Huh? Skema tak tajuknya? Aha. Kali ini saya sudah mula ingin bercerita di blog. Sudah lama meninggalkan blog kerana kesibukan apa enta.
Tadi saya memandu kereta MyVi. Buat pertama kalinya saya boleh katakan alhamdulillah. Selamat! Dari Putrajaya terus ke Hospital Kajang. Allah permudahkan jalan kerana tidak sesak. Kenapa? Kerana saya menghantar orang. heh. 20 minit sahaja perjalanannya.
Cuak juga semasa memandu. Yelah. Saya selalu didoktrinkan nak bawa kereta ini perlu cekap. Hal itu membuatkan saya rasa takut untuk memandu kereta.
Kemudian saya mendapat jaminan daripada pasangan saya. Katanya ok je. Haha. Saya pun ok je la apabila orang sudah kata begitu.
Tetapi hal lain pula berlaku. Oleh kerana terlalu seronok memandu kereta, ketika parkir, saya terlupa menutup lampu hadapan kereta. Sudah. 2 jam sahaja saya tertinggal, kereta sudah tidak boleh dihidupakan.
Terpaksa saya menelefon abang Mahmud. Nasib baik abang Mahmud baik menolong saya. Saya doakan moga Allah sentiasa membukap pintu rezeki kepadanya.
Ok. Saya dapat simpulkan membawa kereta tidak susah. Yang penting ada brek. Tekan sahaja brek kalau ada masalah.
Selasa, 25 November 2014
Pemanduan Kereta MyVi di Kajang
Artikel Terkait
- "Aku tak rasa kamu akan ada komitmen dalam kehidupan kamu, Fakrul." Saya berkata sambil m
- Saya pernah berkomplot dengan kawan-kawan tentang idea untuk membuka ladang herba. Pelba
- Saya orangnya suka bercerita. Cerita saya sering merapu sahaja. Oleh kerana itu saya memi
- Saya suka bercerita perkara semalam. Merujuk semalam tidak bermakna semalam itu pada
- Selepas pulih daripada demam denggi, saya mengalami masalah lain pula. Hati saya berasa
- Saat seorang remaja berumur 17 tahun, dia sudah diberi kebenaran untuk mengambil lese
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Saya suka dan amat menghargainya jika tuan/puan boleh komen menggunakan Bahasa Melayu Tinggi. Saya ucapkan Jazakallah dan terima kasih.
EmoticonEmoticon