Sabtu, 24 Oktober 2015

Kedai Buku KL Sentral

Semalam saya singgah sebentar di KL Sentral sebelum menaiki tren KTM ke Kajang.
.
Semasa di KL Sentral, satu tempat wajib saya singgah adalah di kedai buku Sun Mag. Saya suka membelek buku di sana. Ternyata saya akan membawa pulang satu buku jika singgah di sana.
.
Kisah dulu. Saya selalu pulang ke kampung dengan keretapi ETS. Sekarang. Entah. Sukar nak beri tempoh masa saya tidak menaiki tren itu lagi.
.
Sampai di kedai itu, saya membuntang mata. Terdapat beberapa tanda yang membuatkan hati saya berdegup. Saya menelan air liur. Jangan jangan seperti yang saya selalu fikir.
.
Ada jualan murah buku-buku bahasa Inggeris! Aduh. Saya mengeluh. Mungkin habislah duit yang saya bawa di poket ini.
.
Saya memujuk hati ini. Tak apa. Ini adalah satu pelaburan. Bukan perbelanjaan.
.
Saya pegang beberapa buah buku. Saya lepas beberapa buah buku. Tahan diri ini untuk membawa mereka ke kaunter.
.
Saya lihat jam. Astaghfirullah. Kerana nafsu, saya terlupa waktu maghrib telah masuk.
.
Saya tinggal kedai ini.
.
Usai solat, saya terus ke kaunter tiket KTM.
.
Lupa, bahawa buku yang saya pegang tadi telah saya kembalikan ke tempatnya.
.
Biarlah. Bukan masanya untuk melabur hari ini.

2 mengomel

Saya pun baru singgah di kedai tersebut...banyak buku-buku terpakai dan murah harganya...beli juga dua buah buku...

Suka dengan buku motivasi serta parenting dan juga kesihatan :)

Saya suka dan amat menghargainya jika tuan/puan boleh komen menggunakan Bahasa Melayu Tinggi. Saya ucapkan Jazakallah dan terima kasih.
EmoticonEmoticon