Apa yang kita buat atau apa yang kita tahu atau apa yang kita percaya hanyalah memberi kesan yang sedikit. Kesan yang besar hanyalah apabila kita lakukannya.
What we think, or what we know, or what we believe is, in the end, of little consequence. The only consequence is what we do.
- John Ruskin
Semalam dan hari ni aku ada menghadiri Finishing School yang dianjurkan oleh UPM. BMnya kami panggil Sekolah Penghabisan. Maksudnya kami ni dah nak habis belajar di UPM.
Objektif utama FS ini adalah untuk menjadikan pelajar UPM lebih berketerampilan dan berkeyakinan semasa temuduga selepas tamat belajar. Objektif yang lain pula, memberi pendedahan pelajar kepada alam perkerjaan nanti.
Banyak juga ilmu yang aku dapat dari kursus ini terutamanya cara nak tulis resume. Yang lain tu… tak berapalah.
Fesi yang aku dapat tak begitu menyeronokkan lagipun. Beliau kata kelas ini takkan sama seperti kuliah. Tapi lain pulak jadinya. Beliau pulak yang paling banyak berucap… duhhh. Sepatutnya Student Centered Learning a.k.a student discussion time.
Dari pagi sampai petang yang aku lihat beliau jerlah berucap. Lepas tu lihat video….
Mari aku ceritakan kronologi kisahnya…
Sabtu:
Kami mula masuk kelas 8.30am. Dimulakan dengan sesi pengenalan. Icebreaking la katakan.
Kami diminta supaya tak duduk sebelah rakan sekenalan. Aku biasa jer la sebab aku memang tak kenal sesiapun di situ.
Lepas tu diminta pula untuk kami kenal jiran sebelah kanan dan kiri. Ok la. Seperti biasa. Yang aku tak puas hatinya, lepas kenal? Ada apa-apa tak? Macam tak da kepentingan pun.
Kemudian perkenalkan diri kepada semua yang hadir. Mulalah bangun seorang demi seorang perkenalkan diri. Sila perkenal kan nama, program, kampung, dan kereta idaman. Ok. Sini aku dah spot soalan yang ada helah. Kereta idaman. Ini maksudnya beliau cuba nak lihat impian kami ni rendah atau tak.
Sampai giliran aku pula dengan bangganya aku sebut Mercs. Wahhh. Padahal aku tak minat Mercs pun. Tapi kita kan sedia maklum hanya orang kaya jer ada Mercs.
Habis jer sesi perkenalan, kami kena kutuk sebab takda impian besar. Yang aku hairannya, tak menarik derrr. Cara beliau tegur seperti takda apa yang penting. Lepas tu beliau membebel apa entah.
Seterusnya main Bingo. Kami cari nama orang berdasarkan apa yang kertas arahan mahukan. Aku pusing punya pusing lah tanya orang sana sini untuk lengkapkan borang Bingo tuh. Alik-alik takda siapa menang sebab ada soalan ‘Siapa dari Johor?’. Sah-sah dalam kumpulan ni takda orang Johor. Jadi takdalah budak yang menang.
Seterusnya sesi kutuk mengutuk dari belakang. Aku tak faham objektif benda nih. Ada ker disuruhnya kami tulis belakang orang yang kami tak kenal pasal keburukan orang tu. Aiseh. Mana ada idea nak tulis. Kenal pun tak sampai sejam dah boleh nilai keburukan orang. Mengarut jer lah. Yang ini bagi aku epic fail.
Kemudian rehat….
Ok. Sambung pulak lepas rehat….
Syarahan yang membosankan sehingga habis iaitu pukul 5.00 pm.
Adala di sentuhnya bab resume. Cuma cara beliau kendalikan sesi resume itu lebih kepada ikut buku. Nampaknya beliau tak beri idea dan pandangan untuk pelajar sendiri berfikir. Bosan lah kalau duduk dengar jer. Kami tak nak seperti kuliah. Kami dah bosan dengan tuu. Takkan FS pun sama… Aiseh.
