Jalan-jalan Cari Makan: Tasik Sri Serdang

2 bualan
Pin It
Salam semua.
Kini tiba masanya aku bercerita mengenai tempat makan aku hari ni. Nak cerita pasal hortikultur tak boleh sebab aku tak da idea lagi ni. Maklumlah, cuti pertengahan semester. Jadi cerita jerla apa yang ada jika cuti berlangsung di UPM.

Kebanyakan foodcourt di UPM semua tutup. Jadi bagi pelajar yang masih tinggal di UPM akan mencari port lain lak untuk makan-makan.

Seperti tajuk di atas, mari dengar aku berceloteh di kedai makan Tasik. Tempat aku makan malam hari ni.

Biarlah aku mulakan dengan TAK SEDAP. Aku baru jer makan nasi goreng ayam tadi. Hampeh. Nasi dia memang cam nasi kosong campur sikit sos. Boleh la jadi warna cam merah sikit. Dah ar nasi dia lembik semacam jer.

Hari tu ada gak aku order makan sup campur. Sama jugak la. Tawar semacam jer. Tak cukup aji kata orang. Padang nyer aji lagi kuat sebab aku makan jer memang terasa sehari tu lidah aku kebas dengan aji jer. Jadi aku mengadu la kat kawan aku sorang ni. Boleh dia kata “Apa complain kat aku. Kau nampak kakak tu? Pergi jumpa bagitau kat dia.” Aik. Boleh lak dia kata camtu. Aku diam jer lepas tu.

Orang nak la kongsi luahan rasa. Bukannya apa. Nak mampos bagitau kakak tu. Mau dia balun aku jer nanti. Bagi aku, kalau tak sedap, kita kongsi la beritahu sama kawan-kawan. Supaya orang lain yang nak datang, tahu dah apa yang sedap dan tak sedap kat situ. Ni perli aku kutuk masakan kedai tu. Takperla. Aku memang tau perangai dia memang camtu. Aku pasrah…

Balik kepada tempat tadi, dah la tak sedap, ayam pun sikit dan biasa jer. RM4 seperti tak berbaloi. Rugi jer. Baik aku beli kat padang. Lagi sedap. Rm3.50 jer semalam aku beli.

Tempat yang aku suka di Tasik ni hanyalah burger. Ada seorang abang ni jual burger memang murah dan enak. Aku selalu beli burger special daripada dia sewaktu aku cuti semester dulu. Memang puas hati la. Tadi aku tempah benjo dan burger cheese satu. Nasib baiklah aku tempah burger. Kalau tak memang kelat la mulut aku ni dengan nasi ayam goreng tadi.

Di sini ada dua tiga buah kedai yang lain tapi aku tengok yang lain suram jer. Ada satu kedai tu jual roti canai. Walaubagaimanapun aku tengok seperti takda orang order jer. Mungkin sebab terpencil ataupun… tak sedap. Mungkinla sebab aku tak pernah sangat makan kat tasik ni. Ada la dua tiga kawan aku yang kutuk kedai kat sini mahal dan sedap. (memang pun sebab aku sendiri dah rasa.)

Sini ada juga kedai jual nasi lemak. Kedai sebelah abang burger ni. Kawan aku kata makcik ni dulu jual di kantin sekolah tempat dia belajar dulu tapi sekarang dah tukar lain. Katanya makcik ni agak sombonglah. Entahla. Aku beli jer. Rasa nasi lemak dia? Biasa jer. Tak da istimewa pun. Nasi lemak dan pilih lauk kita. Tu jer.

Nasi lemak yang sedap adalah yang jual waktu pagi dekat sebelah masjid UPM. Kalau lalu nak pergi SS mesti nampak khemah makcik ni. Sedap. Rm1.20 jer. Sambal dia tu…. pergh. Manis dan pedas pedas. Memang layan.

Pada cerita yang lain pula, pagi tadi aku tolong Kok Wei dengan projek betik dia lagi. Hari ni nasib baiklah 12 betik sahaja. Iktiar dan Cik Yah ada juga datang menolong. Aku datang lambat sebab aku nak melepak kat bilik dulu. Malas nak datang awal. (hehe. takdalah. Aku bangun lewat jadi datang pun lewat. Embarrassed smile)
Tu jerla untuk hari ni. Pasal makanan dan aktiviti. Esok lain pula. Tunggu tau~

Wasalam…

Di sinilah kedai yang aku tempah nasi goreng ayam tu.

DSC01287                DSC01290

Ni pula nasi ayam tu. Boleh la korang sendiri tengok yea. Betul tak apa aku kata?

DSC01295

Ni pula ada la sepasang nenek dan atuk ni makan bersama cucu dia. Gembira jer aku tengok mereka makan. Teringat aku kepada ibu bapa aku pulak…(sob Crying face sob)

DSC01291

Sebelah kedai tadi, ada kedai jual air pulak.

DSC01289
Pandangan tempat makan kedai ni.

DSC01288

Kedai abang burger. Menu dia maafla. Aku tak dapat tangkap gambar dengan jelas. Maklumla, kamera hp aku ni murah jer.

               DSC01285                           DSC01286

Burger cheese. Cantik tak gambar ni? Ada seperti X-ray tak? Smile with tongue out

DSC01298

Kedai makcik jual nasi lemak.
             DSC01292                           DSC01293

Antara betik-betik projek kawan aku. Kebanyakan betik ni keras walaupun sudah masuk indeks kematangan 6.

      DSC01281                    DSC01282

Betik yang tidak disimpan elok dijangkiti kulat fusarium. Tak boleh makan bahagian yang terkena serangan. Kena buang dan ambil bahagian yang masih elok jika ada yang nak makan la.


DSC01284
Pin It
Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama

2 ulasan:

  1. makan, makan, makan, makan..... chong wei kuat mkn! hahaha...

    BalasPadam
  2. Bukanla. Sajer aku post cerita pasal makan. Nanti ada la budak2 yang datang singgah UPM tau mana nak pergi dah kalau foodcourt tutup.

    BalasPadam

Saya suka dan amat menghargainya jika tuan/puan boleh komen menggunakan Bahasa Melayu Tinggi. Saya ucapkan Jazakallah dan terima kasih.

Manusia