Tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum semua umat Islam di dunia khususnya Malaysia menyambut hari Raya Aidilfitri. Sambutan di sambut dengan meriahnya tanda kemenangan umat Islam selepas sebulan berpuasa di bulan Ramadhan. Juga sambutan hari Kemerdekaan ke-54.
Apa yang menariknya setiap negeri mempunyai tradisi dan budaya yang berlainan cara menyambut Aildilftri. Bagi aku orang Perak, rasanya biasa sahaja sambutan kami. Lemang, rendang dan ketupat memang menjadi juadah utama di rumah terbuka. Jika ada yang nak kreatif, akan membuat laksa pelbagai negeri seperti Sarawak, Johor, Pulau Pinang, Terengganu, Pangkor dan negeri-negeri Malaysia yang lain yang sedia maklum oleh pembaca sendiri.
Bagi keluarga aku pula, di hari Raya, saudara jauh kami akan datang menziarahi kami untuk makan bersama pada hari pertama Raya. Lain dan tak bukan adalah saudara Cina aku. Al-maklumlah aku ni kan bersaudara dengan Cina. Muka pun ada seiras Cina.
Mereka suka rendang dan lemang masakan keluarga aku. Sedap! Katanya. Lain dari yang dibeli. Biasalah. Abah aku kalau bab makanan ni memang cerewet. Kena buat sampai rasa sedap. Kalau tak sedap, perencah pak Aji ada katanya sebagai jalan terakhir. Insya-Allah terasa sampai malam!
Apabila meningkat besar, aku mula bergaul dengan pelbagai kaum seperti India, Cina dan orang Asli. Pemikiran aku mula berubah. Rupanya aku dulu kecil-kecil bertanggapan salah. Ok apa orang panggil aku Cina. Tak salah jadi Cina. Malahan aku patut bangga dengan keluarga aku sebab keluarga aku lain, tak sama seperti keluarga biasa lain. Kaum lain pun rakyat Malaysia juga.
Malangnya tiada siapa yang mengajar aku begitu. Masyarakat sekeliling memandang ia pelik. Malahan budak-budak sebaya aku ketika itu boleh pula ejek aku Cina. Terasa aku masa itu. Isu kaum telah digunakan semasa kecil lagi padahal mereka tak tahu apa itu Melayu, Cina, dan India.
Mana datangnya pemikiran begini jika bukannya dari orang sekeliling? Ibu bapa? Adik-beradik yang dah besar? Saudara-mara? Kawan-kawan? Hanya yang berfikir sahaja dapat mengingati di mana pemikiran perkauman mereka diserapkan.
Apapun itu adalah kisah lama. Apabila besar, ada jer orang yang kata “U ni Chinese eak?” Aku senyum sahaja. Biarlah apa mereka nak katakan asalkan aku ni tetap bahagia dengan perjalanan hidup aku. Bak kata Pak Najib sekarang, kitakan 1 Malaysia. Apa-apa sahajalah.
Dengan itu, tamatlah kisah aku ini untuk sementara waktu. Aku nak tumpukan kepada persiapan Hari Raya Aidilfitri pula seperti umat Islam yang lain juga. Mungkin selepas hari Raya baru aku update lagi.
Nah pilih sampul duit raya yang diminati…

10 mengomel
sapa yang cina? nama wong tu surname betul ke tu?
haha. mesti orang panggil kau apek masa kecik. :P
ejek masa kecik biasa la. Its build characters. mengejek, bergaduh tu ok lah kalau sekolah rendah.
kalau sekolah menengah dah x ok dah. haha. sebab sekolah menengah lebih bentuk karakter dengan cara rational.
Aku dulu kena ejek SuperMario. Sebab aku suka pakai baju merah kuning. cis punya senior. haha.
orang darah campur otak bijak. patut pun kau jenis analitis.
Thanks Asrul.
Tapi bila ejek Cina memang ada something wrong. Bila aku besar baru aku terfikir mana la idea diorang nak ejek Cina. Itu bukan perkataan yang sesuai untuk ejek pun. Kalau SuperMario tu memang layan. LOL.
Berbanggalah kita menjadi identiti dan diri kta sendiri. Alaa.. biasalah waktu kecik-kecik dulu.. kawan-kawan yang nakal suka mengejek kita. Sebenarnya depa jeles sebab kulit awak putih melepak hahaa..
*Anyway, serius nice pic keluarga yang datang berkumpul ramai-ramai tu... Ada satu aura kekeluargaan taw! ^^
Thanks Incek Fik.
Kalau dulu saya sekolah Cina, confirm tak terasa waktu kanak-kanak kalau ada ejek CIna. LoL.
Mereka datang Raya Aidilfitri, kami datang Tahun Baru Cina. Ziarah menziarahi menjadi kepastian bagi keluarga kami.
ehem2..nk det ayer..*tadah tgn*..haha
dh tgk video matluthfi!
selamat hari raya & happy merdeka too
hi!its a good thing to be different! dpt byk pengalaman,n automatically kuasai byk bahasa, mcm its the x-factor kan
..btw,i juz notice, u ex suksis ye? saye budak ktp jugak..i'm not sure penah nampak awak ke tak,anyway,baru nak masuk second year je pun
Selamat Hari Raya n Salam Merdeka
Uit. Byk dwet. Kalah MLM. Heh
Warning!! SPAM has been detected!
Saya suka dan amat menghargainya jika tuan/puan boleh komen menggunakan Bahasa Melayu Tinggi. Saya ucapkan Jazakallah dan terima kasih.
EmoticonEmoticon