MEGA IT FAIR Di MidValley

Berbual
Pin It
Aha. Akhirnya dapat juga aku post satu entri baharu. Semalam maaf la tak dapat sebab letih sangat aku ni. Mana taknya bersesak-sesak dari Serdang ke Mid. Balik tu lak dari Mid ke Serdang. Aduh! Orang dha la padat cam tin sardin. Damn! Panas jer hati aku. Dahla masa naik ketapi dari Serdang tu ke Mid koc tu buat hal la pula. Tak da ekon. Alamak! Panas giler. Dahla ketapi tu gerak cam siput. Babi pun lagi laju tau (agaknyerla).

Bukan per, aku sian kat budak yang duduk tu. Punyala bapa dia sian tengok anak dia, kipas jer guna tangan. Alahai. Kepanasan la budak tu. Tapi aku tabik r kat budak tu. Diam jer dia. Ikut jer apa bapak dia cakap. Senyap. Comel pun ada (hehehe…terasa nak ada anak. Ops…tak boleh g….sebab aku muda g….hehhehe).

Tup tup sikit lagi jer nak sampai Mid TIBA-TIBA, ketapi tu mati. Diam jer antara Seputeh dengan Mid. Aduh! Ape ke hal ni. Takkan traffic DaMn kot. Agak-agak la. Berapa ela jer pun nak sampai kat Mid tu. Dahla panas ni. Ni buat hati aku bertambah bara ni. Nasib baik budak tadi dah turun kat Seputeh.

Aha. Ada citer lupa nak bagitau. Kat Seputeh masa ramai-ramai orang berebut nak naik, adala sorang amoi ni nak naik gak. Tapi ketapi dah penuh nak buat camner. Tak muat la dia masuk dengan badan dan beg dia bawak tu. Bergomol camner pun takkan masuk la. Aku tengok dia panas giler. Sebab abis jer kena reject sebab tak dapat masuk ketapi, terus dia koyak tiket KTM sambil carut pe ntah (tak dapat nak terjemah sebab aku dalam ketapi lagi…)

Setelah berapa lama ketika baharu la si ketapi ni jalan tut tut tut. Sampai… Pendek cerita… aku dan adik aku serta kawan dia sorang dah sampai dalam Mid. Mega IT fair tu ada kat atas sekali.

Sampai kat sana aku tengok tak la gah sangat. Biasa jer. Pusing punya pusing, yang aku lihat banyak orang pakai baju taik ijau lembu. Ada lambang “Kaspersky” di baju mereka. Rupanya penaja diorang Kasperskai. Ah… apa aku heran dengan AV ni. Aku pakai yang percuma jer. Avast pun dah cukup. Janji aku tak buka laman pe ntah udah.

Habis jer beli barang yang aku dan adik aku nak kami chow terus. Malas la nak lepak lama. Dah r nanti nak tunggu kat KTM tu cam Sheet. Yang aku tau pc fair ni takda apa yang menarik. Harga lebih kurang lowyat jer. Mahal lagi adala. Dem.

Ok la. Sampai sini post aku untuk ari semalam. Malam nanti aku post lain eak. Biasala. Nak cukupkan kuota satu hari satu entri,,

Wasalam.

Koc wanita penuh! Kawan aku kata takper penuh. Kalau berhimpit-himpit pun, bau wangi tu ada. Tak macam koc lain! @.@
DSC01186

Keadaan ketika di Mega IT fair, Mid Valley.

DSC01187DSC01188
DSC01189

Cuba perhatikan gambar di atas. Ramai tak orang pakai baju warna hijau taik lembu? Erm…
Pin It
Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama

0 mengomel:

Catat Ulasan

Saya suka dan amat menghargainya jika tuan/puan boleh komen menggunakan Bahasa Melayu Tinggi. Saya ucapkan Jazakallah dan terima kasih.

Manusia