Pagi Rabu. Terjaga daripada tidur dengan deringan handphone di sebelah katil. Ini bukanlah bunyi penggera yang saya set.
"Fansuri is calling."
Pelik. Mengapa dia telefon? Ada hal penting kah kerana itu sahajalah sebab yang selalu dia telefon.
"Assalamualaikum."
"Waalaikumussalam. Apa khabar? Gerangan apakah kamu call ni?" Cubaan saya bercanda dengannya.
Dan perbualan kami berlangsung buat seketika sehinggalah...
"Entah. Aku termimpi kan kau tadi."
Saya hanya tergelak mendengarnya.
"Betul. Kau datang jumpa aku cerita pasal blog kau. Cerita seram lah, kemudian versi blog kau terdahulu."
Saya masih tergelak mendengarnya.
"Tak pa. Nanti aku cerita lanjut."
"Jom lunch sama-sama. Pak Ya?" tanya saya.
"Ok."
Perbualan diakhiri dengan salam.
Pelik. Bagaimana pula boleh dia termimpikan saya? Sebelum ini ada juga saya terfikir dan termimpikannya. Yelah. Saya tak mahu susahkannya. Sudahlah dia seorang presiden persatuan. Takkanlah saya sendiri tidak dapat buat kerja saya sampai susahkannya.
Lagipun, mimpi ini hanyalah mainan syaitan.
Ketika berbual di restoran Pak Ya, Fansuri berkata, "Manusia apabila ada hubungan rapat, akan terasa sesuatu. Boleh sampai bermimpi tau!"
Aku terkesima. Sungguh! Saya tak sangka dia anggap saya sampai begitu. Sahabat.
Ketika berpisah, "Wong, jika ada masalah pasal bahagian kau, jangan simpan sahaja. Bagitau lah. K?"
"Tengoklah macam mana," jawab saya sambil tersenyum. Kadang kadang sesuatu itu lebih elok dipendam.
Namun kadang kadang kita juga perlu menawarkan kata bagi yang terpendam itu terasa mudah diluahkan kepada yang mengerti.
Terima kasih, Fansuri, kerana memahami.
Jumaat, 6 September 2013
Mimpi Sahabat
Penulis 依之汉
Diterbitkan Jumaat, September 06, 2013
Artikel Terkait
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
4 mengomel
http://kamustafsirmimpi.com/hakikatmimpi.pdf
ada beberapa jenis mimpi..
bukan semua mainan syaitan...
ada mimpi yg boleh buat kita rosak tertipu..
ada juga dari yg Maha Esa...
mimpi yg boleh beri petunjuk...
ada mimpi yg boleh dicerita kpd org lain...
ada yg tak boleh dicerita kpd org lain..
aku pun bukan pakar pasal ni..
kena rujuk yg ahli..
http://www.youtube.com/watch?v=jkt2TbO_Od0
Kalau minun kafein sebelum tidur, memang mudah bermimpi..
@Kak Dell
Pautan yang bagus. Saya sudah baca. Isi bagus. Terima kasih atas perkongsian itu.
@PC
Terima kasih. Selama ni saya ingat semua mimpi adalah mainan syaitan.
@Asrul
Macam biasa je. Haha.
Saya suka dan amat menghargainya jika tuan/puan boleh komen menggunakan Bahasa Melayu Tinggi. Saya ucapkan Jazakallah dan terima kasih.
EmoticonEmoticon