“If you think you're too small to have an impact, try going to bed with a mosquito.”
"Jika kamu fikir kamu terlalu kecil untuk memberi impak, cuba tidur dengan seekor nyamuk."
Terdapat seorang pensyarah yang paling terkenal di fakulti Pertanian UPM dengan garangnya dalam memberi nasihat. Aku ambil di bawah beliau dalam satu subjek bernama Olerikultur.- Anita Roddick
Pada suatu hari aku ada pembentangan dalam subjek tersebut. Seperti biasa aku membentangkan maklumat-maklumat yang telah aku google.
Sedang aku bentang kena la hentam...
"Biji benih sawi sangat halus," kata aku sambil menunjukkan gambar biji sawi yang aku dapat dari Internet.
"Kejap. Awak tahu halus macam mana?" tegur pensyarah aku.
"1 mm?," jawab aku selamba.
"Izham, kalau awak nak beri penerangan tu biar jelas. Bagi orang senang faham apa awak katakan tu. 1 mm tu besar mana?" tambah beliau.
"Erk... guna pembaris la, Dr."
"Awak kalau nak terangkan lain kali ambil satu benda lazim sebagai pengukur kepada saiz tersebut. Contohnya ambil duit syiling 5 sen. Tangkap sebelah gambar biji benih tu. Baru lah orang dapat tangkap apa yang awak katakan kecil," nasihat beliau sambil memandang aku serius.
"Baik Dr." dan aku menyambung ke slide seterusnya "Daun sawi sederhana besar."
"Tengok. Ini pun tak lengkap. Sederhana besar tu besar mana? Mana gambarnya?"
"Besar tapak tangan?" jawab aku.
"Lain kali awak ambil pen yang biasa awak guna tangkap sebelah gambar sawi tu. Buat pen tu sebagai perbandingan." tegur Dr. lagi sambil menggeleng-gelengkan kepala beliau tanda tak puas hati.
"Awak kena ingat, kalau awak faham apa yang awak bentangkan, mesti awak tahu cara terbaik untuk bagi audiences awak faham. Salah satunya dengan melakukan perbandingan yang mudah ni.."
"Hmm... Baik Dr.lain kali saya akan tangkap gambar dengan benda lazim sekali," dan aku meneruskan pembentangan sehinggalah selesai sambil hati berkecamuk tak kesudah. Heh. Kena tegur. Biasala kan?
Begitulah ceritanya apabila aku cuba memberi pembentangan dalam kelas. Pensyarah aku memberi banyak nasihat mengenai cara menangkap gambar dan cara untuk menceritakan besar mana sesuatu objek tersebut dengan membandingkannya dengan benda lazim.
Dapat bayangkan besar mana kaktus aku ni? |
Video ringkas tentang sayur-sayuran di Malaysia.
6 mengomel
mcm cerita anak kaatk ceritakan saiz lembu yg besar pd bapanya...bapaknya cuba samakan saiz dirinya dgn lembu smpai kembung lalu pecah...
wahh. garang ek. kecut gak perut kalau pensyarah macam tu. tapi takpe. kritikan membina :))
betul tu... kalo xde ukuran spesifik, kita buat bandingan dgn benda biasa supaya mudah audience memahami ukuran tu. tak praktik, mmg tak terfikir...
kunjungan gan.,.
bagi" motivasi.,.
Orang miskin bukanlah seseorang yang tidak mempunyai uang,
tapi ia yang tidak memiliki sebuah mimpi.,
di tunggu kunjungan balik.na gan.,.,
no spam please.
@baguz
Bro takda ke pengalaman kena marah dengan pensyarah semasa presentation? Mau gak baca.
Saya suka dan amat menghargainya jika tuan/puan boleh komen menggunakan Bahasa Melayu Tinggi. Saya ucapkan Jazakallah dan terima kasih.
EmoticonEmoticon