Dahulu saya sering rasakan saya hidup keseorangan. Saya berjiwa keseorangan. Saya melihat semuanya asing bagi saya.
Saya melihat apa yang saya buat biarlah berseorangan. Itu lebih baik. Ini semua berdasarkan pengalaman saya.
"Jom pergi membeli-belah. Ada barang aku hendak beli," ajak saya kepada kawan.
"Malaslah. Aku ada hal." Kata Azri.
Saya diam. Saya ini orangnya kalau sudah ajak, tiada orang nak teman, saya tak kisah. Saya tak mahu makan hati hanya kerana hal kecil. Lalu saya pergi seorang diri di Megamall Pulau Pinang. Ketika itu saya masih lagi di matrikulasi Pulau Pinang.
Mengajak orang untuk ke program bukanlah kepakaran saya. Jika orang itu menolak, saya akan mencari orang lain. Jika tak, saya lebih suka bersendirian. Kerana tidak perlu memikirkan hal orang lain.
Dan, orang yang saya ajak, jika selalu menolak, saya tidak akan ajak sudah. Kerana saya tidak mahu nanti saya termakan hati atas penolakannya lagi. Lebih baik saya keseorangan.
Jika mengajak makan pun begitu. Saya sering makan sendirian. Bagi saya itu lebih senang. Tetapi jika kawan ada mengajak, saya turut serta sahaja.
Pernah teman sebilik saya semasa tahun pertama di UPM menasihati agar saya makan dengan kawan-kawan. Mungkin dia mengingat saya ini nerd. Saya hanya senyum. Malas nak jawab. Saya tahu dia orang terkenal. Budak sukan memang begitu. Suka bersosial.
Saya ini bukanlah tidak suka bersosial, tetapi hati ini lebih suka akan ketenangan. Bunyi deruan angin selalu mengingatkan saya tentang kesunyian.
Entahlah. Mungkin saya masih kurang berjumpa lagi kawan yang sekepala dengan saya. Minat membaca dan menulis dalam bahasa Melayu.
Setakat ini ada. Tetapi minat bahasa rojak. Bagi saya, bahasa rojak itu adalah petanda inferior complex. Tidak mempercayai kejayaan bahasa ibunda. Dan saya memilih untuk keseorangan.
Namun, saya tidak menolak perilaku orang lain. Manusia dicipta berbeza. Pandangan tetap pandangan. Mengapa harus bertelagah hanya dengan perkara yang tak dapat kita ubah?
Kerana berseorangan saya lebih mudah membuat keputusan. Dengan keseorangan, saya lebih mudah mencipta hala tuju saya.
Lagipun, ketua diikuti, dan pengikut mengikuti.
7 mengomel
Jadi saya ada inferior complex?? Kadang2 dah terbiasa guna bahasa rojak, bukan sebab tak bangga dengan bahasa ibunda.
Saya menulis berdasarkan pengalaman saya. Orang yang guna bahasa rojak jarang sekali menghasilkan karya hebat.
Hehehe, jangan risau saya akan menjadi rakan anda. Tulislah apa-apa di sini nanti saya datang baca.
Memanng bukan mudah nak cari kawan yang mempunyai minat yang sama.
Terima kasih. Amat menghargai komen ini. =)
"Kerana berseorangan,saya lebih mudah membuat keputusan.Dengan keseorangan,saya lebih mudah mencipta hala tuju saya".
Bukanlah kerana memudahkan,tapi kerana hanya itu satu-satunya pilihan(pada kebanyakan orang).
Minat membaca dan menulis dalam bahasa ibunda itu memang hampir lenyap pada kebanyakan.Kecuali para pencinta novel murahan dan karya motivasi ringan yang membuai,sama ada mereka digelar khalayak pembaca atau tidak?
Assalaamu'alaikum.
Entahlah. Ia persoalan yang masih dicari saya.
hmmmmm.situasi anda lebih kurang mcm sy..
Saya suka dan amat menghargainya jika tuan/puan boleh komen menggunakan Bahasa Melayu Tinggi. Saya ucapkan Jazakallah dan terima kasih.
EmoticonEmoticon