Khamis, 21 Mei 2015

Perlukah Nasihat Dia?

Saya tertanya soalan ini. Perlukan saya nasihat dia? Dia yang dimaksudkan ini adalah kawan saya. Umurnya muda lagi. Bak kata orang masih setahun jagung lagi. Pemikirannya juga masih di tahap jagung. Tak ke mana dan tak ke matangan lagi.

Biasalah. Perangainya masih seperti budak-budak. Falsafah hidupnya mudah sahaja - aku tak sentap kau, kau jangan sentap aku.

Jadi dia memegang konsep tidak melukakan hati bukan Islam. Alasannya mudah sahaja, keluarganya juga ada bukan Islam. Jadi dia memilih untuk mencairkan prinsip-prinsip Islam yang dia faham secara sendiri.

Saya kurang setuju dengan pemikirannya itu. Jadi saya cuba memberinya kefahaman bahawa Islam itu fikirnya bukan di kepala otak kita. Fikirnya bermula dengan wahyu daripada Allah SWT iaitu al-Quran. Kemudian dengan sunnah. Barulah diikuti dengan ijtihad.

Ini tidak. Dia masih berkeras. Atas alasan dia melihat persepsi komen orang di Facebook.

Ah. Dia hanya boneka kepada emosinya itu. Akal pemikiran itu bukanlah pemikiran kritis. Katanya pemikiran kritis perlu dibahaskan. Masalahnya apa yang dia bahaskan itu langsung isinya tiada. Jadi, saya dengan sendiri boleh mematahkan hujahnya tanpa sebarang masalah.

Mudah sahaja pemikirannya. Fahaman Islam ini boleh ditafsir dengan akal. Lalu, saya terfikir tentang satu gerakan Islam yang juga mencairkan jati dirinya dengan cara itu. Walhal mereka sendiri faham bahawa untuk mentafsir sesuatu ayat al-Quran itu rujukan kitab banyak. Sangat banyak.

Namun, rujukan akal didahulukan. Jelas kemudian masyarakat menjadi keliru.

Udin kata kita cuba nasihat lagi. Dia dan memorinya bersama kami sangat banyak. Saya hanya mampu berkata hidayah ini milik Allah.

Saya jenis malas melayan. Ya ada juga sumpah seranah saya keluarkan secara diam-diam terhadapnya. Atas sebab saya sayang dia sebagai seorang abang.

Namun, sayangnya itu ada juga bertahap. Jika masih nak menggedik dengan tarikan nafsu dunia, kami tiada masa untuk melayan. Ummat memerlukan rijal-rijal yang mampu membawa mereka keluar dari kepungan api yang ada.

Justeru itu saya masih berfikir apakah ingin menasihatinya nanti. Ketika kami berjumpa nanti.

Entalah.

Saya suka dan amat menghargainya jika tuan/puan boleh komen menggunakan Bahasa Melayu Tinggi. Saya ucapkan Jazakallah dan terima kasih.
EmoticonEmoticon