Rabu, 2 November 2011

Jalan-jalan Cari Makan: Tasik Sri Serdang

Salam semua.
Kini tiba masanya aku bercerita mengenai tempat makan aku hari ni. Nak cerita pasal hortikultur tak boleh sebab aku tak da idea lagi ni. Maklumlah, cuti pertengahan semester. Jadi cerita jerla apa yang ada jika cuti berlangsung di UPM.

Kebanyakan foodcourt di UPM semua tutup. Jadi bagi pelajar yang masih tinggal di UPM akan mencari port lain lak untuk makan-makan.

Seperti tajuk di atas, mari dengar aku berceloteh di kedai makan Tasik. Tempat aku makan malam hari ni.

Jumaat, 7 Oktober 2011

Jualan Buku TerBESAR di Dunia!!!

“The Big Bad Wolf is the biggest books sales on earth”
                - every Malaysian said this.
 Akhirnya dapat lah jua aku membeli buku di Big Bad Wolf sales. Yeay!
Aku tiba seawal 9am di Dewan MAEPS A. Ramai aku lihat orang beratur nak beli buku. Aish. Aku ingatkan sikit la. Al-maklum dikatakan rakyat Malaysia ni kurang membaca.

Photo0065
Beratur orang kau, nak masuk awal pagi.
Apapun memang berbaloi lepas aku masuk dalam dewan. Banyak buku-buku luar negara dijual dengan harga murah.

Untuk pengetahuan budak UPM, nak pergi sini senang jer. jalan kaki dari Putra foodcourt > KPZ > Ladang sayur dan terus je ikut jalan tu sampai nampak MAEPS. Perjalanan lebih kurang 15-20 min jer tau. Masuk dan nampaklah orang berduyun naik bas ke atas bukit MAEPS. Tempat ni di Dewan A MAEPS.

Awal-awal masuk aku dah pening. Buku mana nak aku terjah dulu? Aku pergi dengan rakan aku Syed. Hush. Syed menuju ke arah fiction dulu. Aku pulak nak gak cari buku tapi bukan lah fiction.
Aku lihat ada seksyen manga. Aik? Manga orang putih tu… Belek punya belek aku ternampak beberapa komik menarik di situ.

Jumaat, 23 September 2011

AgroBio–Bangunan Baru Fakulti Pertanian

mpp

320541_105768736197658_100002935965546_34488_638101616_n
Telah masuk 2 minggu aku berkelana di bangunan baru fakulti pertanian. Ada beberapa komen yang dapat aku berikan.

Rabu, 31 Ogos 2011

Sambutan hari gemilang dua dalam satu



Assalamualaikum dan selamat pagi semua!

Tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum semua umat Islam di dunia khususnya Malaysia menyambut hari Raya Aidilfitri. Sambutan di sambut dengan meriahnya tanda kemenangan umat Islam selepas sebulan berpuasa di bulan Ramadhan. Juga sambutan hari Kemerdekaan ke-54.

Apa yang menariknya setiap negeri mempunyai tradisi dan budaya yang berlainan cara menyambut Aildilftri. Bagi aku orang Perak, rasanya biasa sahaja sambutan kami. Lemang, rendang dan ketupat memang menjadi juadah utama di rumah terbuka. Jika ada yang nak kreatif, akan membuat laksa pelbagai negeri seperti Sarawak, Johor, Pulau Pinang, Terengganu, Pangkor dan negeri-negeri Malaysia yang lain yang sedia maklum oleh pembaca sendiri.

Bagi keluarga aku pula, di hari Raya, saudara jauh kami akan datang menziarahi kami untuk makan bersama pada hari pertama Raya. Lain dan tak bukan adalah saudara Cina aku. Al-maklumlah aku ni kan bersaudara dengan Cina. Muka pun ada seiras Cina.

Sabtu, 25 Jun 2011

Tips: Basuh baju

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Aku dapat idea baru nak tingkat kan lagi perkongsian ilmu dalam blog ni. Kita kongsi tips! Aha. Aku suka idea ni. Memang lah tak seberapa tips ni tapi boleh la buat orang yang tak tahu.
Waktu kecil-kecil dulu aku ni jenis malas nak basuh baju. Asyik masuk jer bilik air letak jer dalam baldi. Esok tengok dah tersidai di luar. Mak tolong basuhkan. Bila dah besar masuk matrikulasi lain pula jadinya. Aku kena basuh baju sendiri.

Mula-mula aku rajin la nak basuh baju tapi lama-lama jadi malas. Aiseh. Nak buat camner. Terlalu sibuk menikmati kehidupan di matrik. Aha. Tak da la. Aku malas nak jemur dengan baju-baju budak lain. Melekat bau baju diorang dekat baju aku. Aish. Rugi jer aku sental susah alik-alik jadi busuk balik.

Aku ambil jalan mudah jer. Masuk semua baju aku dalam mesin basuh. Habis cerita. Cuma ada sebutan ALAMAK! lepas mesin basuh habis menjalankan tugasnya. Habis baju putih aku berwarna merah. Rupanya ada baju aku yang suka meninggalkan jejaknya tatkala ia dibasuh. Merana aku. Nasib baik la baju tu baju biasa jer. Kalau baju kemeja memang aku bakar jer baju merah tu.

Selasa, 21 Jun 2011

Kerja Sambilan Aku Semasa Cuti Semester

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pada hari Rabu yang lepas bermulalah kerja aku sebagai sebagai pekerja khidmat sementara (PKS) di Putrajaya. Kerjanya mudah iaitu masukkan data dalam sistem utama sahaja.

tersenyum kesorangan aku menonton ini… :)

Permulaan kerja
Semua bermula apabila kawan aku, Ashikin membuat promosi mengenai kerja kosong ini di dalam dinding facebook nya. Aku sajer la pm inbox dia mana tahu ada kosong lagi. Dan ternyata ada. Maklumat yang diberi hanya aku akan bekerja sebagai data entry dan tempatnya adalah di Persint 3, bangunan di antara bangunan Perbadanan dan Wisma Tani. Dalam 30 orang diperlukan. Jadi ada kosong banyak lagi.

