Ahad, 20 Mei 2012

Vlogger, mungkin?



"Buku yang tebal yang menjelaskan tentang kaedah dan cara-cara berenang yang baik tidak akan berguna langsung selama orang yang hendak berenang tidak mahu terjun ke sungai dan mengamalkan apa yang telah ia baca dan ia ketahui."
- Dr. Aidh Abdullah Al-Qarni

Assalamualaikum, pembuka kata hari ni.

Aku ada terfikir untuk membuat vlogger seperti beberapa vlogger terkenal di Malaysia dan luar negara. Aku lihat mereka muka semua bergaya dalam mempersembahkan idea mereka. Walhal apa yang mereka katakan tu boleh je ditulis dalam bentuk makalah. Tetapi kenapa video mereka lebih aku lihat menarik?

Ini menjadi satu cabaran buat aku yang masih muda lagi dalam dunia penerbitan media. Ada juga la beberapa video amatur aku buat untuk koleksi aku sahaja lah. Aku upload beberapa video koleksi itu di YouTube buat tontonan bersama rakan-rakan sekelas aku. Hanyalah untuk perkongsian bersama. Tak lebih dari itu.

Kemudian aku terfikir, bagaimana la nak buat video yang akan mempuyai penonton (viewers) yang banyak seperti MatLutfi90 dan AnwarHadi. Tertanya juga aku mengenai perkara tersebut. Yelah. Mungkin aku perlu tingkatkan lagi cara penyampaian video-video aku.


Dari segi penulisan pula, aku rasa perlu juga aku tumpukan untuk peningkatan. Ini termasuklah dalam BM dan juga BI.


Balik kepada Vloggers tadi, aku lihat ada juga la persamaan aku dengan Charlie di atas ni. Dia mengatakan dia seorang yang introvert iaitu pemalu dan bukannya happy go lucky. Dia hanya akan seronok bercerita minat dia sahaja iaitu YouTube. Jika mengenai lain mungkin perbualan aku jadi kaku dan tak bermaya.

Aku pula, mungkin 3 perkara ni buat aku tertarik - komputer, tumbuhan, dan buku. Cuma, ada juga sub-kategori untuk setiap cerita tersebut. Contohnya komputer aku boleh sub-kategorikan kepada Linux > Ubuntu. Tumbuhan pula Hortikultur > Sayur. Buku pula Sastera > Hikayat dan sebagainya. Yang penting kena pada masanya lah.

Cuma tak lah pula aku berani nak buat video sebegitu. heh. Masih boleh aku katakan dalam peringkat cuba mencuba. Insya-Allah setelah aku baiki semula komputer aku ni, mungkin aku akan giat berkarya lagi. Aku cuba menggunakan alasan kerosakan komputer aku ni untuk tak bergiat aktif dalam dunia Internet ini. Aku tahu. Aku tahu. Semua tu hanyalah alasan aku tak nak berkarya. Apapun nantikan sahajala. Bak kata orang, kita takkan tahu sehingga kita memulakan perkara tersebut.

2 mengomel

Bro,
minat nak buat video yg catchy ke? Ada cara dan mmg boleh, malah blh jadi business kalo minat dan rajin. Ada sedikit nilai pelaburan utk ilmu ni tapi bukan saya yg mengajar. Telah disyorkan oleh rakan-rakan saya yg saya percayai.

ada kursus dia ke bro? Share la sikit. Boleh saya bagitau kawan2 saya yang jug berminat mengenai ni.

Saya suka dan amat menghargainya jika tuan/puan boleh komen menggunakan Bahasa Melayu Tinggi. Saya ucapkan Jazakallah dan terima kasih.
EmoticonEmoticon