Rabu, 22 April 2015

Harapan Umat, Obor Semangat - Ustaz Fauzi Asmuni

Isnin, 20 April 2015

Hanya Nerd Sejati Tahu Perasan Ini

Ya itulah pengakuan saya pada pagi Ahad semalam. Awalnya saya menyertai riadah anjuran ISMA DHL.

Di situ saya lihat ramai bermain bola tampar. Saya pula tidak pernah bermain bola tampar. Apatah lagi tahu peraturannya. Lalu sebolehnya saya ingin mengelak bermain permainan yang saya tidak arif. Jika tidak, pastinya saya akan mendapat malu.

Saya mulakan dengan memanaskan badan. Kemudian berjogging sekitar gelanggang bola tampar. Ada mereka mengajak saya masuk gelanggang. Saya tolak dengan lembut dengan menunjukkan bahawa saya sedang memanas badan.

Sambil menunggu set permainan habis, ada beberapa orang lain main dengan futsal. Jadi mereka selepas itu membentuk sukan sampingan iaitu bermain bola futsal.

Saya sertai. Bukan apa, futsal itu telah saya main. Lagipun saya lihat para pemainnya bukanlah jenis bersukan. Lihatlah lengan mereka. Paha mereka. Badan mereka. Sama sahaja seperti saya. Heh.

Kala bermain futsal itulah saya nampak bagaimana beberapa pemain lawan cuba cuba mengejar bola. Saya tergelak sendirian. Rupanya itulah rupa saya apabila bermain futsal bersama pemain handalan. Teruk! Acah acah dengan bola. Serius saya tersenyum sendirian.

Acara futsal berlangsung sekejap sahaja kerana apabila bertukar set bola tampar, hampir separuh berpindah melihat permainan di sana.

Saya pun turut berpindah menjadi penonton dan penyokong.

Tapi apakan daya, di saat akhir set itu saya dinampak oleh kawan. "Wong, jom lah main."

Saya ingin sahaja menolak terus. Tetapi hati kecil mengatakan apa salahnya. Tengok macam senang sahaja mereka main.

Nah, saya menjadi orang pertama serve bola. Aduh! Saya termengkelan. Peristiwa azan mungkin berulang.

Saya angkat dan lambung bola. Saya hanya mampu tersenyum kambing apabila bola tersasar jauh keluar. Tak lepas jaring pun!

Ada masa dua tiga kali bola menjurus datang ke arah saya. Saya menolak dengan jari. Lagak nak tunjuk saya main. "Wong, main tu dengan penumbuk. Jangan dengan jari. Nanti patah!"

Sudah. Rupa saya mula berubah. Memang jelas saya kelihatan bodoh di situ. Bermain dengan permainan yang saya sendiri tak pernah main. Saya tak tahu!

Perasaan ketika itu membuak-buak meminta agar saya tarik diri. Memalukan!

Namun, saya bertekad. Siapa suruh minta aku masuk? Nah rasakan. Hahah.

Pengakhirannya memang kumpulan kami kalah.

Peliknya tiada siapa pun berkata-kata apa kepada saya. Mereka hanya bersembang dengan orang yang berjaya. Saya seperti biasa duduk bersama geng nerd.

Saya senyum sendirian. Inilah perasaan seperti budak yang bermain futsal tadi.

Kisah-kisah Pembaca Novel Lasykar Pelangi

Bergurau di Alam Maya Tidak Sama Bergurau di Alam Nyata

Ini satu kenyataan. Saya masih ingat perasaan saya bergurau dengan Dik Wan berkenaan hal ini. Zaman itu zaman Yahoo Messanger. Saya bergurau sesuatu dengan Dik Wan. Selalu juga kami bergurau begitu.

Akhirnya Dik Wan beristighfar dan mohon tak bergurau begitu. Saya tersentak. Ya saya menjadi lain apabila menggunakan alam maya sebagai wadah gurauan.

