"Pak cik, jauh lagi ke?" Rungut kak Surisa. Saya pula hanya mengikuti dari belakang di antara kak Bunga dan kak Surisa.
Tok Chik, renjer hutan hanya mengangkat tangan tanda suruh terus berjalan.
"Kalau jauh, tak apa lah pak cik. Lain kali sahaja pergi."
Saya lihat Tok Chik mengabaikan keluhan kak Surisa. Jelas dia tetap dengan pendiriannya mencari pokok lekir untuk kami. Misi ini harus tercapai dengan jawapan bahawa Perak juga ada terkandungnya pokok ini tumbuh melatar meliar.
Beberapa kalu saya mendengar keluhan kak Surisa.
Setelah lama berdiam dan dia agak jauh dari Tok Chik, saya membisik kepadanya. "Kak, ada pantang di dalam hutan ni. Perkataan jauh dan letih tak boleh cakap. Kak perasan tak kenapa Tok Chik diam je bila kak tanya jauh lagi ke?"
Kak Surisa tergumam seketika. Dia memandang saya dengan muka "awak serius?". Saya hanya mengangguk kepala tanda betul.
Setelah itu speanjang perjalanan tiada lagi rungutan kedengaran. Perjalanan seperti terasa mudah sahaja. Entah berapa lama, kami tiba jua di perkampungan orang Asli di Ulu Kinta ini.
Selasa, 12 November 2013
Pantang larang di dalam hutan
Artikel Terkait
- Baik. Tajuk ini agak sensitif untuk saya katakan. Peristiwa ini tidak berlaku pada diri s
- "Aku tak rasa kamu akan ada komitmen dalam kehidupan kamu, Fakrul." Saya berkata sambil m
- Sudah lama saya tidak menulis di blog ini. Al-maklumlah sudah terlalu lama meninggalkan d
- Saya bersembang dengan seorang pensyarah. Katanya universiti senior tak semestinya ba
- Saya pernah menawarkan sesuatu pekerjaan kepada kawan saya. Saya tahu dia juga minat m
- Apabila saya mula melebarkan networking saya bersama orang lain, saya mula kenal pelbagai
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
4 mengomel
ikut je...
Salam ziarah. Tertarik membaca komen-komen saudara di blog Tetamu Istimewa milik cikgu Mohd Helimi Ahmad.
Salam perkenalan.
Baik.
Salam perkenalan. =)
Saya suka dan amat menghargainya jika tuan/puan boleh komen menggunakan Bahasa Melayu Tinggi. Saya ucapkan Jazakallah dan terima kasih.
EmoticonEmoticon