Isnin, 8 April 2013

Membaca 3 dalam 1

Saya dapati apabila lebih banyak buku yang saya baca, lebih mudah untuk saya faham apa yang saya baca. Contohnya setelah membaca satu buku tentang teknik penulisan, saya membaca buku dalam genre yang sama, membuatkan saya mudah faham kandungan buku pertama yang saya baca.

Lagi, saya tidak boleh baca sesebuah buku pada satu-satu masa. Saya perlu pelbagaikan genre bacaan saya. Contohnya membaca sebuah cerpen, buku teknik penulisan, dan buku pemasaran pada hari yang sama. Dengan itu saya terasa hidup ini bermakna. Heh.

Mungkin juga kaedah pembacaan saya ini akan membuatkan bacaan saya tidak berfokus. Yelah. Macam-macam baca dalam satu-satu masa.

Tetapi saya menafikannya. Dengan mempelbagaikan bacaan saya, secara tidak langsung saya dapat meningkatkan pemahaman saya pada satu-satu subjek. Saya dapat kaitkan apa yang saya baca dengan bacaan yang lain.

Indah sungguh ilmu yang Allah berikan kepada saya. Perlu diingatkan bahawa jumlah ilmu di dunia ini hanyalah setitik air di lautan dari ilmu Allah keseluruhannya.

Rabu, 3 April 2013

Buang undi di Malaysia






Alhamdulillah. Tahun ini tibalah masanya saya mengundi. Dan ini kata saya...


Pakar statistik fakulti Pertanian

"Kita beruntung ya kak Dr. Ahmad Selamat ajar kita semester ini. Lepas ini dia sudah habis kontrak," kata saya kepada Kak Ros.

"Yelah. Dengar katanya beliau akan mengajar di Kolej Sunway pula," kata kak Ros pula.

Kami gembira dengan pengajaran Dr. Selamat. Subjek Statistik Maju yang sukar dipermudahkan oleh beliau.

"Habis tu? Nanti siapa yang mungkin akan ajar subjek itu?" celah Hisyam.

"Mungkin Dr. Siti Hajar atau Dr. Anuar," kata kak Ros.

"Eh? Dr. Siti Hajar pun boleh ajar statistik?"

"Yup. Masa akak belajar dulu, beliau antara pakar statistik di fakulti ni."

Oh. Sekarang baru saya tahu bekas penyelia projek tahun akhir saya adalah pakar statistik. Patutlah semasa saya berjumpa dengannya dahulu untuk analisis projek saya dahulu selalu sahaja beliau marah saya salah itu dan ini. Rupanya sebab beliau antara pakar statistik. Tiada maaf bagi kesalahan kecil!

"Kenal Dr. Phebe?"

Saya dan Hisyam mengangguk.

"Beliau tu satu batch dengan kak dulu semasa belajar degree."

Eh? Betul?

"Kak ni dah umur 40-an." sambil Kak Ros tersipu-sipu.

Mata kami terbeliak. Wahhh! Tapi tak nampak macam wanita umur 40-an. Nampaknya pun barulah saya tahu Kak Ros ini senior saya.

Selasa, 2 April 2013

Kecekalan lambang kejayaan


Ahad, 31 Mac 2013

Bahasa Jiwa Bangsa oleh budak FBMK


Boleh la video ni.

Berkebun bandar

Berkebun. Kalau kita dengar sahaja perkataan ini mesti kita fikir kita perlukan kawasan yang luas untuk berkebun. Tak ya pun perlu berada di rumah teres atau rumah atas tanah. Kuarters dan pangsapuri memang tidak pernah terbayang oleh kita untuk berkebun.

Saya cuba membuang persepsi itu dengan berkongsi gambar berkebun di rumah di Jom Tanam Sendiri.

Alhamdulillah. Akhirnya saya nekad untuk membersihkan ruang lapang berdekatan tingkap bilik saya untuk berkebun.

Dahulu ada juga saya berkebun tetapi ia sementara sahaja. Masa itu fikiran kusut dengan pelbagai masalah. Kali ini saya nekad untuk berkebun dengan cara saya sendiri. Inipun terinspirasi setelah berkongsi pelbagai gambar berkebun bandar di negara orang Puteh.

Saya tertanya juga bagaimana di Malaysia? Tiadakah gambar-gambar menarik tentang berkebun bandar di Malaysia?

Fikir punya fikir, akhirnya saya kata, apa kata aku mula dulu?

Bekas untuk saya bercucuk tanam di kuaters.

Beberapa pek biji benih cubaan saya beli dari pasaraya Mydin.

Sabtu, 30 Mac 2013

Manusia berpegang kepada janji

"Aku demam. Teringin nak makan masakan Cina. Kamu tahu tak restoran Cina Muslim sekitar UPM ni?" kata kawan saya apabila saya datang ke bilik menziarahinya.

Saya angguk kepala dan kata, "Jom. Ada dua restoran di jalan ke Sungai Merab."

Kami berdua membonceng motorsikal dengan saya yang membawa. Sampai di sana, kawan saya tempah. Saya hanya duduk menunggu sahaja. Heh. Mestilah dia belanja saya.

Saya memang tiada duit hari ini untuk belanja orang.

"Kalau demam elok makan cabai," kata saya kepadanya sambil melihat sambal kicap yang dihidangkan.

"Kau makan, aku makan," katanya spontan.

Terus saya ambil sudu dan cedok sambal itu. "Ok. Sekarang giliran kau."

"Eh tak dalah. Aku gurau je tadi." Senyum Ahmad.

Saya terus membeliakkan mata tanda marah.

"Kau ni jenis tak menepati janji."

Dia pelik melihat kata-kata saya itu.

Terus saya menceritakan kisah ini...

--

Di dalam sebuah buku motivasi aku baca, pengarang ada mengisahkan bagaimana beliau mengajar anaknya erti janji. Baginya, manusia perlu berpegang kepada janji. Jika tidak dapat tunaikan janji, jangan sekali-kali berjanji.

Pada suatu hari beliau dan anak sulugnya bersiar-siar dengan anjing peliharaan mereka.

"Nak, ayah ada biskut anjing di dalam poket kiri ayah. Apa yang akan buat kamu makan biskut ini?" kata ayah tersebut. Mereka suka bermain permainan 'dare-or-not'.

"Hmmm. Kalau ayah makan, saya makan," jawab anaknya.

Lalu, beliau mengeluarkan 2 keping biskut makanan anjing dan mengunyahnya. Kemudian berkata, "Sekarang giliran kamu." Dua keping biskut makanan anjing dihulurkan kepada anak itu.

"Eh takdalah. Saya bergurau sahaja tadi."

"Nak, kita boleh tunggu di sini sampai tengah malam," kata beliau tegas.

Anaknya tetap berkeras tak mahu. Setelah beberapa lama anak beliau berdolak-dalik, akhirnya dia makan jua.

Pengajaran beliau memang keras, namun anaknya belajar satu dari peristiwa itu - manusia berpegang pada janji.

--

"Aku sahaja nak uji bagaimana kamu berjanji," senyum saya kepada dia.

Ahmad diam mendengar. Saya tak tahulah dia faham atau tak, tapi yang penting saya dapat tahu perangainya di situ. Oleh kerana dia sahabat baik saya, saya jelaskan kenapa saya sanggup buat begitu. 

"Ingat Ahmad, manusia berpegang kepada janjinya. Lain kali jangan buat perkara begini kepada orang lain. Aku mungkin boleh sebab kita kawan, tapi orang lain jangan." Kami bangun dan beredar dari restoran itu.