Apabila niat ingin berniaga, cabaran pasti datang. Tadi saya cuba menjual beberapa biji buah cempedak yang saya beli. Pada minggu lepas, ketika saya ingin membeli cempedak goreng, saya terkejut dengan harga yang dijualnya.
Sebiji dijual dengan 50 sen. "Mahalnya," rungut saya dan rakan.
"Biasalah dik. Cempedak susah nak dapat. Sekilo kami beli RM8!"
"Eh? Mahalnya."
"Kalau adik ada jual cempedak, bawa sahaja ke sini. Kami beli."
Timbul perasaan berminat untuk cuba berniaga cempedak.
Saya pun membeli beberapa biji buah cempedak dengan harga murah. Saya pun singgah ke gerai abang tersebut untuk menjualnya.
Abang itu memandang belakang dan meminta saya berurusan dengan bos.
"Berapa adik jual?"
"1 kg = RM6."
"Ish mahalnya! Tak dapat la dik. Kami berniaga. Tak untung kalau kami beli begitu." Dan saya mendengar 1001 alasan yang mak cik itu berikan.
Saya tersenyum kelat.
"Kalau RM3-4 kami beli."
Kemudian saya membawa dia melihat cempedak yang ada. "Ni tak masak lagi dik. Tak apalah dik. Adik cuba pergi ke gerai sebelah. Mungkin dia nak beli. Akak tak pandai nak peram cempedak." Kak itu berlalu pergi sambil senyum mesra dilontarkan.
Saya termengkelan. Minggu lepas beria nak beli. Kali ini kenapa tak nak beli langsung? 1001 alasan diberi. Saya berfikir. Dan terus berfikir.
Akhirnya saya dapat membuat beberapa kesimpulan ringkas:
1. Peniaga menjual mahal. Apabila ada pelanggan merungut mahal, peniaga akan berdalih dengan membeli alasan rasional mengapa mereka menjual mahal.
2. Peniaga pandai mengaut untung. Apabila saya menjual cempedak dengan harga yang mereka katakan ingin beli, tawaran saya ditolak mentah. Katanya saya jual dengan harga persendirian dan bukannya borong.
3. Jual pada keperluannya. Saya rasa saya kurang membuat kajian tentang ini. Saya dengan bersikap terburu-buru cuba merasionalkan harga. Saya ingat bahawa peniaga akan membeli daripada saya dengan harga yang mereka tawarkan minggu lepas. Tetapi sebaliknya. Saya diminta menawarkan harga saya.
4. Mengetahui harga pasaran. Di sini saya dapat lihat kelemahan saya yang cuba ingin memasuki pasaran berniaga buah. Saya tidak tahu harga pasaran dan saya sembereno sahaja masuk. Saya diminta menawarkan harga dahulu. Jelas, kak itu pandai memujuk tidak mahu membeli dengan mengatakan cempedak saya tidak berkualiti dan dia tidak sanggup ambil risiko.
5. Beli pada penjual yang dipercayai. Kelakuan kak itu menolak saya dan tidak percaya kepada jualan cempedak saya itu menunjukkan bahawa dia hanya membeli pada pembekal yang boleh dipercayai. Dia tidak ingin menanggung risiko tersalah beli bahan mentah. Saya rasa ada betulnya juga. Mana boleh beli begitu sahaja. Nanti jika dia buka dan lihat isinya tiada, dia juga rugi.
Sememangnya kalau nak berniaga perlu ada cabaran. Dan saya belajar banyak perkara. Itu lebih baik.
Khamis, 12 Disember 2013
Pengalaman berniaga cempedak
Penulis 依之汉
Diterbitkan Khamis, Disember 12, 2013
Artikel Terkait
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
6 mengomel
Jadinya? Sekarang bagaimana? Tak ingin berniaga cempedak lagi?
Yup. Makan cempedak goreng lagi sedap.
Pengalaman saya musim lepas lagi pahit....... buah gred A dia beli 2 ringgit sekilo....
Musim ni saya jual sendiri... ambik kau..5 ringgit sekilo.
harga borong dipercayai adalah RM4-5kg...3biji cempedak goreng RM2
Saya suka dan amat menghargainya jika tuan/puan boleh komen menggunakan Bahasa Melayu Tinggi. Saya ucapkan Jazakallah dan terima kasih.
EmoticonEmoticon