Jalan-jalan Pergi Makan: Padang

4 bualan
Pin It
Salam semua.

Hari ini aku nak buat cerita mengenai kedai makan di Padang. Kali ini kedai lain pula. Sebelah sahaja dari kedai semalam sebab kedai semalam tutup la. Sambut Gong Xi Fa Cai agaknya la.

Aku bungkus jer. Malas nak makan seorang diri di situ. Seganlah pula. Walaupun orang kata kalau makan guna pinggan, kita telah menyelamatkan bumi ni. Nak tahu sebabnya? Sebab kalau bungkus kena guna polisterin. Ni telah merosakkan alam sekitar. Entah la.

Aku ada jer kawan yang ambil jurusan Sains Alam Sekitar dan Pengurusan Alam Sekitar. Tak nampak pun mereka perjuangkan alam sekitar ni. Yang aku nampak mereka la paling banyak guna polisterin ni. Kata mereka sebab polisterin ni murah dan tak berbaloi kalau kita nak boikot. Lagipun mereka belajar jer. Aduh. Aku tak nampak pun walaupun seorang daripada budak Alam ni guna tupperware bila bungkus makanan. Yang aku lihat guna polisterin. Kesedaran seperti hanya dari segi teori sahaja.

Aku rasakan, memang pensyarah mereka tak mengajar dengan berkesan. Aku pernah juga la tegur kawan aku (budak sains alam sekitar) supaya tutup la paip air sinki tu kalau gosok gigi atau sedang sabun muka. Kalau diteruskan begitu nanti Malaysia akan kehabisan bekalan air bersih pada tahun 2015 (betul. Sebab aku ada baca di THE STAR mengenai ni.)

Apapun, balik kepada kedai Padang tu, aku rasa bolehla kedai tu. Satu-satunya kedai di Padang yang ada jual sup tulang lembu. Kedai lain tak jual tau. Aku lupa nak tangkap gambar periuk sup kedai tu. Lauk ada lah.
Ibu nasi bungkus ya.   DSC01318           
 Lauk-lauk yang dijual di sini.
DSC01317            DSC01319
Aku rasa yang ni adalah tauke kedai.DSC01320                      DSC01321Tempat makan di kedai ni.

Malam pula aku makan burger jer. Macam biasa aku beli burger di kedai bro ni.
DSC01322
Itu jerlah nak diceritakan. Nanti aku cerita lain pula yer.
Wasalam.
Pin It
Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama

4 ulasan:

  1. ak pn penah mkn sini gak... time tu mse cuti sem lepas... sup die mmg sdp..haha

    BalasPadam
  2. Memang layan sup kedai ni. Tapi mahal juga la harganya. Kalau sekali sekala boleh la. Kalau selalu mau botak kepala aku cam lembu...mooo

    BalasPadam
  3. aku amek sup kosong je...dpt la murah...hahahaha

    BalasPadam
  4. ish tergelak pulak dia. nanti tertelan tulang sup tu baru tau. bulp...

    BalasPadam

Saya suka dan amat menghargainya jika tuan/puan boleh komen menggunakan Bahasa Melayu Tinggi. Saya ucapkan Jazakallah dan terima kasih.

Manusia