Selasa, 4 Disember 2012

Wikipedia membantu penduduk peribumi berjaya


Dia seorang yang bukan apa-apa. Orang miskin yang mendapat pelajaran percuma dibiayai kerajaan. Dia mempunyai semangat untuk belajar dan mempelajari ilmu baru. Namun ia agak sukar kerana buku-buku yang mahal membantutkan usahanya. Komputer juga sungguh asing baginya

Peluang muncul apabila dia menyertai satu pertandingan penyelidikan anjuran peringkat sekolah. Internet menjadi medium utama sebagai rujukan. Semestinya Wikipedia mendapat tautan di hatinya.

Untuk kejutan, dia dan kumpulannya sampai ke peringkat akhir pertandingan tersebut dan menjadi pemenang!
Semunya dengan menjadikan Wikipedia sebagai asas untuk mereka faham apa yang mereka tidak faham.

"Kamu tidak patut merujuk Wikipedia. Ia satu sumber yang tidak boleh dipercayai." Terdengar kata-kata di belakang kejayaannya.

"Saya terkejut apabila mengetahui Wikipedia adalah satu perisian sumber terbuka. Semua orang boleh menjadi editor. Seorang datang menulis ideanya dan kemudian, jika ada, orang lain pula menambahbaik idea tersebut," kata Oarabile Mudongo, antara editor Wikipedia yang aktif menulis dan membaiki rencana di Wikipedia.

"Sayangnya, ramai rakan saya tidak sampai ke menara gading. Mereka tersekat di peringkat rendah atau menengah. Dan saya berjaya sehingga kini kerana memahami sesuatu dengan mudah melalui Wikipedia."

Mudongo berhasrat untuk menjadikan Wikipedia sebagai medium buat orang kampungnya pula untuk memahami ilmu dengan mudah. Dia berhasrat untuk menambah lagi pengisian Wikipedia dalam bahasa ibundanya.

Yayadan - Seruan kepada kebaikan


Saya tertarik untuk mendengar lagu ini apabila ia ada disebutkan dalam blog Kereta Mayat. Setelah mendengar lagu ini, saya terkesima. Liriknya sungguh mempunyai isi-isi tersirat. Lagu nasyid yang menyentuh hati memberi peringatan kepada umat.

Isnin, 3 Disember 2012

Sisi gelap MAHA 2012


Petang tadi saya berjumpa dengan rakan-rakan saya dan kami bersembang tentang MAHA yang menutup tirai semalam. Kami komen apa yang patut.

"Entah kenapa aku rasa MAHA kali ini tidak menarik langsung. Tidak gah seperti 2008 dahulu," aku membuka kata.

"Aku setuju. Beberapa hari lepas aku pergi MAHA ada pula seorang minah ni ajak aku sertai MLM. Terus terang lagi tu. 'Dik, akak ni nak ajak dik join MLM. Cepat kaya.' Aku jawab la aku pelajar. Mana ada duit. 'Pelajar lagi senang dik. Banyak kawan. Adik cari 30 orang sudah cukup. Amacam? Ngam?'

Ish!? Terus aku angkat kaki dari booth tersebut," kata kawan aku, Mimi.

"Ini bermula apabila ada abang bagi brochure. Lepas tu calit apa entah pada tangan. Kemudian terus bawa pergi booth terang benda-benda bodoh MLM," tambah kawan di sebelahnya, Yaya.

Ahad, 2 Disember 2012

Facebook Logout - propaganda Orang Bodoh



Satu kisah benar tentang FB logout (atau login?).

Video ini menerangkan bagaimana seorang itu boleh mendapat duit yang banyak dengan hanya logout di Facebook. Ini juga berkaitan dengan kaedah bagaimana sistem Skor A berlangsung. Asas-asasnya semua hampir sama...

Sekarang sudah tiada kes ini. Rakyat Malaysia sudah matang. Namun, saya yakin ia akan putar naik semula sebagaimana Skor A dan sistem MLM yang lain.

Untuk itu, saya sebarkan di blog saya untuk pengajaran semua...

Sapaan takdir untuk fotografer amatur


Semalam saya pergi ke MAHA. Berlakon menjadi fotografer terhebat berpakaian dengan kemaja T petak-petak dan seluar slack cokelat serta berselipar biru. Niat hanya ingin merantau mencari gambar untuk isian Wikipedia Bahasa Melayu.

Sedang elok berjalan seorang diri... seorang makcik menegur saya.

"Adik, akak ni dari Yayasan Kasih Sayang Malaysia. Semalam dan call pihak MAHA untuk hantar fotografer datang tangkap gambar booth kami. Sekarang baru datang. Kenapa tadi panggil buat dek je?"

"Eh? Maaf la kak. Saya tak perasan." Jawab aku. Yelah. Orang ramai di sini manalah saya hendak perasan akan panggilan seorang makcik.

"Jom tangkap gambar akak dengan booth akak nih," ajak dia ke boothnya.

Saya agak terkejut dengan ajakan itu. Saya datang untuk jalan-jalan sahaja di MAHA 2012 sebelum ia menutup tirai esok. Lagipun, saya hanya mahu tangkap gambar-gambar menarik dengan kamera DSLR yang saya pinjam daripada sahabat saya. Sambil itu mengambil pelbagai brochure yang disediakan.

"Tapi saya ni bukan fotografer MAHA. Saya jalan-jalan je."

Sabtu, 1 Disember 2012

Ketua Saintis Malaysia di Masjid UPM


Saya tertarik untuk melihat cara persembahan pak cik ini. Ia menarik bagaimana dia cuba menyelesaikan masalah matematik mudah dengan otak kanan.

Idea spontan untuk menerbit buku di DBP


Sedang seronok saya mengisi masa lapang saya menyunting WBM, saya tertarik melihat senarai khidmat nasihat untuk istilah Fakulti. Rupanya ada seorang pelajar dari UPM sudah bertanya kepada DBP bagaimana hendak terbitkan satu buku melalui mereka.

Terfikir pula tentang perancangan masa hadapan saya ini... Hmmm.