Ya itulah pengakuan saya pada pagi Ahad semalam. Awalnya saya menyertai riadah anjuran ISMA DHL.
Di situ saya lihat ramai bermain bola tampar. Saya pula tidak pernah bermain bola tampar. Apatah lagi tahu peraturannya. Lalu sebolehnya saya ingin mengelak bermain permainan yang saya tidak arif. Jika tidak, pastinya saya akan mendapat malu.
Saya mulakan dengan memanaskan badan. Kemudian berjogging sekitar gelanggang bola tampar. Ada mereka mengajak saya masuk gelanggang. Saya tolak dengan lembut dengan menunjukkan bahawa saya sedang memanas badan.
Sambil menunggu set permainan habis, ada beberapa orang lain main dengan futsal. Jadi mereka selepas itu membentuk sukan sampingan iaitu bermain bola futsal.
Saya sertai. Bukan apa, futsal itu telah saya main. Lagipun saya lihat para pemainnya bukanlah jenis bersukan. Lihatlah lengan mereka. Paha mereka. Badan mereka. Sama sahaja seperti saya. Heh.
Kala bermain futsal itulah saya nampak bagaimana beberapa pemain lawan cuba cuba mengejar bola. Saya tergelak sendirian. Rupanya itulah rupa saya apabila bermain futsal bersama pemain handalan. Teruk! Acah acah dengan bola. Serius saya tersenyum sendirian.
Acara futsal berlangsung sekejap sahaja kerana apabila bertukar set bola tampar, hampir separuh berpindah melihat permainan di sana.
Saya pun turut berpindah menjadi penonton dan penyokong.
Tapi apakan daya, di saat akhir set itu saya dinampak oleh kawan. "Wong, jom lah main."
Saya ingin sahaja menolak terus. Tetapi hati kecil mengatakan apa salahnya. Tengok macam senang sahaja mereka main.
Nah, saya menjadi orang pertama serve bola. Aduh! Saya termengkelan. Peristiwa azan mungkin berulang.
Saya angkat dan lambung bola. Saya hanya mampu tersenyum kambing apabila bola tersasar jauh keluar. Tak lepas jaring pun!
Ada masa dua tiga kali bola menjurus datang ke arah saya. Saya menolak dengan jari. Lagak nak tunjuk saya main. "Wong, main tu dengan penumbuk. Jangan dengan jari. Nanti patah!"
Sudah. Rupa saya mula berubah. Memang jelas saya kelihatan bodoh di situ. Bermain dengan permainan yang saya sendiri tak pernah main. Saya tak tahu!
Perasaan ketika itu membuak-buak meminta agar saya tarik diri. Memalukan!
Namun, saya bertekad. Siapa suruh minta aku masuk? Nah rasakan. Hahah.
Pengakhirannya memang kumpulan kami kalah.
Peliknya tiada siapa pun berkata-kata apa kepada saya. Mereka hanya bersembang dengan orang yang berjaya. Saya seperti biasa duduk bersama geng nerd.
Saya senyum sendirian. Inilah perasaan seperti budak yang bermain futsal tadi.
Isnin, 20 April 2015
Hanya Nerd Sejati Tahu Perasan Ini
Penulis Izham
Diterbitkan Isnin, April 20, 2015
Artikel Terkait
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Saya suka dan amat menghargainya jika tuan/puan boleh komen menggunakan Bahasa Melayu Tinggi. Saya ucapkan Jazakallah dan terima kasih.
EmoticonEmoticon