Rabu, 25 Januari 2012

Pasar Malam Sekitar UPM

DSC01496
Assalamualaikum semua, salam sejahtera.

Hari ni aku nak bercerita pula mengenai pasar malam sekitar UPM. Memang menjadi satu budaya Asia di mana jua pasar malam ni wajib ada. Aku pergi Taiwan pun di sana ada pasar malam. Kalau di negara Barat aku tak berapa tahu pasal pasar malam ni sebab aku tak pernah pergi.

Pasar Malam di sekitar UPM setakat ni aku hanya kesan ada 1 sahaja. Tempat menjadi pusat orang nak membelanja sakan. (agaknya la). Kalau aku pergi pasti terserempak dengan kawan-kawan aku yang penuh di tangan dia dengan pelbagai beg plastik dari oren sehinggalah merah. Penuh! (menunjukkan betapa banyak makanan yang dibeli. Laughing)



Rabu, 11 Januari 2012

Perbandingan bagi yang memahami


“If you think you're too small to have an impact, try going to bed with a mosquito.”
"Jika kamu fikir kamu terlalu kecil untuk memberi impak, cuba tidur dengan seekor nyamuk."
- Anita Roddick
Terdapat seorang pensyarah yang paling terkenal di fakulti Pertanian UPM dengan garangnya dalam memberi nasihat. Aku ambil di bawah beliau dalam satu subjek bernama Olerikultur.

Pada suatu hari aku ada pembentangan dalam subjek tersebut. Seperti biasa aku membentangkan maklumat-maklumat yang telah aku google.


Isnin, 9 Januari 2012

Kenapa perlu Tanam Kelapa Sawit, bukan Pokok Getah?

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

DSC01905
Pembentangan tugasan oleh rakan kelas aku dalam AGR 3608

Akhirnya habis lah lagi satu kertas peperiksaan aku bagi subjek AGR 3608 (Tanaman Industri I – Getah dan Kelapa Sawit).

Kisahnya aku tak nak ambil kelas ni pada awalnya. Yela aku ingat nak ambik semester hadapan. Simpanan untuk kelas 3+0. Kelas yang tak da amali memang melapangkan waktu aku. Kalau tak, sibuk semedang jer. Tak suka aku.

Aku ambilpun sebab semester ni aku tak ambil subjek pemasaran (kalau ikut prospektus sem 6 aku wajib ambil). Yelah sebab bertembung jadual dengan subjek Apikultur. Ada yang bagi nasihat supaya Apikultur digugurkan. Ambil mana yang penting. Tak nak aku. Dari sem 3 lagi aku nak ambil subjek ni. Jangan kau pisahkan aku dengan lebah…yoyo109

Dengan itu aku pun mendaftarkan diri dalam subjek ini. Mula-mula biasa jer. Tak da minat pun. Tapi bila aku fikir balik, ada penting juga belajar subjek ni. Tak sah kalau seorang pelajar dari fakulti Pertanian tak tahu pasal tanaman emas Malaysia – Getah dan Kelapa Sawit.