Selasa, 14 Januari 2014

Blogger Muda Licik



Saya pada mulanya tidak percaya bahawa ada blogger muda di Malaysia. Penulisannya sangat bernas dan cantik. Sedap dibaca dari ayat pertama sehingga akhir.

Serius.

Aiman Amani, Ahmad Ali Karim, dan Aeshah Adlina telah membuka minda saya tentang dunia penulisan. Tiada terhad umur dalam meneroka keindahan penulisan ini.

Saya terkesima seketika. Apakah budak-budak mampu menulis sebegitu baik? Saya membaca kisah mereka. Ya, seperti yang ramai katakan, mereka memang pandai menulis. Tulisan mereka dalam bahasa Inggeris lebih baik berbanding saya.

Saya cuba mencari formula apakah yang membuatkan mereka menulis begitu baik? Terdapat beberapa perkara yang saya jumpa tentang ini;

1. Mereka mendapat galakan dan sokongan keluarga
2. Mereka berusaha keras menulis dengan baik
3. Mereka banyak membaca. Tidak terhad kepada pembacaan umur kanak-kanak sahaja
4. Mereka serius dalam penulisan

Saya pula? Blog ini sepatutnya saya jadikan wadah dalam penulisan BMT atau Bahasa Melayu Tinggi dalam harian pandangan saya. Tetapi kadang, saya terlepas pandang.

Mungkin kerana faktor wang membutakan saya untuk menulis dengan baik. Mungkin juga.

Yang penting saya perlu perbanyakkan bacaan saya dan menambahbaik penulisan saya ini. Saya tidak boleh kalah kepada kanak-kanak licik ini! *senyum

1 mengomel so far

Penulisan tidak boleh ditiru-tiru. Nanti akan nampak kelompangannya. Saya yakin, saudara mampu menjadi diri sendiri dengan kemahiran bahasa yang dikuasai.

Saya setuju dengan banyak membaca seorang blogger ataupun penulis itu, mampu mencerna idea yang dibawa dengan berkesan.

Teruskan menulis!

Bagaimana dengan penulisan di Dewan Kosmik? Ada artikel baru yang dihantar? Saya lihat peluang saudara cerah untuk menulis di sana, jika saudara rajin menulis.

Saya suka dan amat menghargainya jika tuan/puan boleh komen menggunakan Bahasa Melayu Tinggi. Saya ucapkan Jazakallah dan terima kasih.
EmoticonEmoticon