Rabu, 15 Januari 2014

Bolos dengan Teknologi Media Sosial

sumber: Pensel Zen

Adakah kita akan jadi seperti mereka? Saya mula melihat perkara ini kala pergi makan di luar. Kala pergi menunggu pengangkutan awam di luar. Kala berjalan-jalan di kompleks membeli-belah. Dan paling teruk semasa bersembang dengan rakan-rakan saya! Ceish!

Kehadiran telpin (singkatan untuk telefon pintar) amat menggerunkan bagi sesiapa yang tidak tahu akibatnya.

Saya ada sahabat yang sibuk melihat telpin. Kadang saya suka bersembang dengannya. Kadang benci sembang dengannya. Tak habis dengan telpin. Mungkin kedatangan saya di bilik bukan pada masanya.

Ketika keluar makan bersama, saya amat benci kalau ada kalau yang asyik dengan telpin. Tidak bolehkah melihatnya nanti? Kita keluar bersama untuk bersosial juga. Mengapa harus asyik dengan telpin?

Menyusahkan!

Ini secara tak langsung memberi pengajaran kepada saya agar tidak menjadi seperti mereka. Terlalu asyik dengan 'kemajuan' sehingga hilang adab dalam bersosial.

Serius. Saya kurang senang apabila orang tak habis melihat telpin seperti telpin inilah sahaja mereka ada. Tiada benda lain kah nak buat?

Moga-moga kita dijauhkan dengan perkara tidak bermanfaat ini.

2 mengomel

hey bagus la kartun Pensel Zen pasal media sosial tu beb... thanks.

btw, aku takde fb/twitter. blog kira media sosial juga ke? adakah aku sekarang sedang bersosial melalui blog ini?

Yup. Tapi kalau ketagih dengan media sosial ni, bahaya. Baik elakkan.

Saya suka dan amat menghargainya jika tuan/puan boleh komen menggunakan Bahasa Melayu Tinggi. Saya ucapkan Jazakallah dan terima kasih.
EmoticonEmoticon