Jumaat, 23 September 2011

AgroBio–Bangunan Baru Fakulti Pertanian

mpp

320541_105768736197658_100002935965546_34488_638101616_n
Telah masuk 2 minggu aku berkelana di bangunan baru fakulti pertanian. Ada beberapa komen yang dapat aku berikan.


1. Tandas sepatutnya ada penutup pintu. Malu la bila keluar tandas ada yang melihat semasa lalu lalang depan tandas.

Photo0008Patutnya letak penutup pintu di tandas.

2. Kedudukan projector screen tak sesuai kerana menutupi whiteboard. Susah untuk pelajar melihat apa yang ditulis oleh pensyarah di atas whiteboard. Cadangan: letakkan di sebelah whiteboard dan bukannya di hadapan whiteboard.

Photo0011Kalau alihkan ke kiri pintu agar whiteboard boleh semua pelajar lihat.

3. Kerusi tak cukup menampung 50 orang pelajar. Terpaksa ambil di kelas sebelah. Harap dapat menambah bilangan kerusi tambahan.

Photo0012
Kerusi tak cukup le.

4. Dewan kuliah. Malu nak keluar pergi tandas sebab kena turun bawah lepas tu semua orang tengok. Huhuhu.

Photo0017   Photo0016
Photo0020
Malu weh nak keluar pergi tandas jap. Semua mata memandang.


Photo0018Photo0029
Tak elok letak beg di kaki. Buku untuk dibaca dan sepatutnya letak sebelah kita.


5. Sepatutnya ada laluan susur gajah (walkway) antara bangunan seperti antara dewan kuliah dan bilik kuliah, bilik kuliah ke kafe, ke surau, kafe ke bas dan bangunan jabatan. Dengan cuaca yang kerap hujan, memang laluan susur gajah amat diperlukan agar pelajar tak basah ditimpa hujan semasa pergi dari satu bangunan ke bangunan yang lain.


Photo0009Photo0014
Photo0015
Photo0021Photo0022
Tiada bumbung penyambung antara bangunan. Pelajar basah ketika hendak pergi ke bangunan lain.


Photo0013 Pelajar terpaksa meredah hujan untuk pergi ke kawasan parkir motor.


6. Pemisah antara bahagian lelaki dan perempuan di surau hanyalah tirai kain. Kadang-kala boleh ternampak bahagian surau perempuan ketika angin kuat bertiup kencang. Harap dapat letak penghadang kayu sebagai tambahan agar pelajar perempuan selesa untuk solat tanpa was-was.
Photo0023Boleh nampak bahagian surau perempuan apabila ditiup angin.
Photo0024Kekurangan selipar.


7. Kekerapan bas datang ke fakulti. Pelajar berebut nak naik bas ketika waktu kemuncak iaitu waktu tengah hari. Harap dapat tingkatkan kekerapan bas datang di waktu puncak.

Photo0030
Photo0031Pelajar berebut naik bas untuk balik ke kolej serumpun.
Photo0032Penuh sampai ke pintu bas!


8. Apabila dahaga tiada tempat untuk mencari air selain café. Sepatutnya diletakkan water cooler di setiap bangunan agar senang pelajar nak topup air. Aku bawa botol air besar pun tak guna kalau takda tempat nak topup. Di café kena bayar la pulak.
Photo0036Kalau ada 3 macam ni kan ok? Cool, Hot, Warm.


Memang setiap benda baru pasti ada kelemahan. Perlu ada penambahbaikan lagi dalam sistem di bangunan baru fakulti pertanian. Jadi kita perlulah sama-sama atasi kelemahan itu dengan cadangan dan tindakan. Tak elok merungut jer tapi tak da tindakan sebab one can grumble, but one who take actions can see the difference.

1 mengomel so far

Banyaknya komen! Biasalah tempat baru. Anak sedara yg belajar kat fakulti ni pun ada cakap perkara yang sama. Itulah dugaan semasa menuntut ilmu. Tak ada dugaan tak adalah cabaran. Just a piece of routine life.

Saya suka dan amat menghargainya jika tuan/puan boleh komen menggunakan Bahasa Melayu Tinggi. Saya ucapkan Jazakallah dan terima kasih.
EmoticonEmoticon