Tapi masalahnya satu jer, aku takut nanti skuter aku buat hal lagi. Risau aku kalau skuter tu mati tengah jalan nanti dalam sedang nak pergi kerja. Fikir punya fikir, aku ada idea. Alang-alang ada kosong tu, aku boleh ajak kawan-kawan aku yang masih berada di KTP. Diorang pun ada motor. Boleh la aku tumpang sekali naik. Aku ajak 2 orang kawan baik aku pergi.

Jadi mulalah kami bertiga pergi bekerja dari UPM ke Putrajaya. Masa yang diambil adalah dalam 20-30 minit. Ikut laluan ke IOI hotel belakang MARDI.

Sewaktu mula masuk kami memang tak tahu nak kena buat apa. Ikut jer staf yang bawa kami naik ke tingkat 2. Punch kad dulu lepas tu naik pula ke tingkat 3, tempat operasi kami berlangsung.

Sabtu, 21 Mei 2011

Pasar Tani Sekitar UPM

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

DSC02150
Pasar Tani di tapak MAEPS

Kali ni aku nak membuat ulasan mengenai pasar tani di sekitar UPM. Setakat ni yang aku tahu ada satu sahajalah pasar Tani yang boleh bebudak UPM datang singgah. Sama la seperti pasar malam sekitar UPM. Dibuka setiap hari Sabtu di tapak tempat letak kereta MAEPS.

Aku pergi dalam jam 8.30 pagi tadi bersama kawan aku, Faizal. Sahaja aku nak datang melihat apa yang seronok ada di pasar tani ni. Sebenarnya sudah lama aku nak pergi tapi sebab setiap hari Sabtu aktiviti SUKSIS aku semedang jer ada jadi tergendala aku nak melawat ke sini.

Sekarang dah habis SUKSIS boleh la aku berehat pada hari Sabtu pula. Yeay~

Nak masuk tempat ni senang sahaja sebab ada pintu disediakan khas untuk masuk terus ke tempat letak kereta di sini.
DSC02149     DSC02148

Ada beberapa laluan dalam pasar tani di sini. Ada laluan makanan mentah seperti sayur, buah, daging, ikan dan lain-lain lagi. Sama sahaja seperti pasar malam. Cuma bezanya ia diadakan pada pagi hujung minggu. Sewaktu aku sampai ada lagi beberapa gerai yang baru nak buka. Aku rasa waktu operasi di sini bermula sepenuh pukul 9 pagi. Waktu habis beroperasi aku tak tahu la pula.

Kalau nak, datang lah pukul 9 yea.

Jom tengok apa yang ada di sini.
DSC02152    DSC02153
Bahagian jualan makanan mentah seperti ikan, daging, sayur dan buah-buahan.
DSC02151
Buah-buahan tempatan banyak dijual di sini.
DSC02183     DSC02184
Mempelam/Manga epal. Kiri adalah varieti merah manakala kanan adalah verieti kuning. Kedua-duanya aku pernah tanam di rumah tapi dek kerana pembesaran rumah… habis kedua-dua pokok ini menjadi sejarah sahaja…

  DSC02154DSC02158    DSC02155DSC02156
Arnab yang comel. Rm40-45 seeokor. Amboi! Mahalnya. Tempat aku (Perak) RM 15 seekor sahaja… Ni dah kira arnab elit ni.
DSC02159DSC02161DSC02162
Bahagian baju dan selipar.
DSC02163DSC02164DSC02165
Ini bahagian jualan nurseri pokok pula. Ada juga orang jual anak pokok tongkat Ali di sini yea…
DSC02166
Bahagian jualan makanan ringan seperti kerepek. Aku paling suka kerepek ubi pedas. Layanz~
DSC02169     DSC02170
DSC02171DSC02173DSC02175
DSC02179     DSC02178
Jualan barang tradisional juga ada seperti keris ini. Gamaknya orang Perak pak cik ni. Awak tak la membeli benda-benda ni. Tak ke hea nye teman nak beli.
DSC02186
DSC02187DSC02190
Buah tunjuk langit. Elok untuk orang yang menghidapi kencing manis. RM10 sepaket. Aku ada rasa sebiji. Masya-Allah! Pahit macam telan paracetomol. Urgh!
DSC02193  DSC02192DSC02194
Jualan madu asli.
Aku rasa sampel madu ni. Memang madu asli tapi yang aku tak tahannya dijualnya madu putih ni. Katanya madu anak lebah. Ish. Tipula. Aku ambik subjek Apikultur mana ada belajar pasal produk sampingan lebah warna putih ni. 

Yang aku tau ni madu sintetik aka tiruan. Baik jangan dibeli kerana boleh membawa kepada penyakit kencing manis. Dan ini bukannya Royal Jelly. Jangan tertipu pula yea.

DSC02195
Madu putih aka Royal Jelly? Jangan tertipu…
Sebelah bahagian jualan nurseri ada pula gerai-gerai makan. Kalau sesiapa yang lapar tu, boleh la singgah makan dulu yea.

Aku lihat tak ada lah apa yang menarik dijual di sini. Biasa sahaja. Takda pun jualan barang pelik. Yang ada pun satu jer. Jualan keris. Yang lain seperti biasa dilihat di pasar-pasar biasa aku pergi. Kalau ada sesiapa yang bosan pada hari Sabtu bolehlah singgah di sini.

Sekian, wasalam.