Tip: Jimat Petrol la Katakan

3 bualan
Pin It
Assalamualaikumdan salam sejahtera.

Maaf la sudah lama tak post entry baru dalam blog. Al-maklum la sibuk dengan kawad kaki selama 2 minggu lepas. Sekarang lapang la sikit. Tapi tak lapang semana yang boleh sebab sekarang aku kerja sambilan di Putrajaya. Boleh la masuk sikit duit.

Balik kepada tajuk utama kita iaitu tips terbaru dari aku. Yeeeha… Kali ni aku nak kongsi bagaimana kita boleh jimat petrol dengan mudah. Aku dah cuba dan memang ianya boleh dikatakan menjadi.

Pertama isi petrol dengan kadar yang amat perlahan. Perlahan maksudnya jangan terus tekan pedal isi petrol tu. Tekan sebolehnya sikit jer. Lihat meter petrol naik sikit demi sedikit. Aku kalau isi RM5 tu lebih kurang cam isi RM50 lamanya. Ada la dalam 5  minit. Nak jimat katakan. Kurang tekanan bila petrol keluar dari pam.
DSC01786
Sikit jer lagi nak sampai RM5. Dekat 5 minit juga la menunggu…

Cuma nak cari pam yang boleh tekan sikit jer susah la. Kena cuba 1-1. Setakat ni di Stesen Minyak Petronas UPM (depan fakulti kejuteraan) ada satu jer yang aku selalu guna. Pam no 1.

Memang tekan sikit jer dah boleh jalan petrol masuk. Aku dah cuba dan memang terbukti dengan isi RM6, motor aku boleh tahan seminggu walaupun ada la sekali-dua dalam seminggu tu aku merantau pergi ke Mydin Persint 15, Putrajaya.

Kedua dan terakhir ini ialah isi pada waktu malam. Mengikut teori fizik, cuaca sejuk mengurangkan kadar pemejalwapan petrol. Dengan ini sewaktu kita isi petrol dalam kenderaan kita, kadar petrol yang termemejalwap keluar dari tangki petrol adalah kurang berbanding cuaca panas.

Dari teori aku pulak, cuaca sejuk membuatkan orang ramai kurang mengisi petrol jadi kurang kesesakan di stesen minyak berdekatan. Dengan ini kita dengan nyamannya boleh mengisi petrol tanpa gangguan ada orang menunggu di belakang seperti tak puas hati aku isi RM5 tapi tunggu cam orang isi RM50. he2Hahaha.
DSC01659
Pam Minyak Yang paling aku suka pergi bila nak isi petrol di UPM…

Itu jelah setakat ni aku nak kongsi. Nanti kalau ada idea lagi aku kongsi. Banyak cuma bak kata orang bila dah malas tu susah ubatnya nak jumpa.
Pin It
Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama

3 ulasan:

  1. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    السلام عليكم ورحمة الله و بركاته
    http://firestartingautomobil.blogspot.com/
    http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Jom Terjah entry terbaru ??
    tip pasang audio sound sistem kereta

    isi minyak waktu malam mmg bagus... tapi time malam kat tempat aku ramai orang lahhh....beratur panjang tempoh hari

    BalasPadam
  2. pemejalwapan tu bukan pepejal tukar jadi gas ke? haha!

    BalasPadam
  3. ada satu kes study, kat US harga minyak tak sama, walaupun dua dua BP atau Shell.

    cth:

    Kat kawasan bukit X, pengunjung kurang biasanya harga minyak RM3.00

    Di kawasan bandar Y, pengunjung ramau harga minyak RM3.40

    harga berbeza disebabkan majlis pebandaran mahu kurangkan kesesakan bandar.

    ini idea bijak, kan

    BalasPadam

Saya suka dan amat menghargainya jika tuan/puan boleh komen menggunakan Bahasa Melayu Tinggi. Saya ucapkan Jazakallah dan terima kasih.

Manusia