Hadiah AIP Online Survey

7 bualan
Pin It
Aduh mahkota terhempas
Baru lah ku sedar
Yang ku sangkakan intan
Oh hanya lah kaca
                 -
Aduh Saleha, Mawi.
Assalamualaikum dan selamat pagi semua.

Online survey merupakan satu perkara yang ramai aku rasa tahu iaitu menjawab survey secara online (semestinya!)

Dulu aku ada banyak terbaca mengenai mendapat duit dengan goyang kaki sahaja melalui online survey. Mati-mati aku percaya perkara ni. Apabila masuk U dengan dapatnya internet percuma punyalah aku cari semua website online survey semata-mata nak kan duit goyang kaki ni..


survey
Antara iklan survey di Internet (yang pastinya menipu!)

Aku isi lah dengan semangatnya. Aku ajak la kawan aku untuk sertai. Bagi link kepada dia. Dia kata ada lagi bagus dari website aku. Yeker? Jom sama-sama buat. Kami buat punya buat dan tunggu keputusannya. Tulis di situ kena tunggu 50$. Setiap satu survey dijawab akan masuk 1$ dalam akaun kita.

Setiap hari ada sahaja 1 survey kena isi. Seronoknya aku! Kalau dalam 50 hari dapatlah 50$ nanti. Ku sangkakan intan rupanya kaca yang diberi. Aku dapati survey yang diisi adalah sama sahaja. Tekan link dan tulis komen dalam 300 patah perkatan. Link itu pula akan bawa kepada website apa entah. 5 website secara rawak yang sama sahaja fungsi seperti laman social tagged.

There’s something fishy here, aku fikir. Apa lagi, aku gunakan kemudahan yang ada untuk mencari maklumat di internet – Google. Jangan tak percaya yang google memang berkuasa mengikut kehendak kita. Kebanyakan apa yang cari pasti jumpa dengan google dan bukannya yahoo, ask, ataupun bing yang apa entah.

Rupanya hampir semua website online survey adalah penipu! Mereka hanya gunakan kita sebagai penjawab untuk menaikkan trafik website mereka dan link website yang mereka sediakan. Dengan ini penjana iklan seperti google adsense akan bagi diorang duit. Geram aku apabila mengetahui perkara ini. Apa lagi terus aku de-mood nak isi online survey pe jadah ini. Tipu ajer.

Tak lama kemudian berlaku satu perkara yang tak disangka aku. Aku sertai online survey semula!
Ini bermula apabila ada satu iklan online survey aku terlihat di utusan online. Terdetik dalam hati aku takkan AIP survey ni menipu. Yelah, keluar dalam utusan nih. Kalau Berita Harian Online tu lain la. Tak apa. Kita cuba dulu.

Aku daftar dan menjawab survey. Survey ni tak menjanjikan wang tetapi dalam bentuk e-point. Penebusan kupon melalui e-point. Kupon terdiri dari baucer RM10 KFC, McD, dan topup RM10.

online survey
Akaun aku dalam AIP

Kena kumpul sampai 2000 point baru boleh tebus RM20 baucer kupon. Tak apalah aku kata. Kadang-kala bukan ada apa aku nak buat dengan internet ni. Aku isi sahajalah. Lagipun sebulan sekali survey di hantar ke emel aku untuk diisi. Dekat setahun lebih juga la aku mengisi baru dapat 2000 epoint.

Cukup 4000 epoint, aku terus tebus. RM40 topup Celcom. Kalau betul AIP ni bagi, memang pasti aku promote AIP ni kepada kawan-kawan aku yang lain.
Dan inilah keputusannya…




Topup Celcom RM40 woo

Boleh la aku berseronok sakan di hari Raya ini menelefon kawan-kawan aku. Yeay! Tak rugi aku isi survey AIP. Dapat juga untungnya walaupun setahun mengisi. Siapa nak bagi topup RM40 begitu jer kan? Smile

Kalau ada yang nak mencuba, boleh la mengisi di AIP Online Survey.

Selamat mencuba semua.

Sekian, wasalam.
Pin It
Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama

7 ulasan:

  1. haha. aku pun dah banyak jugak masuk tawaran duit online nih.

    dulu ada tawaran, isi borang dapat laptop. sekitar 2006.

    aku di matrikulasi dulu ingin sangat laptop, isi jugak la. Sanggup abih duit pegi sibercafe.

    Last last hampas.

    :)


    Izham aku malas login la kenapa x kasi komen anoy? huhuh.

    BalasPadam
  2. Yup. AIP ni jer lain dari lain sebab itu lah aku join. Dari membuang masa main fb baik aku isi ni dapat la kupon.

    Taknak lah aku buat anonymous. Nanti tak tahu siapa komen. Kalau nak senang, komen jer dalam chatbox.

    BalasPadam
  3. EEEMMM kat FB pun dah mula menular macam yg ko cakapkan tu.... cuma kalau pandai ambil kesempatan dan kalau ada rezeki dapat lahhh selalunya eeemmm hancusss
    ★°°•.★°°•.★°°•.★°°•.★°°•.★
    ----==--Salam Aidilfitri---==----
    --=== Maaf Zahir & Batin ===--
    ★°°•.★°°•.★°°•.★°°•.★°°•.★
    semoga kesalahan dimaafkan, silaturrahim kekal erat
    buat pembaca blog kami
    firestartingautomobil.blogspot.com
    bukandoktorveterinar.blogspot.com
    Jom Terjah entry terbaru ??
    masalah ignition motorsikal tak hidup

    BalasPadam
  4. @Afzainizam
    Bro, ni bukan fb atau skim apa jadah yang gambar orang berduit kat fb Ini online survey. Saya masuk AIP ni memang dapat kupon. Jadi tak salah la nak masuk.

    BalasPadam
  5. Baru je ternampak berkenaan AIP surveys ni. So, google it and reach here. hehe... Quite interesting, but the reg required IC no. So...macam ragu-ragu. Is it save? Thanks in advance!

    BalasPadam
  6. Ya ia selamat. Saya dah cuba dan memang dapat point serta boleh tuntut hadiah.

    BalasPadam
  7. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam

Saya suka dan amat menghargainya jika tuan/puan boleh komen menggunakan Bahasa Melayu Tinggi. Saya ucapkan Jazakallah dan terima kasih.

Manusia