Home
All posts
Selasa, 31 Mei 2016
Ahad, 29 Mei 2016
Khamis, 28 April 2016
Rawatan Rabun Mata Tanpa Cermin Mata
Saya menonton video ini. Tentang cara untuk sesiapa yang memakai cermin mata bebas daripada memakai cermin mata.
Menarik penerangannya. Terus saya mencari cermin mata tersebut. Rupanya istilah 'pinhole glasses' membawa saya kepada jawapannya.

Rabu, 3 Februari 2016
Sabtu, 24 Oktober 2015
Kedai Buku KL Sentral
Semalam saya singgah sebentar di KL Sentral sebelum menaiki tren KTM ke Kajang.
.
Semasa di KL Sentral, satu tempat wajib saya singgah adalah di kedai buku Sun Mag. Saya suka membelek buku di sana. Ternyata saya akan membawa pulang satu buku jika singgah di sana.
.
Kisah dulu. Saya selalu pulang ke kampung dengan keretapi ETS. Sekarang. Entah. Sukar nak beri tempoh masa saya tidak menaiki tren itu lagi.
.
Sampai di kedai itu, saya membuntang mata. Terdapat beberapa tanda yang membuatkan hati saya berdegup. Saya menelan air liur. Jangan jangan seperti yang saya selalu fikir.
.
Ada jualan murah buku-buku bahasa Inggeris! Aduh. Saya mengeluh. Mungkin habislah duit yang saya bawa di poket ini.
.
Saya memujuk hati ini. Tak apa. Ini adalah satu pelaburan. Bukan perbelanjaan.
.
Saya pegang beberapa buah buku. Saya lepas beberapa buah buku. Tahan diri ini untuk membawa mereka ke kaunter.
.
Saya lihat jam. Astaghfirullah. Kerana nafsu, saya terlupa waktu maghrib telah masuk.
.
Saya tinggal kedai ini.
.
Usai solat, saya terus ke kaunter tiket KTM.
.
Lupa, bahawa buku yang saya pegang tadi telah saya kembalikan ke tempatnya.
.
Biarlah. Bukan masanya untuk melabur hari ini.

Khamis, 1 Oktober 2015
Jadi Bijak Cara Warren Buffet
Boleh baca ini https://www.farnamstreetblog.com/2013/05/the-buffett-formula-how-to-get-smarter/
Langgan:
Catatan (Atom)