Jumaat, 28 September 2012

Belajar semula Fizik


Nampaknya, subjek Fizik kini menghantui saya kembali. Sebelum ini saya kurang gemar Fizik. Iyalah, perlu menghafal formula dan definasinya dan sebagainya. Matematik lagi mudah. Hanya kira berdasarkan formula dan kefahaman.

Fizik Tanah (Soil Physic) sememangnya akan mewarnai hidup saya sepanjang semester pertama saya kali ini. Ini bermulalah dengan asas Sains Tanah iaitu struktur tanah.

Mendaki Broga BSHTK 08/09


Satu kenangan,
Yang sukar saya lupakan,
Moga,
Ikatan antara kami berkekalan,
Sehingga ke Jannah.

Amiin.

Ada yang lebih berkuasa

Pada minggu hadapannya, saya masih belum lagi berkesempatan ke pejabat timbalan dekan Fakulti Ekonomi dan Pengurusan dek kerana sibuk. Mana taknya, 23 jam kredit saya ambil semester ini!

Lalu, terpaksalah saya masuk ke kelas yang berlansung pada hari Selasa ini.

Seperti biasa, Dr. M memulakan kelas beliau dengan baiknya. Juga seperti biasa bilangan para pelajar lelaki di belakang kian berkurangan dari minggu ke minggu. Banyak hanya menghantar SMS kepada saya meminta tolong,

Hak seorang Muslim

“Hak seorang Muslim atas muslim ada enam, iaitu jika bertemu maka ucapkanlah salam kepadanya, jika diundang maka penuhilah undangannya, jika dinasihati maka nasihatilah dia pula, jika dia bersin maka doakanlah, jika dia sakit maka kunjungilah dia, dan jika dia meninggal dunia maka iringilah jenazahnya ke kubur.” (Riwayat Muslim)

Kadang-kala susah nak mengamalkan ucapkanlah salam. Saya ada seorang junior yang cukup tidak suka senyum. Setiap kali saya berselisih dengan dia, pasti dia buat muka selamba seperti tiada orang lalu di sebelahnya. Saya hanya pandang dan tunggu dia lihat muka saya. Harapan saya agar dia pandang dan dapatlah saya senyum dan ucapkan salam, namun hampa. Harapan hanya inggal kenangan sahaja.



Saya berdoa agar dia tidak amalkan perkara itu. Mu tak elok buat gitu. Sek sek mu aje mu senyum sokmo. Tak elok. Mu Kelate ke mu ganu ke mu kedah, ambo tak kisah. Kita sesaudara Muslim. 

Apapun, saya salahkan diri saya juga kerana berdiam diri tidak bertindak dahulu. Alangkah bagus saya ucapkan salam dahulu? Pastinya saya masih jauh untuk memberi hak seorang Muslim yang pertama itu. Walau bagaimanapun, usaha itu perlu ada, bukan?

Rabu, 26 September 2012

Adab membuat panggilan telefon


Kisah ini berlaku selepas saya habis mengambil data-data tauge bagi projek tahun akhir saya. Ketika itu saya datang memberi lebihan bungkusan tauge yang tidak digunakan sebagai hadiah buat penasihat projek saya ini. Terus beliau mencadangkan untuk berikan juga kepada sahabat baiknya.

"Wong, kamu call Dr. Rosenani tanya sama ada dia hendak atau tak tauge. Call guna telefon pejabat saya."

Aku teragak-agak untuk buat panggilan. Setakat ini saya tidak pernah call orang besar. Huh. Berpeluh dial nombor pejabat Dr. Rosenani...

Tutt. tuutt. tuuttt. Klak. Bunyi ganggang diangkat.

"Hello, Dr nak tauge tak?"

"Tauge? Oh, boleh."

"Nanti saya datang ke pejabat Dr. Terima kasih."

"Ok."

Tup. Saya meletakkan ganggang telefon. Lega. Satu perbualan yang ringkas dan padat, fikir saya.

Bersedia dari sekarang


Saya percaya untuk berjaya, seseorang itu perlu melatihnya untuk berjaya bermula dari ia mengetahui kejayaan itu apa. Ia bermula dari semalam, hari ini dan esok.

Apabila saya tahu bahawa saya ingin menjadi seorang penulis hebat, saya mulakan diri saya dengan menghindari segala macam perkara yang menjatuhkan kredibiliti saya sebagai seorang penulis.

Penulisan ringkas (SMS) dalam membina ayat memendekkan akal dan usaha saya dalam menjana penulisan berkualiti. Saya menulis terlalu ringkas dan pantas membuatkan saya hanya menulis pendek. Terus lupa apa yang ingin saya sampaikan.

Dan apabila saya membaca SMS saya semula, "Apakah benda ini!!?"

Selasa, 25 September 2012

Mood menulis cerpen



Betul lah kata orang, hendak menjadi seorang penulis itu pun susah, apatah lagi menulis setiap hari pada blog kesayangan saya ini.

Dengan ragam komen yang pelbagai kerenah, susah juga saya hendak mengendalikannya. Semuanya unik dengan pelbagai niat. Ada yang datang ikhlas dan ada juga datang dengan niat hanya membalas singgahan saya. Oh, saya tidak kisah mengenai itu. Setiap orang ada niat masing-masing. Yang penting biarlah ia berteraskan hanya kerana Allah.