Sedikit demi sedikit saya tarik sikap itu. Saya tidak lampirkan juga pada media sosial. Apatah lagi di dalam Facebook. Mungkin kelihatan hipokrit tetapi itulah realiti.

Gurauan di media sosial boleh disalah tafsir. Jika kenalan terdekat tidak apa. Mereka tahu siapa saya. Dan saya tahu siapa mereka.

Tetapi di alam maya gurauannya boleh dibaca kering. Tidak basah seperti air liur di mulut ketika suara bergema sehingga ke telinga pendengar.

Itulah sebab saya jarang bercanda. Takut takut disalah anggap.

Biarlah saya menjadi orang serius. Serius dalam rupa, tetapi dalam hati ada taman. (Cehwah).

Ahad, 19 April 2015

Padam Api dengan Suara

Jumaat, 17 April 2015

Harga Sebuah Buku Persahabatan

Orang berkesan

Fakrul, seorang kawan yang saya kenal apabila telah satu semester saya berada di UPM.

Saya mengaguminya kerana dia seorang yang suka berdiskusi. Seronok bersembang ilmu dengannya. Ada sahaja ilmu baharu saya dapat. Terutama tentang kepentingan mikrob pada hidupan kita.

Teringat lagi saya istilah Corumn Sensing. Istilah yang digunakan apabila bakteria berada dalam jumlah yang tertentu akan menghasilkan satu kesan yang hebat. Tak kira kesan itu baik atau pun buruk.

Terus dia kaitkan dengan Syiah. Geng Syiah ini apabila sikit jumlahnya, mereka jadi baik kepada musuh mereka iaitu geng Sunni. Namun, apabila mencapai jumlah yang banyak dan memegang kuasa, geng Sunni dijadikan sebagai anjing!

Aku tahu Fakrul tidak berminat bercerita tentang mazhab.

"Buat apa tahu apa yang Syiah buat? Biarlah mereka dengan cara mereka. Janji kita tak kacau mereka."

Aku menongkah. Bukankah dengan kita mengenali siapa musuh kita barulah kita dapat mengelak daripada terjebak bersama mereka? Fakrul diam. Saya tahu diam dia itu diam tidak setuju.

Saya teruskan dengan perbualan lain.

Fakrul ini orangnya memang suka berbincang ilmu. Cuma ada satu sifatnya yang kurang aku gemar hingga kini. Dia suka berkawan dengan burung hantu.

Telah lama aku nasihat jangan jadi seperti burung hantu. Tidur awal!

"Old habit dies hard,' jawabnya. Ringkas.

Mudahkan alasan diberinya?

Saya rasa kasihan. Hari lahirnya jatuh pada bulan sama dengan saya. Cuma saya boleh dianggap abang jika dikira melalui kiraan awal tarikh siapa lahir dahulu dalam bulan tersebut.

Saya masih lagi terasa dengan pemberian hadiah kepada kawan baik. Pernah baca kisah hadiah? Lalu saya trauma. Saya tak mahu buah pisang berbuah dua kali. (Eh? Rasanya salah peribahasa ini).

Tetapi saya lihat saya perlu lakukan sesuatu. Sekurangnya saya telah memberitahu Fakrul bahawa dia perlu berubah.

Selalunya masa hari lahir saya tiada siapa yang ingat. Tiada siapa peduli. Jadi apa salahnya saya sendiri peduli dengan hari jadi saya?

Saya membeli dua buah buku '7 Habits of Effective People'.

Saya yakin apabila kita melakukan sesuatu tabiat itu setiap hari, pastinya ia akan memberi kesan kepada kita secara separa sedar. Saya ingin tahu apakah tabiat orang berkesan sehingga mereka mampu menjana kejayaan demi kejayaan dalam kehidupan mereka.

Saya tak mahu membaca seorang diri. Biar saya membaca dengan sahabat. Dan sahabat itu saya pilih Fakrul.

