Isnin, 9 Januari 2012

Kenapa perlu Tanam Kelapa Sawit, bukan Pokok Getah?

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

DSC01905

Pembentangan tugasan oleh rakan kelas aku dalam AGR 3608

Akhirnya habis lah lagi satu kertas peperiksaan aku bagi subjek AGR 3608 (Tanaman Industri I – Getah dan Kelapa Sawit).

Kisahnya aku tak nak ambil kelas ni pada awalnya. Yela aku ingat nak ambik semester hadapan. Simpanan untuk kelas 3+0. Kelas yang tak da amali memang melapangkan waktu aku. Kalau tak, sibuk semedang jer. Tak suka aku.

Aku ambilpun sebab semester ni aku tak ambil subjek pemasaran (kalau ikut prospektus sem 6 aku wajib ambil). Yelah sebab bertembung jadual dengan subjek Apikultur. Ada yang bagi nasihat supaya Apikultur digugurkan. Ambil mana yang penting. Tak nak aku. Dari sem 3 lagi aku nak ambil subjek ni. Jangan kau pisahkan aku dengan lebah…yoyo109

Dengan itu aku pun mendaftarkan diri dalam subjek ini. Mula-mula biasa jer. Tak da minat pun. Tapi bila aku fikir balik, ada penting juga belajar subjek ni. Tak sah kalau seorang pelajar dari fakulti Pertanian tak tahu pasal tanaman emas Malaysia – Getah dan Kelapa Sawit.

Pada 7 minggu pertama Dr. Wan Noordin mengajar kami mengenai tanaman getah. Pada minggu ke-8 hingga ke-14 masuk pula mengenai tanaman Kelapa Sawit.

Dalam bab getah, kami belajar sejarah getah, botani dan fisiologi getah, cara penanaman getah, dan amalan kultura bagi getah. Itu jelah rasanya aku nak letakkan. Nak lebih? Baik kome komen jer dan aku balas kat situ jer eak.03

53781553Ok ok. Aku terang sikit lagi pasal getah. Getah berasal dari Brazil tapi berkembang maju di Tanah Melayu. Kenapa yea? Sebab di Brazil, pokok getah diserang penyakit hawar daun (leaf blight) menyebabkan kebanyakan pokok getah mati. Di Malaysia pula, penyakit tersebut tak sampai.

Kita menjalankan kawalan ketat dalam mengelak penyakit ini sampai dan merebak di Malaysia. Dengan ini pokok getah di Malaysia tumbuh dengan baik.

image
Penyakit hawar daun getah

Diketahui juga harga getah asli mula naik setelah tahun 2000 selepas Malaysia, Indonesia, dan Thailand mengambil langkah mengawal pengeluaran getah asli masing-masing. Inipun cadangan dari Malaysia. Kalau tak sebelum tu Indonesia dan Thailand berlagak nak bersaing dengan Malaysia siapa jual harga paling murah. Apabila harga getah jatuh teruk barulah mereka sedar. Masa itulah nak dengar kata Malaysia.

Kesannya kita boleh lihat sekarang. Harga getah asli mula meningkat dari tahun ke tahun. Pesaing utama getah asli kita adalah dengan getah tiruan. Walaupun begitu getah tiruan tak dapat bertahan lama sebab getah tiruan menggunakan sumber yang akan habis iaitu petroleum. Manakala getah asli menggunakan sumber yang boleh dijana semula (renewable resource).



Dalam bab kelapa sawit pula, sama sahaja seperti getah.

Yang menariknya kelapa sawit (Elaeis guineensis) berasal dari Afrika tetapi Malaysia pula menjadi pelopor utama pengeluar minyak kelapa sawit dunia.

Kenapa yea? Sebab Malaysia mempunyai tanah dan iklim yang sesuai untuk penanaman kelapa sawit. Lagipun penjagaan kelapa sawit di Malaysia lebih cekap berbanding negara-negara pengeluar minyak kelapa sawit yang lain.

Rasanya tak da apa sangat aku nak terangkan mengenai kelapa sawit. Boleh rujuk buku-buku yang ada.
Mari aku terangkan pasal buah kelapa sawit pula.

Ada dua jenis buah kelapa sawit pada asalnya iaitu Dura dan Pisifera.

Dura buahnya elok tapi tempurung terlalu tebal dan sabut pula nipis menyebabkan pengeluaran minyak sawit sedikit.

Pisifera pula buahnya tiada tempurung dan sabut yang tebal. Cuma masalahnya bunga betina Pisifera mandul manakala bunga jantan subur.

Jadi saintis Malaysia kata “Apa kata kita kacukkan Dura x Pisifera?”

Hasilnya jadilah Tenera (Dura x Pisifera). DIdapati pengeluaran minyak sawit meningkat sehingga 40% pada Tenera berbanding Dura dan Pisifera.

Untuk lebih jelas jom tengok gambar yang aku ambil ketika aku peegi MAHA 2010.

  x
         
image



Perbezaan antara jenis buah yang ditunjukkan.

Itu sahajalah aku nak ringkaskan apa yang aku belajar dalam subjek AGR 3608.

IMG
Last minutes note I made a day before AGR 3608 exam

3 mengomel

Laa tajuk blog p[ost ini tidak di jawap? :)

Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

Entahnye dari awal sampai habis hadam nak tau

Saya suka dan amat menghargainya jika tuan/puan boleh komen menggunakan Bahasa Melayu Tinggi. Saya ucapkan Jazakallah dan terima kasih.
EmoticonEmoticon