Apabila saya mula melebarkan networking saya bersama orang lain, saya mula kenal pelbagai bentuk keluarga. Ada keluarga yang penyayang dan ada juga keluarga yang keras. Keluarga saya entah saya hendak letakkan di bahagian mana.
Fansuri pernah bercerita tentang pengalamannya membeli KFC. Ketika itu dia mamai. Baru bangun tidur katakan.
Mereka sekeluarga pergi membeli makanan malam di KFC. Fansuri yang mamai di minta membeli. Selepas membeli, Fansuri terus pergi ke tong sampah dan campak semua beliannya.
Balik di dalam kereta, abangnya bertanya, "Di mana ayam KFC?"
Fansuri baru sedar perbuatannya itu. Melihat keadaan itu, satu keluarga mereka ketawa di dalam kereta. Hal itu menjadi bahan jenaka mereka ketika bertemu semula terutama di Hari Raya.
Sebenarnya mendengar cerita itu saya menjadi gerun. Hal ini tidak akan sama apabila ia melibatkan keluarga saya. Pastinya ia akan mendatangkan trauma yang sangat teruk kepada saya!
Anda faham maksud saya? Ngee~
Khamis, 4 September 2014
Ketawa bersama
Artikel Terkait
- Semalam saya singgah sebentar di KL Sentral sebelum menaiki tren KTM ke Kajang. . Semasa
- Saya dan Murni berdua-duaan dalam kereta. Kami baru selesai menghadiri satu bengekel bert
- Huh? Skema tak tajuknya? Aha. Kali ini saya sudah mula ingin bercerita di blog. Sudah lam
- Tajuk ini mungkin mendatangkan kontroversi kepada yang membaca. Ya, KL memang menyesatkan
- Saya mengenali Zarif sejak saya tahun dua lagi di UPM. Ketika itu saya masih naif lag
- Saya melihat ini satu isu yang hangat diperkatakan. Saya lihat juga ramai yang berlagak
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Saya suka dan amat menghargainya jika tuan/puan boleh komen menggunakan Bahasa Melayu Tinggi. Saya ucapkan Jazakallah dan terima kasih.
EmoticonEmoticon