Sabtu, 16 Ogos 2014

Ilmu Bisnes

Saya pernah berkomplot dengan kawan-kawan tentang idea untuk membuka ladang herba.

Pelbagai teknik kami andaikan. Berbincang hampir berminggu-minggu. Namun langsung tiada tindakan.

Keputusan berakhir dengan kami tidak jadi membuka ladang herba.

Beberapa hal yang boleh saya simpulkan mengapa perancangan kami gagal:

1. Tiada mentor dalam bidang bisnes.
Mentor merupakan orang yang paling berpengaruh dalam kita menjayakan ilmu bisnes. Mereka telah mengalami cahaya dan gelap bisnes lebih awal daripada kami.

2. Terlalu berharap
Kami terlalu berharap kepada orang itu dan ini untuk membantu. Walhal kami tidak berjumpa dengan orang yang betul boleh membantu kami,

3. Kekurangan keyakinan diri
Kerana kami tidak pernah menjayakan ilmu pertanian tidak lebih daripada kelas amali semasa kelas dahulu. Ilmu bisnes ladang ini lain sungguh dengan teori!

Saya juga berkesempatan bermentor dengan seorang Cina. Beliau begitu semangat berkongsi dengan kami pengalaman beliau mencari tanah untuk berkebun. Tip dan trik ini memang sangat membantu saya kini. Terima kasih Abang H.

2 mengomel

Mungkin boleh cuba perniagaan kecil dulu sebelum ke skala yang lebih besar. Daripada bisnes kecil banyak yang dapat kita belajar, mcm disiplin urus dan bahagikan modal dan untung.

Saya setuju tuan. Terima kasih atas pandangan tuan itu.

Saya suka dan amat menghargainya jika tuan/puan boleh komen menggunakan Bahasa Melayu Tinggi. Saya ucapkan Jazakallah dan terima kasih.
EmoticonEmoticon