Hari ini pun sama jer.
Temuduga.
Beliau terangkan apa yang ada dalam handout yang diberikan dan dengarlah kami apa beliau bebelkan. Zzzz….
Masa nak buat ala-ala temuduga pun sejam jer. Pukul 4 petang baru mula. Padahal pukul 2.30 sepatutnya dah boleh mula. Ini tidak, diterangkan video-video yang beliau telah muat turun dan dikongsikan bersama.
Bagi aku, tonton 1-2 sudah cukup. Lebih tu biar pelajar buat. Biar pelajar fikir sendiri.
Cadangan aku:
1. Bahagikan pelajar secara rawak kepada beberapa kumpulan. Dalam hal ini, ada 29 orang hadir. Jadi setiap kumpulan boleh ada 5-6 orang ahli. Jadi akan ada kumpulan yang hanya ada 5 orang ahli dan selebihnya cukup 6.
2. Kemudian mulakan sesi icebreaking setiap kumpulan.
3. Lepas itu barulah sesi lain pula. Bagi aku tak perlulah letak permainan Bingo. Mengarut. Apa kata sesi kenal mengenal antara satu sama lain. Sesiapa boleh ingat 10 fakta menarik antara kawna baru kenal, menang. Atau kumpulan masing-masing. Barulah kita ada perasaan nak kenal orang lain.
4. Sesi kutuk mengutuk ni patut ditinggalkan langsung! Tak sesuai untuk sesi perkenalan (yang sememangnya kita baru kenal, bukan?)
5. Beri setiap kumpulan tugasan dan bentangkan dihadapan. Contohnya untuk penulisan resume. Minta pelajar baca apa yang ada dalam handout dan kemudian buat resume untuk kumpulan anda dalam 30 minit. Bentangkan selama 10 minit. 5 minit sesi perbincangan. Barulah pelajar akan berasa ingin tahu dan bersikap proaktif dalam sesi menulis resume ini. Teraktifla sikit otak ni dari duduk melanggu dengar syarahan jer.
Dalam sesi lain pun begitu kan seronok?
6. Penerangan untuk sesi temuduga pun sama. Cara pakaian ke apa ke. Cuba libatkan pelajar dalam aktiviti yang berfaedah dari menonton video apa entah…
Aku sebenarnya tak boleh salahkan fesi 100%. Beliau adalah pensyarah dari Fakulti Sains yang mengajar subjek Matematik. Aku rasa matematik ni lebih kepada teori. Jadi beliau andaikan pelajar lebih suka mendengar berbanding berkata. Kenapa tak cuba galakkan pelajar pula untuk berkata? Yealah. Gaya cikgu matematik kan begini
“Sila buat soalan ini dan ini. Tak faham jumpa saya. Esok hantar.”
We are in our final year. It’s better to judge how we talk rather than listen to fesi talk.
It is not what he think, but about how WE think. I think that is the real purpose of FS right? For me, FS in my class failed to abuse us. I felt nothing is changing inside myself, before and after the course anyway.
Bebudak dalam kelas tu pun aku tak kenal mana. Yelah. Takda galakan untuk kenal antara satu sama lain. Aku kenal bebudak laki Biomedik jerlah. Ni gambar kami.
Jejaka-jejaka yang ada dalam kelas. 5 orang termasuk seorang yang aku tak berapa kenal.
Dengan ini, aku boleh isytiharkan, aku dapat banyak ilmu daripada FS tapi tolong lah buat ia lebih interaktif dan seronok. Bosan duhhhh.
2 mengomel
finishing school?
seronoknya :)
dah nak habis belajaw
maybe lainn fc lain cara... cadangan yg ko bg tu kebanyakkan fc aku praktikkan...
Saya suka dan amat menghargainya jika tuan/puan boleh komen menggunakan Bahasa Melayu Tinggi. Saya ucapkan Jazakallah dan terima kasih.
EmoticonEmoticon