Saya tertarik dengan satu pandangan bernas oleh blogger Jeremy Myers tentang jenis-jenis pengomen yang ada dalam dunia blog ini.
Mari kita lihat dan baca setelah saya adaptasi post dia itu. Dimanakah kita?
Mereka selalunya adalah daripada orang yang baru nak masuk dunia blog. Selalunya mereka tak faham bahasa tersembunyi komen dunia blog yang biasanya pendek dan manis (lebih kurang 50 patah perkatan sahaja).
Di samping itu dapat bertukar idea dan menjalin hubungan baru antara blogger.
Selalunya jika memang dia selalu datang ke blog anda, dia akan komen memberi penjelasan. Jika tak, hanya penjalan blog yang tegar. Abaikan.
Selalunya blogger akan menulis tajuk 'umpan' dan perenggan pertama yang 'bump' bagi menarik minat orang baca. Yang si pembaca ini memang sudah menjadi tabiat penjalan blog tegar, terus sahaja komen tanpa asal usul niat nak membaca.
Apa yang kita dapat buat hanya gelak sahaja. Mereka ini memang terburu-buru orangnya. Komen suruh dia baca kembali post itu. Jika tak, dia hanyalah blogwalker tegar yang datang sekali dan tak kisah nak datang lagi. Hanya titipan salam pautan sahaja.
Bagaimana nak respon? Saya tak kisah sebenarnya kerana memang itulah kebenaran blog. Sedikit promosi diri tidak akan memakan diri. Tetapi jika berlebihan, nampaknya ada sesuatu yang mengurang senang hati ini.
Saya akan balas, "Terima kasih! Saya akan cek pautan itu nanti." Ya saya akan cek kemudian, dan tinggalkan komen juga atas membalas jasa dia datang komen ke blog. Hey, kita perlu saling bekerjasama bukan?
Pada mulanya saya buang sahaja komen sebegini. Namun, kemudian saya menerima emel daripada mereka bertanyakan mengapa? Rupanya mereka memang setia membaca blog saya. Hmmm.
Lama-kelamaan saya biarkan sahaja. Hanya balasan, "Terima kasih kerana membacanya." sudah memadai.
Kita patut menghargainya dengan menyediakan satu widget khas di sidebar dengan tajuk 'Pengomen Teratas' demi menghargai usaha mereka itu.
Mari kita lihat dan baca setelah saya adaptasi post dia itu. Dimanakah kita?
1. Penyempam
Jenis ini kita akan dapat lihat dari segi komennya yang ada pautan apa entah. Selalunya dalam bahasa Indonesia dan bahasa Inggeris atau bahasa-bahasa yang bukan Orang Melayu guna seharian.2. Penjela-jela
Dia menulis sampai boleh buat satu karangan panjang! Lebih daripada 300 patah perkataan!Mereka selalunya adalah daripada orang yang baru nak masuk dunia blog. Selalunya mereka tak faham bahasa tersembunyi komen dunia blog yang biasanya pendek dan manis (lebih kurang 50 patah perkatan sahaja).
Bagaimana mengendalikan mereka?
Pertama, puji usaha mereka mengomen dengan baik. Tidak salah nak komen berjela. Semangat itu harus dipuji. Kemudian beri cadangan kepadanya untuk tulis satu entri khas respon kepada post blog.Di samping itu dapat bertukar idea dan menjalin hubungan baru antara blogger.
3. Pentak masuk akal
Anda baca komen itu dan terpacul, "apa!?" Entah tak terkata nak fahami apa yang dia tuliskan itu. Nak kata bahasa pengomen Alien tak juga.Bagaimana mengendalikan mereka?
Tulis sahaja, "saya kurang faham. Boleh jelaskan?" atau lebih mudah, "uh? apa?"Selalunya jika memang dia selalu datang ke blog anda, dia akan komen memberi penjelasan. Jika tak, hanya penjalan blog yang tegar. Abaikan.
4. Pentak baca
Pengomen ini memang tak baca apa-apapun selepas tajuk. Terus sahaja komen. Entah pendahuluan pun tak sempat nak baca.Selalunya blogger akan menulis tajuk 'umpan' dan perenggan pertama yang 'bump' bagi menarik minat orang baca. Yang si pembaca ini memang sudah menjadi tabiat penjalan blog tegar, terus sahaja komen tanpa asal usul niat nak membaca.
