Khamis, 13 Februari 2014

Kedatangan Misionari Kristian berdekatan UPM

Misionari Kristian dari Filipina di UPM
Penyanyi jalanan mempunyai agenda tersembunyi.
Sedang saya dan rakan-rakan datang makan ayam penyet di Padang, Seri Serdang berdekatan UPM, kami terlihat sepasang penyanyi jalanan.

Pada mulanya saya tak syak apa-apa. Kemudian kawan saya, Fansuri berkata, "Mereka mengutip derma untuk badan amal kebajikan Kristian."

Syahmi mencelah, "Misionari Kristian?"

Fansuri mengangguk. Saya terbeliak mendengarnya. Seperti tidak percaya.

"Mereka menggunakan taktik mendekati dan mengutip derma di kawasan majoriti orang Islam. Apabila sudah penduduk tempatan sudah selesa, mereka akan masuk ke agenda seterusnya. Mereka akan membina gereja di tempat yang padat dengan penduduk Melayu Islam," terang Fansuri dengan lanjut.

Saya berasa geram. Rupanya mereka ada agenda tersembunyi. Untuk mengukuhkan kepercayaan dengan apa yang Fansuri katakan dan kemudian saya google 'Children's Joy Foundation', nama di atas kertas yang si minah Filipina ini edarkan.

Ya memang betul. Di dalam laman web mereka sendiri mengatakan bahawa mereka mengutip derma untuk membantu mangsa yang susah. Dan ada pembangunan kerohanian. Apakah pembangunan kerohanian mereka jika lain tak bukan pembangunan agenda Kristianisasi?

sumber: http://www.childrensjoyfoundation.org/what-we-do/

Astaghfirullah. Mohon penduduk di sekitar UPM berhati-hati dalam menderma. Haram hukumnya kita membantu mereka menyebar agama mereka kepada umat Islam. Ini dipanggil dakyah. Setiap wang yang kita salurkan akan bakal membawa saudara sesama muslim kita murtad jika mereka lemah iman. Sanggup kita menjawab di akhirat kelak ke mana wang yang kita derma ini?

Sama-sama kita bertanya kepada mereka jika mereka datang lagi ke tempat makan kita. Kepada siapakah yang akan mereka salurkan wang ini? Tanya sampai dapat!

1 mengomel so far

Telah jumpa kumpulan remaja perempuan ini (3 orang)...menyanyi sambil main gitar di restauran cina muslim di Bangi, sambil minta derma untuk kebajikan katanya. Diberi kad kecil untuk tulis nama penyumbang (sy tulis nama tipu)...sy ingatkan pemuzik indie. Mana terfikir nk cari maklumat pasal mereka masa tengah makan kan? Hati-hati semua..

Saya suka dan amat menghargainya jika tuan/puan boleh komen menggunakan Bahasa Melayu Tinggi. Saya ucapkan Jazakallah dan terima kasih.
EmoticonEmoticon