"Eh, betul ke ni? Mahal buku ini. Tak apa nanti aku bayar."

Saya menggeleng. Tidak perlu bayar Fakrul. Cuma berjanji kita akan bedah buku ini bersama-sama.

Janjinya setiap hari Isnin, 10 pagi, kami akan bertemu di dalam bilik siswazah ini dan membincangkan bab demi bab dalam buku tersebut.

Apa ramalan anda? Berjaya atau tidak?

Ingat lagi sifat nokturnal Fakrul? Suka berjaga malam dan bangun lewat pagi?

Kesannya, projek bedah buku ini tidak menjadi. Saya keseorangan membaca buku. Balik kepada asal. Saya  tekalkan hati bahawa biarlah. Sekurangnya saya sudah berusaha.

Tetapi saya tetap dengan perangai saya. Pasti saya akan kritik pedas sikap Fakrul ini. Harapan saya satu sahaja, dia perlu sedar bahawa nokturnal ini hanya untuk orang yang solat tahajud!

Beberapa minggu kemudian saya masih membebel tentang bedah buku itu. Fakrul mungkin sudah fed-up dengan leteran saya itu dia berjanji akan turut serta pada Isnin hadapannya.

Saya gembira. Sekurangnya leteran saya memberi saya seorang sahabat untuk membedah buku.

Malam itu selepas solat isyak, saya santai membaca buku. Saya mendapat mesej WhatsApp daripada Fakrul.

"Maaf Wong. Aku harap hang tak marah dengan aku. Aku ada sesuatu nak bagitau."

Liga otak saya berfikir. Apa kes? Dia sudah jatuh cinta?

Saya membalas biasa.

"Sebenarnya buku yang hang beri hadiah itu aku terhilangkan semasa aku pergi field trip ke Kedah. Masa itu aku nak pergi solat Jumaat. Aku letak dekat dengan rak kasut. Lepas solat Jumaat aku pergi ke situ, buku tu dah takda."

Membaca mesej itu terus membuatkan hati saya luluh. Luluh atas kepercayaan saya. Luluh atas kebodohan saya. Luluh atas persahabatan kami.

Serius saya tak boleh menerima alasan itu. Habis itu? Kalau sudah hilangkan, tiada pula rasa ingin menggantikannya?

Saya tak balas mesej itu. Saya diam. Saya bermuram durja. Terus liga saya mengingati kembali kisah bersama Fansuri.

Aduh! Saya terkena kembali. Kali ini tetap melibatkan barangan kesayangan saya - buku.

Fakrul seperti endah tak endah sahaja dengan buku itu. Apa pula kalau saya katakan yang dia tinggalkan di rak kasut itu laptopnya? Apabila dia pulang dan telah tiada. Apa perasaannya?

Saya tunduk melihat lantai. Warna putih sahaja yang ada. Ya seperti itu juga hati saya.

Kosong dan putih. Betullah kata orang. Benda yang percuma ini sukar untuk orang hargainya.

Peristiwa ini berlaku pada tahun 2014.

"Nanti apabila aku dapat gaji aku gantikan buku itu."

Entah Fakrul ingat atau tidak janjinya untuk membeli buku yang baharu.

Biarlah. Manusia mudah lupa dengan janji yang dia sendiri tak ingin kotakan. Dengan janji yang dia sendiri anggap percuma.

Mungkin kerana peristiwa itu, saya langsung trauma untuk memberi hadiah buku kepada kawan.

Dan mungkin pada kisah yang lain saya kisahkan juga peristiwa berkaitan buku. Hampir sama.

Mungkin, buku itu hanya untuk saya...


Selasa, 7 April 2015

Bagaimana Orang Jepun Menjana Idea dengan Game




Saya tertarik bagaimana orang Jepun ini mampu menjana idea baru dengan hanya bermain permainan komputer. Menakjubkan!