Watcha, watchi, wutchu!!! Aha. Layan la pulak aku tengok cerita kung fu hari ni. Macam-macam si mamat ni guna nak lawan orang. Lembing la. Kayu la. Garpu la. Apa-apa la. Hebat gak la dia baling membaling ni. Teringat aku pulak senjata aku di UPM ni. Jangan sangka aku, budak hort tak da senjata bila datang kat UPM.
Wajib dan memang wajib kami ada senjata nak lawan musuh-musuh kami di UPM dan sekelilingnya tau. Terdapat pelbagai macam perkara yang kami perlu tangani di UPM. Dari serangan kertas terbang, tandukan kumbang badak, belaian rumpai, wangian kemboja, dan mana-mana yang berkaitan!.
Jadi nak diceritakanlah senjata kami ni boleh dikatakanlah ringkas tapi memang penting! Kalau takda, habis lah kami kena serangan utama yang boleh menyebabkan kemurungan seharian! Serangan leteran pensyarah!.
Jom kita kenal satu-satu.
Sarung tangan
Harga: RM1.50-3
But getah Pua Chu Kang

Cuma nak ingatkan yang ia memang berat! Tapi biasalakan perisai mana tak berat? Dan tambah berat apabila tanah-tanah basah melakat macam burger kat bawah tapak but. Memang mencabar fizikal!
Harga: RM6-12
Sekateur (secateurs)


Kalau semester tu ada subjek yang kena buat herbarium, lagilah 24/7 perlu ada dalam beg. Nampaknya apa-apa bahan yang boleh buat herbarium, terus potong guna sekateur. Tak boleh guna tangan tau. Merosakkan pokok tu nanti. Kena cantas dengan cara yang betul iaitu dengan sekateur. Lagi kalau nak menuai sayur atau buah. Sekateur adalah senjata wajib digunakan. Jangan tangan, atau memang kena marah la dengan staf yang berkaitan…

Dari pembelian, aku cadangkan yang berkualiti iaitu dalam RM24-RM50. Yang merah tu aku punya dalam RM20 aku beli. Setakat ni aku pakai tahan la.
Kawan aku yang beli RM6 tu apabila nak potong dahan jambu… Pup…ring… bunyi spring keluar. Ahaha. Rosak terus. Ada yang tumpul lepas tu.
Jadi aku nasihatkan berli yang berkualiti.


Harga: RM2-5
Serampang 3 mata (rake)

Nyah kau rumpai dari sini!

Harga: RM2-5
Pengembur (cultivator)
Harga: RM2-5
Pisau tunas (budding knife)


Ni contoh video yang aku ambil untuk cara guna pisau tunas dengan betul…
Topi ladang

Harga: Ikut fesyen yang diminati.

Kamera kompak

Juga untuk ambil video semasa kelas berlangsung. Contohnya apabila pensyarah ataupun pegawai sedang buat demo… Kan lebih menarik gitu? Yang penting kena duduk depan sebab kalau tak nampak jerla kepala berbonjol-bonjol dalam video…

Sedemikian lah apa yang selalu aku bawa apabila ke ladang. Kalau terlupa bawa…Alamak!? Mulalah si pensyarah berleter mana ‘kelengkapan’ kami sebagai seorang pekebun terpelajar.
Sekian, wasalam.
p/s: kalau nak beli senjata-senjata ni ada jer jual di kedai-kedai hardware sekitar UPM. Tak perlu nak risau.
7 mengomel
Kasut getah dengan selipar jepun ko tak cerita ke? hehehe
Memang nak masukkan. Nantilah. Aku nak ubah suai entri ni nanti. Sekarang sibuk memikir kerja jer...
*update
aku like!;)
cool blog satu!haha
lingua franca betoi blog hg.aku nak tekan komen pun pk dulu nak tekan kat mana.haha.
Eh? Yeker? Patutla orang kurang komen... aku guna default blog aku BM. Takper2. Aku tukar ke BI. Baru la ada yang nampak butang komen tu agaknya nanti.
Kalau nak coolblog, nanti aku buat satu blog khas untuk entri coolblog UPM. Hahaha.
Bagi yang nak mudah
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0815&pub=Utusan_Malaysia&sec=Agrobiz&pg=ag_01.htm
Saya suka dan amat menghargainya jika tuan/puan boleh komen menggunakan Bahasa Melayu Tinggi. Saya ucapkan Jazakallah dan terima kasih.
EmoticonEmoticon