Apa yang kita dapat buat hanya gelak sahaja. Mereka ini memang terburu-buru orangnya. Komen suruh dia baca kembali post itu. Jika tak, dia hanyalah blogwalker tegar yang datang sekali dan tak kisah nak datang lagi. Hanya titipan salam pautan sahaja.
5. Pempromosi diri
Dia ada agenda tersendiri. Dia ingin menterkenalkan dirinya dengan pelbagai pautan diletakkan selepas komen apa entah.Bagaimana nak respon? Saya tak kisah sebenarnya kerana memang itulah kebenaran blog. Sedikit promosi diri tidak akan memakan diri. Tetapi jika berlebihan, nampaknya ada sesuatu yang mengurang senang hati ini.
Saya akan balas, "Terima kasih! Saya akan cek pautan itu nanti." Ya saya akan cek kemudian, dan tinggalkan komen juga atas membalas jasa dia datang komen ke blog. Hey, kita perlu saling bekerjasama bukan?
6. Pen-umum
Kita dapat kenal orang ini dengan komen bersahaja tidak lebih 3 patah perkataan. "Terima kasih. Menarik!", "Hebat! Suka baca.", "Tahniah! Baik orangnya.", "Memang begitu jadinya..." dan anda sendiri tahu, bukan?Pada mulanya saya buang sahaja komen sebegini. Namun, kemudian saya menerima emel daripada mereka bertanyakan mengapa? Rupanya mereka memang setia membaca blog saya. Hmmm.
Lama-kelamaan saya biarkan sahaja. Hanya balasan, "Terima kasih kerana membacanya." sudah memadai.
7. Pengomen ikhlas dan jujur
Dia memang patut dihargai dan perhatian diberikan sepenuhnya. Komen dia selalunya kurang daripada 100 patah perkataan dan kena pada topiknya. Apatah lagi ada unsur-unsur mesra dalam komen mereka.Kita patut menghargainya dengan menyediakan satu widget khas di sidebar dengan tajuk 'Pengomen Teratas' demi menghargai usaha mereka itu.
5 mengomel
Terima kasih atas pencerahan yang diberikan ini, saya tidak tahu saya diklasifikasikan di dalam kumpulan mana, lagipun, saya ni kalau nak memberikan komen, saya komen je. Terasa nak komen, saya komen, tapi bila rasa tak nak komen, saya baca, klik ads lepas tu, saya tutup je lah, tapi kadang-kadang bila ada rasa ringan jari, saya komen jugak. Tapi yang ni, saya suka! thanks Iwong.
pelbagai jenis pengomen yang wujud.. mungkin akak salah seorang dari 7 kategori itu.. kadang kala ketika blogwalking memang tidak sempat untuk membaca keseluruhan isi suatu blog terutamanya jika artikel itu ditulis terlalu panjang.. walau apa pun, akak tetap menghargai mereka yang sudi singgah dan komen di blog akak dengan membalas kunjungan di blog mereka..
Satu perkongsian yang menarik Wong. Ya, saya tak nafikan. Sebenarnya, ada dua jenis pembacaan sama ada imbasan dan teliti (saya tak ingat istilahnya, perlu rujuk nota balik). Bergantung pada tujuan seseorang itu membaca dan cara penulisan itu juga mampu menarik minat pembaca untuk membaca dengan teliti.
Pandangan saya juga, kalau entri blogger itu sekadar berkongsi "makanan, aktiviti harian dan seumpamanya" maka, komen yang diterima lebih kurang sahaja berbanding entri ilmiah dan berilmu pasti ada perdebatan dan lontaran pandangan.
wow! post yg bagus! i like!
[komen no.6] haha ;)
@Akmall @Aiza @PC @Tudia
Terima kasih. Nampaknya kalian pernah menjadi salah satu daripada 7 itu atau lebih. Dan berpengalaman dalam mengendalikannya di blog kalian.
@Tetamu
Setuju. Teruskan penulisan berkualiti tuan itu.
Saya suka dan amat menghargainya jika tuan/puan boleh komen menggunakan Bahasa Melayu Tinggi. Saya ucapkan Jazakallah dan terima kasih.
EmoticonEmoticon