Bulan Kewangan Berhemat

1 bualan
Pin It

Berdikit-dikit, lama-lama menjadi bukit
             - Peribahasa Melayu

Semalam aku pergi ke perpustakaan melepak membaca buku terlihat satu pameran FOMCA ataupun lebih dikenali sbeagai Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia.

Ada beberapa maklumat yang berguna diberi. Antaranya ialah






Panduan ringkas yang boleh diambil secara percuma.
Sebagai pelajar pernahka kita terfikir bagaimana kita membelanjakan wang kita? Aku ada jugak terfikir. Tapi memang susah nak kira mana lah hilang duit aku ni. Lepas baca ni baru aku tahu kita perlulah sentiasa mencatat apa yang kita beli agar kita tahu ke mana aliran wang kita. Kalau tak, kita akan sentiasa hilang dalam dunia duit ini.

It’s better for UPM students to come and take the pamphlets. It will be useful for us to use it.

Ada juga beberapa tips menarik yang boleh aku kongsikan.:

1. Tanam di rumah. Aku baca mengenai ni tak berapa lengkap maklumat yang diberi. Bagaimana nak galakkan orang menanam di rumah kalau maklumat diberi hanya seperti melepaskan batuk ditangga? Tak menjawab persoalan seorang suri rumah langsung. Tak apa. Aku akan cuba perbaiki maklumat ini dalam blog aku.

2. Tips jimat petrol. Isi petrol ketika cuaca sejuk iaitu awal pagi, lewat petang dan malam.

3. Jangan buka tingkap ketika memandu kerana meningkatkan daya tujahan aerodinamik kereta. Ini menyumbang kepada peningkatan kuasa enjin sebanyak 10% yang seterusnya membawa kepada penggunaan petrol yang banyak.

Tips jimat elektrik. Pastikan plug dicabut jika tak guna barangan elektrik tersebut. Hampir 10%-60% kadar elektrik masih berjalan walaupun suis telah ditutup tapi tak cabut plug.

4. Guna lampu LED. Lampu LED dapat menjimatkan elektrik anda hampir 50%.

5. Membeli-belah hanya setelah perut kenyang. Perut lapar meningkatkan hawa nafsu untuk membeli barangan yang tak berguna.

6. Bandingkan harga barang kedai-kedai yang ada untuk mendapatkan harga yang paling murah dan berkualiti.

7. Rancang perjalanan dari awal agar tak membelanja lebih nanti setelah tiba di R&R.
8. Bertolak awal ke kerja supaya tak tersekat dengan kesesakan jalan raya. Balik lewat iaitu di luar waktu sesak (5-6.30pm). Dengan ini dapat menjimatkan petrol kereta.

Dan ada banyak lagi dalam pamplets yang diberikan. Bagi yang tak dapat nak ambil tu, boleh rujuk laman rasmi FOMCA. Ada pelbagai maklumat berguna di situ yang pasti aku rasa dapat membantu kita semua berjimat-cermat dalam situasi sekarang.
Sekian, wasalam.
Pin It
Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama

1 ulasan:

  1. Tanam sendiri kat rumah.. tu berguna untuk barang kecik macam lada jarum, limau nipis dan daun saleri. Macam aku buat. :)

    Kalau beli lada dekat pasar, katalah beli seringgit, maybe cuma separuh ja kita pakai. Separuh lagi buang. Sebab tu jadi menjimatkan kot kalau tanam sendiri..

    Pokok besar tak jadi aku tanam, yang benih free tu tak hidup.. sedih betul. Kacang renek tu pun tak jadi. Stop bertanam jap. Benih tu aku passing kat nenek, dia petani harap harap pokok dapat hidup.

    BalasPadam

Saya suka dan amat menghargainya jika tuan/puan boleh komen menggunakan Bahasa Melayu Tinggi. Saya ucapkan Jazakallah dan terima kasih.

Manusia