergerak seperti orang yang tak keruan.
Mengapa dia jadi begitu? Aku baru sahaja selesai berjumpa Dr. Rosni. Tadi dia kata aku boleh ambil ujian nanti. Tunggu kesihatan aku baik.
Baru sahaja aku ingin menyampaikan berita gembira ini kepada rakanku. Tetapi seakan ini bukanlah masanya.
Aku memandang pula wajah Nizam. Dia seperti prihatin. Ah kenapa seperti aku dipulaukan daripada mengetahui apa-apa kisah ini?
Aku memandang Nizam meminta penjelasan. Nizam hanya memerhatikan sahaja muka Syamirul.
Syamirul terus menulis.
"Ini perancangannya. Aku serahkan kepada kamu ye." Syamirul bangun pergi ke arah sinki.
Aku masih memandang muka Nizam. Nizam mengambil kertas pemberian Syamirul dan melipatkannya dan menyimpan terus ke dalam beg. Aku masih keliru.
Syamirul datang dan duduk. Aku lihat matanya merah. Eh? Ini mesti ada sesuatu yang buruk telah berlaku. Telefonnya berdering. Dia mengangkat telefon dan kedengaran ibu dan adik.
Kami bertiga bangun dan beredar dari kafe.
Tiba di tempat letak motorsikal, kami bersalaman. Erat sungguh salaman Nizam kepada Syamirul. "Sabar ye. Ini semua dugaan."
Syamirul hanya mengangguk. Aku juga meniru apa yang Nizam lakukan walaupun aku masih lagi keliru.
Sebaik tiba di fakulti, aku melihat mesej dari grup Wasssap. "Maaf. Saya tidak dapat membantu kalian dalam minggu ini. Ibu dan adik saya dijangkiti demam denggi."
Aku terduduk di atas kerusi. Lambatnya aku tahu kisah ini. Patutlah muka Syamirul sedih dan muram sahaja. Jarang sekali aku lihat dia begitu. Selalunya aku lihat dia dalam keadaan riang.
(bersambung)
Isnin, 18 November 2013
Di Bawah Pohon Angsana
Artikel Terkait
- Aku cuba mengimbau kenangan masa aku mula berkenalan dengan Syamirul. Kami berkenalan bu
- Suasana nyaman di dalam bilik siswazah ini. Penyaman udara semestinya menjalankan fungsin
- Terkesima saya apabila membaca syarat untuk memenangi hadiah yang seciput di blog Tem
- Seperti biasa, aku menjejakkan kaki ke dalam blok B perpustakaan. Kelihatan beberapa ora
- Jauh di sudut hati, saya tahu saya betul betul ingin menjadi seorang penulis. Jika ditakd
- Amanah. Ia satu perkara yang jarang manusia ambil kisah kini. Aku melihat ramai orang
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Saya suka dan amat menghargainya jika tuan/puan boleh komen menggunakan Bahasa Melayu Tinggi. Saya ucapkan Jazakallah dan terima kasih.
EmoticonEmoticon